Wednesday, March 25, 2009

Ibnu Nafis - Penemu Saluran Darah

‘Alaudin Abu al ‘ala Ali bin Abi al- Hazam al-Quraisy al-Misri. Dilahirkan di Damsyik, Syria dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir. Mempelajari kedoktoran dengan al-Dakhwar dan Imam al-Israili. Disamping itu mengkaji ilmu lojik (Mantiq), falsafah, bahasa, ilmu bayan, hadis dan usul fiqh.

Beliau menganalisa perjalanan darah dalam tubuh dan menghuraikan ubat-ubatan serta cara memakannya. Beliau juga telah menemui sistem peredaran darah ke paru-paru 300 tahun sebelum penemuan oleh sarjana barat Harvey. Beliau mengarang buku yang menerangkan tentang peredaran darah ke paru-paru. Beliau mengakhiri penulisan kedoktorannya dengan sebuah ensaiklopedia yang hanya dapat disiapkan 80 jilid dari 300 jilid yang dicadang olehnya. Beliau juga banyak mengarang dalam bidang falsafah, sirah nabawi, ulum hadis, bahasa dan perundangan islam.

Al-Razi - Karyanya menjadi rujukan dunia Eropah

Al-Razi merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yan mengecamnya, mereka tidak setuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme.

Walau bagaimanapun, al-Razi tetap diletakkan dalam senarai ahli falsafah muslim yang terkemuka sehingga ke hari ini. Sumbangannya yang besar dalam bidang perubatan dan kimia sangat berharga kepada generasi selepasnya. Manakala dalam bidang falsafah, al-Razi memberi sumbangan besar dalam menghuraikan falsafah logik, metafizik, moral dan kenabian dengan cara rasional dan harmoni. Oleh sebab itulah al-Razi terkenal sebagai seorang ahli falsafah yang rasional dan murni.


Al-Razi atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, lahir pada tahun 236H bersamaan 850M. Sesetengah pendapat mengatakan yang beliau lahir pada 1 Sya'aban 251H bersamaan 865M. Beliau merupakan anak kelahiran bumi Iran iaitu di Ray dekat Tehran merupakan seorang tokoh falsafah yang masyhur pada kurun ke 3 Hijrah.


Beliau pada zaman mudanya menjadi pemain gambus (rebab, rebana) sambil menyanyi, kemudian dia meninggalkan pekerjaan itu dan mempelajari bidang perubatan dan falsafah. Beliau belajar ilmu kedoktoran dengan Ali ibn Rabban al-Thabari (192 - 240H bersamaan 808 - 855M) dan belajar ilmu falsafah dengan al-Balkhi. Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia.Semasa Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad menjadi Gabenor Ray, al-Razi diberi kepercayaan memimpin rumah sakit (hospital) selama enam tahun (290 - 296H bersamaan 902 - 908M). Pada masa ini juga al-Razi menulis buku al-Thibb al-Mansuri yang dipersembahkan kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad. Kemudian al-Razi berpindah ke Baghdad atas permintaan Khalifah al-Muktafi (289 - 295H bersamaan 901 - 908M), yang berkuasa pada waktu itu.


Dalam menjalankan kerjaya kedoktoran, beliau dikenal sebagai seorang yang pemurah, sayang kepada pesakit-pesakitnya, dermawan kepada orang-orang miskin dan memberi rawatan kepada mereka secara percuma. Hitti menyifatkan al-Razi sebagai seorang doktor yang paling agung dalam kalangan doktor Muslim dan juga seorang penulis yang produktif.


Kemasyhuran al-Razi sebagai doktor bukan sahaja di dunia timur, tetapi juga di barat; sehinggakan beliau telah digelar The Arabic Galen. Setelah Khalifah al-Muktafi wafat, al-Razi kembali ke Ray, dan meninggal dunia pada 5 Syaaban 313H (Oktober 925M). Para sarjana berpendapat bahawa al-Razi mengalami sakit mata dan kemudiannya buta pada penghujung hayat-nya. Al-Razi menderita akibat ketekunannya menulis dan membaca yang terlalu banyak. Dalam dunia keilmuan, tradisi pro dan kontra tidak pernah luput sejak zaman dahulu bahkan sehinggalah ke hari ini. Demikianlah pada zaman al-Razi, beliau tidak terlepas daripada ditentang oleh para ilmuwan sezamannya.


Penentang al-Razi yang dapat dikenal pasti oleh para sarjana dan ilmuwan Islam ialah Abu Qasim al-Balkhi. Beliau banyak menulis penolakan terhadap buku-buku al-Razi, terutama buku ‘Ilm al-Ilahi. Begitu juga dengan Syuhaid ibn al-Husain al-Balkhi, beliau mempunyai banyak perbezaan dengannya al-Razi terutama tentang teori kesenangan. Teorinya tentang kesenangan itu dijelaskan dalam kitabnya Tafdhil Ladzdzat al-Nafs, yang ditulis kembali oleh Abu Sulaiman al-Mantiqi al-Sajistani dalam Siwan al-Hikmah.


Al-Razi merupakan antara tokoh yang produktif dalam lapangan penulisan. Hal ini terbukti dengan banyak hasil karya beliau ditemui termasuk yang telah hilang. Tidak kurang daripada 200 buah karangan termasuk buku, makalah, dan surat-surat telah dihasilkan oleh al-Razi dicatatkan para pengkaji. Karya-karya beliau banyak membincangkan persoalan falsafah, perubatan, sains, ketu-hanan, al-Quran, ilmu kalam, bahasa Arab, fiqh dan usul fiqh, geometri, dan sejarah.


Kemasyhuran al-Razi bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada dunia Islam malah ketokohan dan kepakaran beliau turut diakui oleh dunia barat. Hal ini terbukti dengan banyak karya-karya beliau telah menjadi rujukan dan panduan dunia barat terutamanya dalam bidang perubatan. Sehingga kini karya-karya al-Razi masih diguna.


Kitab al-Hawi (Liber Contines) merupakan sebuah ensiklopedia amalan perubatan terapeutik yang dihasilkan olehnya menjadi rujukan dunia Eropah. Minat yang mendalam dunia Eropah kepada karya agung yang seberat 10kg ini terbukti dengan penerbitannya beberapa kali sejak abad ke-12M lagi sehingga abad ke-17M.


Penemuan al-Razi berkenaan sakit campak cacar tulen ('smallpox') dan campak biasa ('measel') turut menjadi bahan rujukan perubatan di dunia Barat malah turut diulangi penerbitannya beberapa kali sehingga abad ke-18M. Kedua-dua karya ini juga merupakan sumber kurikulum tradisional di kalangan para pengamal perubatan Islam.


Kitab al-Mansur (Liber medicinalis ad al Mansorem) juga karya agung al-Razi dalam dunia peru-batan. Al-Razi telah menghasilkan buku ini ketika beliau di Khurasan di bawah pemerintahan Gabenor al-Mansur Ibnu Ishaq.


Dalam buku ini terkandung 10 penemuan ber-kaitan tentang amalan seni dan sains perubatan. Buku ini dianggap satu karya beliau yang tulen dan mencerminkan kematangan dan kepakaran beliau dalam amalan perubatan moden. Dalam buku ini juga beliau menekankan betapa pentingnya cara pemeriksaan yang teliti sebelum membuat sesuatu kesimpulan tentang sesuatu penyakit. Satu falsafah yang terpenting dalam karya al-Razi ini ialah kebenaran dalam ilmu perubatan merupakan suatu yang amat sukar diperoleh dan walaupun banyak tersedia rujukan namun kurang juga nilainya sekiranya dibandingkan dengan amalan seorang doktor yang sentiasa menggunakan kuasa pemikiran dan logiknya.


Al-Razi menentang sekeras-kerasnya amalan penipuan dan penyelewengan dalam amalan perubatan. Padanya penyakit jasmani tidak boleh dipisahkan dengan penyakit rohani. Oleh sebab itu, dalam merawatnya kedua-dua pendekatan iaitu rohani dan jasmani terus digemblengkan.


Al-Razi turut memberi sumbangan yang besar dalam bidang kimia dengan terhasilnya Kitab al-Asrar (The Book of Secrets). Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan merupakan sumber utama maklumat bahan kimia sehingga abad ke-14M. Antara lain kejayaan al-Razi dalam dunia perubatan ialah penemuan rawatan kepada penyakit cacar dan pengasingan alkohol dalam penghasilan antiseptik.


Sumbangan al-Razi dalam bidang falsafah tidak kurang hebatnya, dengan terhasilnya banyak karya tentang falsafah sudah cukup untuk membuktikan minat yang mendalam al-Razi dalam bidang falsafah. Karya beliau dalam bidang falsafah yang berjudul Al-Thib al-Ruhani merupakan karya teragung beliau dalam bidang falsafah. Karya ini berkisar tentang cara pengubatan penyakit jiwa dan pengubatan fizik yang menyembuhkan tubuh badan.


Antara karya utama yang membincangkan persoa-lan falsafah ialah al-Sirah al-Falsafiyyah, Amarah al-Iqbal al-Dawlah, Kitab al-Ladzdzah, Kitab al-Ilmi al-Ilahi, Maqalah fi ma baĆ­d al-Thabiiyah, dan al-Syukuk ‘ala Proclus.


Ali Sami al-Nasysyar telah mengesan sebanyak 97 buah buku yang telah dihasilkan oleh al-Razi yang me-rangkumi bidang-bidang al-Quran (tafsir) lima buah, Ilmu kalam 40 buah, Falsafah 26 buah, Bahasa Arab tujuh buah, Fiqh dan Usul Fiqh lima buah, Perubatan tujuh buah, Geometri lima buah, dan Sejarah dua buah.Brockelman seorang pengkaji biografi orientalis pula membahagikan penulisan tokoh ini kepada 13 bidang dengan hanya menemui 38 buah karya sahaja, antaranya History dua buah, Fiqh tiga buah, Quran tiga buah, Dogmatics 13 buah, Philosophy lapan buah, Astrology satu buah, Cheiromancy satu buah, Rhetoric satu buah, Encyclopedia satu buah, Medicine satu buah, Physionomy dua buah, Alchemy satu buah, dan Mineralogy satu buah.

Monday, March 23, 2009

Ali bin Abi Thalib - Penghulu Para Sufi

Di antara sekian banyak sahabat Nabi, hanya Ali bin Abi Thalib-lah yang diberikan sebutan karamallahu wajhah; sebuah sebutan yang juga berarti doa “Semoga Allah memuliakan wajahnya” atau “Allah telah memuliakan wajahnya.” Semua ulama sepakat bahwa doa itu hanya dikhususkan untuk Imam Ali saja seperti halnya sebutan shalallahu ‘alaihi wa alihi wassalam untuk Nabi Muhammad. Ada beberapa riwayat yang menjelaskan hal ini. Salah satu riwayat di antaranya menjelaskan alasan tentang doa itu

Pertama, di antara semua sahabat Nabi saw, hanya Ali bin Abi Thalib yang tidak pernah menyembah berhala. Dia masuk Islam dalam usia yang masih kecil sehingga tak sempat beribadat kepada berhala. Artinya, wajahnya tak pernah disujudkan kepada berhala. Ali kecil langsung sujud kepada Allah swt.

Alasan kedua, Imam Ali adalah orang yang dikenal tak pernah melihat aurat, baik aurat dirinya sendiri maupun aurat orang lain. Dalam sebuah pertemuan di Shiffin, pasukan Imam Ali bertemu dengan pasukan Muawiyah. Sebelum perang berkecamuk, biasanya diadakan mubarazah atau duel antara dua orang yang mewakili pasukan yang akan bertempur. Imam Ali menantang Muawiyah ber-mubarazah namun Muawiyah tak berani dan Amr bin Ash menggantikannya. Dalam duel itu, Amr terdesak dan mengalami kekalahan. Ketika Imam Ali hendak memukulkan pedangnya ke kepala Amr, Amr lalu membuka auratnya sehingga Imam Ali segera berbalik memalingkan wajahnya dan meninggalkan Amr. Karena Imam Ali tak mau melihat aurat, selamatlah Amr.

Semasa hidupnya, Imam Ali dikenal sebagai seorang pria yang gagah dan tampan. Banyak hadis yang meriwayatkan Imam Ali memiliki kepala yang agak botak sehingga orang yang tak senang pada Imam Ali memberikan julukan ashla yang berarti “Si Botak”. Umar bin Khattab pernah berkata, “Sekiranya tak ada si ashla, celakalah Umar!” Ketika banyak sahabat lain mengecam Imam Ali dengan memberikan julukan ashla, Rasulullah saw berkata,
“Janganlah kalian mengecam Ali karena ia sudah tenggelam dalam kecintaan kepada Allah.”

Imam Ali sering menjadi fana atau larut dalam kecintaannya kepada Allah. Pernah suatu hari, Abu Darda menemukan Ali terbujur kaku di atas tanah seperti sebongkah kayu di sebuah kebun kurma milik seorang penduduk Mekkah. Dengan tergopoh-gopoh, Abu Darda mendatangi Fathimah untuk berbelasungkawa, karena ia mengira Ali telah meninggal dunia. Fathimah hanya berkata, “Sepupuku, Ali, tidak mati melainkan ia pingsan karena fana dalam ketakutannya kepada Allah. Ketahuilah, kejadian itu sering menimpanya.”

Bagi Imam Ali, salat tidak merupakan peristiwa biasa namun adalah pertemuan agung dengan Allah swt. Imam Al-Ghazali mengisahkan hal ini dalam kitab Ihya Ulumuddin:

Suatu hari, menjelang waktu salat, seorang sahabat menemukan Imam Ali dalam keadaan tubuh yang berguncang dan wajah yang pucat pasi. Ia bertanya, “Apa yang telah terjadi, wahai Amirul Mukminin?” Imam Ali menjawab, “Telah datang waktu salat. Inilah amanat yang pernah diberikan Allah kepada langit, bumi, dan gunung tetapi mereka menolak untuk memikulnya dan berguncang dahsyat karenanya. Sekarang, aku harus memikulnya.”

Dengan sikapnya itu, Imam Ali ingin mengajarkan sahabatnya bahwa salat bukanlah kejadian biasa. Salat adalah amanat yang di dalamnya mengandung perjanjian mulia antara seorang hamba dengan Tuhannya. Alangkah anehnya bila kita masih belum merasakan kekhusyukan itu di dalam salat kita. Tuhan berfirman, “Sungguh beruntung orang-orang mukmin itu; yaitu mereka yang khusyuk di dalam salatnya.” (QS. Al-Mukminun; 1)

Imam Ali juga dikenal karena salatnya yang khusyuk. Banyak sahabat yang memuji salat Ali sebagai salat yang mirip dengan salat Rasulullah saw. Puluhan tahun sejak kematian Rasulullah, seorang sahabat bernama ‘Umran bin Husain, salat di belakang Imam Ali di Basrah. ‘Umran berkata, “Lelaki itu mengingatkan aku pada salat yang dilakukan Rasulullah saw.” ‘Umran terkesan akan salat Ali bukan karena gerakan-gerakan lahiriahnya melainkan karena kekhusyukannya.

Ibn Abi Al-Hadid, seorang tokoh Muktazilah, bercerita tentang ibadat Imam Ali. Ia menyebutkan Ali sebagai orang yang paling taat beribadat dan yang paling banyak salat dan puasanya sehingga dari Ali-lah orang banyak belajar tentang salat malam. Selain itu, Ali senantiasa melazimkan wirid dan menunaikan ibadat-ibadat nafilah. “Dalam Perang Shiffin,” Al-Hadid bercerita, “di tengah-tengah perang yang berkecamuk, Ali masih mendirikan salat. Sesudah salat, ia membaca wirid. Dalam kesibukan perangnya, ia tak meninggalkan wiridnya padahal anak panah melintas di antara kedua belah tangan dan di antara kedua daun telinganya.”

Banyak hadis meriwayatkan kehidupan Imam Ali yang teramat sederhana. Ali bekerja keras membanting tulang untuk nafkah keluarganya. Istrinya, Fathimah, setiap hari menggiling gandum sampai melepuh tangannya. Suatu saat, setelah memenangkan sebuah peperangan, kaum muslimin memiliki banyak tawanan perang. Fathimah berkata pada Ali, “Bagaimana jika kita meminta salah seorang tawanan kepada Rasulullah untuk menjadi pembantu kita?” Ali enggan menyampaikan permohonan ini pada Rasulullah karena merasa sangat malu. Ia meminta Fathimah-lah yang memintakan hal itu. Pergilah Fathimah menemui Rasulullah saw. Begitu ia berada di hadapan Nabi yang mulia, Fathimah tak kuasa menyampaikan maksudnya. Ia pulang lagi ke rumahnya. Imam Ali lalu pergi untuk menyampaikan hal itu dan ia pun tak kuasa mengutarakan keinginan itu dan kembali lagi. Akhirnya keduanya memutuskan untuk pergi bersama-sama ke tempat Rasulullah. Disampaikanlah hajat itu tapi Rasulullah tak menjawab permintaan mereka. Keduanya pulang dengan perasaan malu dan takut akan kemurkaan Rasulullah.

Malam harinya Nabi datang ke rumah Ali. Nabi menyaksikan Ali hanya berselimutkan sarung yang amat pendek padahal malam teramat dingin. Jika selimut itu ditarik ke atas, terbukalah bagian bawah dan jika selimut itu ditarik ke bawah, terbukalah bagian atas. Rasulullah terharu melihat kesederhanaan Ali. Ia berkata kepada keluarga mulia itu, “Maukah kalian aku berikan pembantu yang lebih baik dari seluruh isi langit dan bumi?” Rasulullah saw kemudian memberikan wirid untuk dibacakan oleh keluarganya itu seusai salat. Wirid itu berisi 33 kali tasbih, tahmid, dan takbir. Begitu setianya Imam Ali dengan wiridnya itu, ia tak pernah meninggalkannya bahkan saat perang sekali pun. Ia melazimkannya dalam setiap keadaan.

Di masa kekuasaan Muawiyah, karena kebencian Muawiyah yang teramat sangat kepada Imam Ali, para khatib Jumat diperintahkan untuk mengakhiri setiap khutbahnya dengan kecaman kepada Ali. Cacian dan makian ini berlangsung selama hampir puluhan tahun. Ketika Umar bin Abdul Aziz berkuasa, perintah ini dihapuskan. Namun meskipun Muawiyah begitu membenci Ali, ia harus mengakui keutamaan sifat-sifat Ali. Suatu saat, Darar bin Dhamrah Al-Khazani diminta Muawiyah untuk bercerita tentang Imam Ali kw. Ia tak mau memenuhi permintaan itu. Ia takut, bila ia menceritakan keadaan Ali apa adanya, ia akan dianggap sebagai orang yang mengutamakan Ali, dan ia akan dihukum. Oleh sebab itu Darar hanya berkata, “Ampunilah aku, wahai Amirul Mukminin! Jangan perintahkan aku untuk mengungkapkan hal itu. Perintahkan aku untuk melakukan hal lain saja.”

“Tidak,” ujar Muawiyah, “aku takkan mengampunimu.” Akhirnya Darar bercerita tentang Ali dalam bahasa Arab yang teramat indah. Terjemahannya sebagai berikut:

“Ali adalah seorang yang cerdik cendekia dan gagah perkasa. Ia berbicara dengan jernih dan menghukum dengan adil. Ilmu memancar dari kedalaman dirinya dan hikmah keluar dari sela-sela ucapannya. Ia mengasingkan diri dari dunia dengan segala keindahannya untuk kemudian bertemankan malam dengan seluruh kegelapannya, di sisi Allah. Air matanya senantiasa mengalir dan hatinya selalu tenggelam dalam pikiran. Ia sering membolak-balikkan tangannya dan berdialog dengan dirinya. Ia senang dengan pakaian yang sederhana dan makanan yang keras.”

“Demi Allah, ia dekat kepada kami dan kami senang berdekatan dengannya. Ia menjawab bila kami bertanya. Namun betapa pun ia dekat dengan kami, kami tak sanggup menegurnya karena kewibawaannya. Jika tersenyum, giginya tampak bagai untaian mutiara. Ia memuliakan para ahli agama dan mencintai orang miskin. Orang kuat tak berdaya di hadapannya karena keadilannya sementara orang yang lemah tak putus asa di sisinya.”

“Aku bersaksi demi Allah, aku sering melihatnya berada di mihrab pada sebagian tempat ibadatnya. Malam telah menurunkan tirainya dan gemintang tak tenggelam, saat itu ia memegang janggutnya dan merintih dengan rintihan orang yang sakit. Ia menangis dengan tangisan orang yang menderita. Seakan-akan kudengar jeritannya Ya Rabbana, ya Rabbana.....”

“Ia menggigil di hadapan kekasihnya. Kepada dunia, ia berkata: Kepadaku kau datang mencumbu. Kepadaku kau merayu. Enyahlah dan pergi! Tipulah orang selain aku. Aku telah menjatuhkan talak tiga kepadamu. Usiamu pendek, posisimu rendah. Betapa sedikitnya bekal dan betapa jauhnya perjalanan, dan betapa sepinya perantauan.”

Muawiyah mendengar Darar yang bercerita dengan penuh perasaan. Meskipun ia amat membenci Ali, tapi ia tak kuasa menahan tangisan begitu mendengar penuturan Darar. Pada kesempatan lain, Darar pernah ditanya, “Bagaimana kerinduanmu kepada Ali?” Darar menjawab, “Aku rindu kepadanya seperti kerinduan seorang perempuan yang kekasihnya disembelih di pangkuannya. Air matanya takkan pernah kering, dukanya panjang dan takkan pernah usai.”

Imam Ali selalu mengisi malamnya dengan tangisan dan orang-orang yang mengenalnya akan mengisi kisah Ali dengan tangisan pula. Dalam tasawuf, menangis termasuk salah satu hal yang harus dilatih. Imam Ali berkata, “Salah satu ciri orang yang celaka adalah ia yang memiliki hati yang keras. Dan ciri hati yang keras adalah hati yang sukar menangis.”

Nabi saw bersabda, “Jika engkau membaca Al-Quran, menangislah. Jika tidak bisa, berusahalah agar engkau menangis.” Pada salah satu doanya yang teramat indah, Imam Ali memohon:

“Tuhanku, berilah daku kesempurnaan ikatan kepada-Mu. Sinarilah bashirah hati kami dengan cahaya karena melihat-Mu sehingga kalbu kami menorehkan tirai cahaya dan sampailah ia pada sumber kebesaran; arwah kami terikat pada keagungan kesucian-Mu. Air mata tidak mengering kecuali karena hati yang keras dan hati takkan keras kecuali karena banyaknya doa."

KEHARUMAN PRIBADI IMAM ALI BIN ABI THALIB

Dalam rangka usaha meluruskan pengertian kaum muslimin mengenai ajaran agama Islam yang berkaitan dengan kewajiban berusaha mencari nafkah penghidupan, Imam 'Ali selalu memberi pengertian kepada kaum muslimin mengenai beberapa pokok ajaran Islam, antara lain:
1. Nilai seseorang tergantung pada kadar kemauannya.
2. Bukankah kemiskinan itu termasuk cobaan hidup? Ketahuilah, bahwa kemiskinan yang terberat itu adalah penyakit jasmani. Dan penyakit jasmani yang terparah adalah penyakit hati. Kesehatan badan lebih berharga daripada kecukupan harta, dan hati yang bertaqwa lebih berharga daripada badan yang sehat.
3. Barangsiapa yang enggan bekerja ia akan menghadapi cobaan hidup, dan Allah tidak membutuhkan orang yang tidak mengindahkan nikmat yang dikaruniakan dalam harta dan jiwanya.
4. Orang yang bahagia adalah yang dapat menarik pelajaran dari orang lain, orang yang sengsara ialah orang yang tertipu oleh hawa nafsunya.
5. Hai para hamba Allah, janganlah sekali-kali kalian terkecoh oleh kebodohan kalian, dan jangan pula kalian menuruti hawa nafsu kalian. Orang yang tunduk kepada dua hal itu ia berada di tepi jurang terjal.
6. Ilmu pengetahuan wajib diikuti dengan amal perbuatan. Barangsiapa berilmu ia harus beramal. Dengan amal ilmu akan meningkat tinggi dan tanpa amal, ilmu akan merosot.
7. Amal perbuatan adalah buah ilmu pengetahuan. Orang berilmu yang berbuat tidak sesuai dengan ilmunya, sama dengan orang bodoh yang kebingungan dan tetap bodoh. Bahkan orang seperti itu kesalahannya lebih besar, lebih pantas disesali dan di hadirat Allah ia akan menjadi orang yang paling menyesal. Orang yang bekerja tanpa ilmu sama dengan orang yang bepergian tanpa kenal jalan, sehingga orang lain yang melihatnya akan bertanya-tanya: "berpergiankah atau pulang?!?"
8. Barangsiapa dikaruniai kekayaan oelh Allah hendaklah ia memperhatikan kaum kerabatnya, menghormati dan menjamu tamu sebaik-baiknya, membebaskan tawanan perang dan melepaskan orang dari penderitaan, membantu kaum fakir miskin dan orang yang tenggelam di dalam hutang demi kebajikan, dan hendaknya ia bersabar tidak menuntuk hak karena ingin mendapatkan pahala semata-mata. Sifat-sifat demikian itu merupakan keberuntungan yang akan menghantarkan orang ke arah kemuliaan di dunia dan insya Allah merupakan pembuka jalan baginya untuk memperoleh kebahagiaan di akhirat.
9. Bekerjalah dengan sekuat tenagamu, janganlah engkau menjadi penumpang hasil kerja orang lain.
10. Janganlah engkau malu kalau hanya dapat memberi sedikit, karena dapat memberi sedikit lebih baik daripada tidak dapat memberi. Jadilah engkau seorang yang penyantun, tetapi jangan menjadi seorang yang pemboros. Jadilah engkau seorang yang hemat, tapi jangan menjadi seorang yang kikir.
11. Janganlah engkau menjadi orang yang tidak mempan peringatan, karena orang yang berakal cukup diperingatkan dengan tutur-kata yang baik, sedangkan hewan tak dapat diperingatkan kecuali dengan pukulan.
12. Hati manusia dapat merasa jemu dan lesu sebagaimana badan juga merasa jemu dan lesu. Karena itu carilah ilmu dan hikmah sebagai obatnya.

Imam 'Ali berpendapat, orang yang hidup dicengkeram kemelaratan tentu kehilangan ketenangan dan ketentramannya. Sukar baginya untuk menghayati kejujuran, perilaku yang baik dan menghias dirinya dengan sifat-sifat utama. Sukar pula beginya untuk membuan rasa iri hati dan dengki dari lubuk hati. Maka itu ia mudah terperosok ke dalam penyelewengan yang tidak baik.

Benar bahwa Imam 'Ali hidup zuhud dan menganjurkan kezuhudan, demikian juga dengan beberapa sahabat Nabi semisal Abu Dzar Al-Ghifari. Akan tetapi mereka tak pernah menganjurkan untuk lebih suka hidup melarat daripada berkecukupan. Imam 'Ali tidak jemu-jemunya mengingatkan kepada kaum muslimin, "Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan engkau hidup selama-lamanya, dan bekerjalah untuk akhirat seakan-akan engkau mati esok hari."

Menurut Imam 'Ali upaya memperoleh rizki dengan jalan yang benar dan lurus tidak akan mendatangkan hasil lebih besar daripada yang diperlukan untuk mengatasi kebutuhan. Dengan tegas dan jelas Imam 'Ali berkata: "Jika kalian menempuh jalan kebenaran, tentu akan terbuka jalan yang menyenangkan kalian dan tidak akan ada orang lain yang menggantungkan penghidupannya kepada orang lain."

Berdasarkan pengamatan yang tajam dan cermat Imam 'Ali as yakin bahwa kemelaratan dapat menjerumuskan manusia ke dalam kekufuran. Karena itulah ia memerangi segenap kekuatan yang ada, serta dengan tegas dan tandas mencemoohkan orang-orang yang menganjurkan atau membagus-baguskan kemelaratan dengan dalih kezuhudan. Memang kalau hidup zuhud akan menambah iman dan taqwa kepada Allah Ta'ala, akan tetapi kalau kemelaratan akan membawa ke dalam kekufuran. Dimana nanti kita akan 'menyembah' selain-Nya. Itu bisa harta dan juga kekuasaan. Maka itu seumpamanya kemelaratan itu berupa manusia, seharusnya kita membunuhnya.

Ini hanya secuil dari sekian banyak hikmah yang bisa kita temukan dalam diri Imam 'Ali, karena Imam 'Ali as adalah mahasiswa utama yang menimba ilmu dari mahaguru umat sedunia, Muhammad saw. Yang mana, Rasulullah saw bersabda: "Hai'Ali, Allah telah menghias dirimu dengan hiasan yang paling disukai-Nya, Allah mengaruniaimu perasaan mencintai kaum lemah hingga Allah membuatmu puas (ridho) mempunyai pengikut mereka dan mereka pun puas engkau menjadi pemimpin mereka."

Al Khawarizmi: Pengasas ilmu algebra

Baru-baru ini seorang pemimpin di sebuah negara Eropah menyatakan bahawa tamadun barat lebih hebat daripada tamadun Islam. Kenyataan itu bukan sahaja tidak benar tetapi boleh dipersoalkan. Sejarah telah membuktikan betapa tamadun Islam wujud lebih awal daripada tamadun barat. Malahan ketika empayar Islam berada di kemuncak peradaban, benua Eropah masih lagi berada dalam zaman kegelapan. Kejayaan Islam menjajah negara Sepanyol pada awal kurun ke sebelas telah membuka ruang kepada orang-orang barat mempelajari pelbagai ilmu daripada sarjana Islam. Orang barat tidak sekadar belajar tetapi mencedok segala ilmu pengetahuan tersebut termasuk bidang sains, matematik, astronomi dan perubatan sebelum memperkembangkan dalam zaman Renaissance serta revolusi perindustrian.


Malahan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tanpa tamadun Islam, barat tidak mempunyai sains dan ilmu pengetahuan. Ilmu sains di barat berkembang berdasarkan ilmu yang diketengahkan oleh para sarjana Islam khususnya semasa sains berkembang pesat di dunia Islam dari tahun 900 Masihi hingga 1400 Masihi. Pada masa itu, di negara-negara Eropah, perkembangan sains berada pada tahap yang terendah sekali kerana sikap gereja yang tidak menggalakkan penganutnya mempelajari ilmu daripada orang bukan Kristian. Kedatangan Islam ke benua Eropah telah membawa rahmat kepada orang-orang barat kerana telah mendedahkan mereka kepada pelbagai ilmu pengetahuan yang menjadi asas kemajuan dan peradaban yang dicapainya pada hari ini.


Ketika zaman keagungan Islam telah lahir ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang terkenal dan hasil karyanya menjadi rujukan kepada para sarjana dan saintis di barat. Di antara tokoh ilmuwan itu ialah Al Khawarizmi atau nama sebenarnya Muhammad bin Musa Al Khawarizmi. Selain Al Khawarizmi terdapat banyak lagi ilmuwan Islam yang terkenal seperti Al Biruni, Al Battani, Al Zarkali, Al Farghani, Al Kindi, Ibnu Sina, Ibnu Hazin, Ibnu Rusyd, Al Farabi, Ibnu Haitham dan ramai lagi. Di barat, Al Khawarizmi dikenali sebagai Algorism. Beliau dilahirkan pada tahun 780 Masihi di Khawarizm atau Khuway yang terletak di selatan Tasik Aral di Turkistan. Beliau kemudiannya berpindah ke Baghdad, semasa pemerintahan Al Makmun. Al Khawarizmi menumpukan sepenuh masanya dalam bidang ilmu sehingga meninggal dunia pada tahun 846 Masihi.


Semasa hidupnya, Al Khawarizmi merupakan seorang pakar matematik dan falak. Al Khawarizmi merupakan pengasas kepada ilmu algebra sebagai satu cabang ilmu yang terpisah daripada matematik dan geometri. Kepakaran dan kepintaran dalam matematik diperakui oleh masyarakat barat dan timur. Bukunya yang berjudul “Hisab al Jabr Wal Muqabalah” telah diterjermahkan di barat dengan judul “Mathematics of Integration and Equation”. Melalui buku inilah lahirnya istilah algebra yang digunakan sehingga ke hari ini. Dalam bahasa Arab algebra disebut “al-jabr” yang bermaksud angka bulat. Buku ini mengandungi tidak kurang daripada 800 masalah matematik dan telah digunakan sebagai buku teks di institusi pengajian tinggi Eropah sehingga kurun ke 16 Masihi. Al Khawarizmi telah memasukkan angka-angka Arab ke dalam bukunya ini yang kemudiannya dikenali sebagai Algorism.


Buku “Hisan al Jabr Wal Muqabalah” sebenarnya merupakan ringkasan kepada sebuah bukunya yang lebih tebal. Dengan meringkaskannya, Al Khawarizmi berharap akan memudahkan orang ramai membaca, memahami, dan menggunakannya terutama di dalam urusan perdagangan serta perniagaan. Beliau mendapat sokongan Khalifah Al Makmun untuk menulis buku ini bagi membantu orang ramai menjalankan urusan sehariannya. Kesungguhan Al Khawarizmi terhadap ilmu telah mendorong Khalifah Al Makmun melantiknya mengetuai para sarjana ilmu falak di Baitul Hikmah atau Dewan Pengetahuan.


Kesempatan ini telah digunakan untuk menterjemahkan buku “Sidanta” yang memuatkan jadual falak India. Melalui ilmu pengetahuan falak India dan Yunani yang dipelajarinya, Al Khawarizmi telah membuat pelbagai penemuan yang penting. Dengan bantuan ahli falak yang lain, Al Khawarizmi telah berjaya menyiapkan sebuah peta yang diberikan nama sempena Al Makmun. Peta ini bukan sahaja mengandungi benua dan lautan tetapi juga kota-kota, padang pasir, bintang-bintang dan angkasa raya siap dengan warnanya yang berlainan.


Lebih menakjubkan lagi apabila Al Khawarizmi bersama ahli falak Islam yang lain berjaya mengukur lilitan bumi. Mereka mendapati bahawa bumi ini bulat, tidak sebagaimana kepercayaan di Eropah yang mengatakan bumi ini rata. Buku Al Khawarizmi mengenai astronomi telah diterjemahkan oleh Adelard of Bath, guru kepada Raja England, Henry II. Banyak lagi buku tulisan Al Khawarizmi telah diterjemahkan di Eropah seperti “Hitungan Al Jabr” yang telah disalin oleh seorang Itali yang bernama Gerald of Cremona yang hidup antara 1114 Masihi hingga 1187 Masihi. Risalah itu disalin semula oleh Prince Boncompagni dan diterbitkan di Rom pada 1857 Masihi dengan judul “Trattati de Aritmetica”.


Di samping itu, Al Khawarizmi juga telah menulis dua buah buku yang terkenal iaitu “al-Zig”, “al-Rakhamah”, dan “ al Tarikh”. Beliau juga merupakan orang yang mula-mula sekali mencipta dan memperkenalkan istilah sinus. Sinus digunakan untuk menggantikan istilah busur dalam ilmu ukur yang dicipta oleh seorang sarjana Yunani Ptolemy. Walaupun Ptolemy mempunyai pengaruh yang kuat di dalam ilmu falak tetapi kebanyakan pandangannya telah ditolak oleh Al Khawarizmi. Ptolemy menyatakan bumi berada dalam keadaan yang tetap manakala matahari bergerak mengelilingi bumi. Pendapat Ptolemy telah dipegang dan dipertahankan oleh pihak gereja di Eropah selama beberapa ratus tahun lamanya.


Al Khawarizmi telah mengemukakan pelbagai formula matematik yang masih lagi digunakan sehingga hari ini. Formula matematik dan tulisan mengenai astronomi jelas mendahului zamannya. Sumbangannya kepada perkembangan kedua ilmu tersebut terlalu besar sehingga untuk mengenangkan jasa-jasanya para sarjana barat telah mencipta satu istilah matematik iaitu logaritma bersempena dengan namanya. Penciptaan istilah ini dan pemakaian istilah algebra dalam matematik membuktikan betapa para sarjana Islam telah mengorak langkah jauh ke hadapan jika dibandingkan dengan barat. Sementelahan itu, barat perlu berterima kasih kepada dunia Islam kerana telah menyediakan landasan ilmu yang kukuh untuk mereka melangkah keluar daripada alam kejahilan dan “kebodohan” sehingga berjaya menguasai dunia dengan kemajuan sains dan teknologinya.

Ahmed Hoosen Deedat Mempertahankan Kesucian Islam dengan Berdebat


Beliau kini terlantar lesu di atas katil di rumahnya. Namun, perasaan cintanya terhadap Islam dan keghairahan serta cita-citanya untuk terus berdakwah kepada masyarakat tetap membara. Itulah dia ulama Islam terkemuka, Sheikh Ahmed Deedat, 83, yang kini lumpuh seluruh badan sejak tujuh tahun yang lalu. Beliau kini dijaga dan dirawat di rumahnya oleh isterinya, Hawa sejak beliau diserang angin ahmar pada tahun 1996.

Sheikh Ahmed Deedat adalah seorang tokoh Islam yang popular di peringkat antarabangsa kerana pakar dalam membincangkan perbandingan agama. Beliau sering dijemput untuk bersyarah membincangkan soal agama Yahudi dan Nasrani sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Beliau kini sekadar dapat berinteraksi dengan mata dengan menggunakan sistem abjad secara berjadual yang dicipta khas bagi hubungan komunikasi dua hala dengan anaknya, Yousuf di rumahnya di di Verulam, Durban, Afrika Selatan.

Beliau berkomunikasi dengan mengelipkan kelopak matanya pada papan abjad, memilih abjad untuk membentuk perkataan, dan kemudian membentuk ayat yang dimaksudkan. Kaedah latihan beliau yang unik ini membolehkan beliau terlibat dalam perbincangan, juga untuk respons kepada sebarang pertanyaan.

Menurut Iqbal Jassat melalui tulisannya di dalam Times LENASIA bertarikh Ogos 1999, apabila Ahmad Deedat dimaklumkan bahawa Pejabat Media Review Network (MRN) terletak di Pretoria, Deedat lalu meminta satu naskhah buku karangannya berkaitan Islam dan Kristian yang berjudul The Choice dan meminta Iqbal merujuk pada muka surat tertentu yang berkaitan kunjungan beliau ke Pretoria pada tahun enam puluhan. Menurut Iqbal, suatu yang luar biasa di sebalik kecacatan yang dialami Deedat, daya ingatan dan mental beliau tidak terjejas. Deedat mungkin tidak boleh melafazkan kata-kata namun dia masih tidak hilang keupayaan untuk berkomunikasi.

Salah satu daripada sumbangan beliau yang sungguh bermakna adalah menghasilkan tulisan yang memudahkan orang bukan Islam melihat kebenaran Islam. Sebagai seorang ulama yang lantang dalam soal agama Islam, ramai pemimpin dan tokoh agama lain di dunia gagal berdebat dengan Sheikh Ahmad yang juga terkenal dengan kebijaksanaannya ketika berpidato dalam ilmu perbandingan.

Ahmad Deedat atau nama sebenarnya Ahmad Hoosen Deedat dilahirkan di Surat, India pada tahun 1918. Selepas dilahirkan, ayah beliau yang bekerja sebagai tukang jahit telah meninggalkan beliau sekeluarga kerana berhijrah ke Afrika Selatan. Hanya pada tahun 1927, beliau dapat bertemu dengan ayahnya apabila beliau mengikuti langkah ayahnya berhijrah ke Afrika Selatan.

Walaupun belum berpeluang memiliki pendidikan yang formal, Deedat memberanikan diri berhijrah demi mengubah dan memperbaiki taraf hidup keluarganya selama ini. Rupa-rupanya langkah untuk menyusul ayahnya merupakan perjumpaan terakhir dengan ibunya apabila ibunya meninggal dunia selang beberapa bulan selepas Deedat meninggalkan tanah kelahirannya.

Hidup di perantauan yang mempunyai perbezaan budaya, bahasa dan suasana persekitaran merupakan suatu yang mencabar. Namun kesemua faktor itu bukan penghalang beliau untuk merebut peluang yang tersedia. Beliau terus berusaha menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran. Berkat ketabahan, kegigihan dan kesungguhannya dalam mempelajari serta mengutip setiap peluang yang ada, pada usia 9 tahun, Ahmad Deedat yang tidak pernah mendapat pendidikan secara formal dalam bahasa Inggeris sebelumnya, telah berjaya menghadapi halangan bahasa untuk menjadi pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Minat membaca serta kesungguhannya yang mendalam dalam menuntut ilmu membolehkan beliau mendapat keistimewaan daripada pihak sekolah sehingga beliau menamatkan darjah 6. Namun, kerana masalah kewangan, persekolahannya tergendala.

Pada awal usia 16 tahun beliau telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan apabila bekerja sebagai jurujual. Pengalaman yang diperoleh sepanjang terlibat juru jual antara faktor utama yang mendorong beliau melibatkan diri dalam bidang dakwah sehingga ke hari ini. Pada ketika itu beliau bekerja di sebuah toko milik orang Islam. Toko itu terletak berhampiran sebuah sekolah menengah Kristian di Natal South Coast. Oleh sebab masyarakat Islam merupakan golongan minoriti di sana, mereka dipandang rendah oleh masyarakat tempatan. Pada suatu hari beberapa orang pelajar dari sekolah tersebut telah pergi ke toko tersebut. Berlaku suatu insiden yang tidak diduga sehingga menimbulkan pertengkaran kecil. Selepas insiden itu, beliau menerima penghinaan yang tidak henti-henti daripada pelajar yang merupakan bakal mubaligh-mubaligh Kristian itu. Mereka sering memperleceh ajaran Islam apabila beretemu dengan Dedat di toko tersebut. Pengalaman pahit ini telah melahirkan keazaman yang membara dalam diri anak muda ini untuk menentang propaganda dan dakyah palsu pelajar berkenaan.

Seolah-olah telah ditakdirkan, Deedat kemudian menemui sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang bermaksud mengungkap kebenaran. Buku ini memaparkan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh umat Islam di India dalam menghadapi gangguan dan ancaman paderi-paderi Kristian semasa penaklukan dan penjajahan Inggeris di India. Secara tidak langsung idea untuk menangani debat telah tertanam kukuh di dalam jiwanya. Deedat telah membeli kitab Injil dan kemudian melakukan debat dan diskusi dengan pelatih-pelatih mubaligh Kristian. Bagaimanapun mereka berundur secara tergesa-gesa dan dengan tidak beradab kerana tidak mampu berhadapan dengan kefasihan dan kelantangan Deedat dalam berhujah. Pelatih tersebut kemudian memanggil guru mereka serta pendeta-pendeta di daerah tersebut.

Kejayaan Deedat berhadapan dengan pendeta-pendeta Kristian menjadi pendorong kepada beliau untuk terus menggiatkan usaha berdakwah kepada masyarakat. Selepas berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak, beliau pernah menetap di Pakistan selama tiga tahun selepas negara tersebut memperoleh kemerdekaan. Kemudian kembali ke Afrika Selatan untuk meneruskan cita-citanya membela Islam. Beliau mengadakan kelas-kelas berkaitan pengajian Injil. Malah beliau telah mendirikan As-Salaam, sebuah institusi untuk melatih pendakwah-pendakwah Islam. Sepanjang penglibatannya dalam kegiatan dakwah, Deedat mendapat sokongan daripada isteri dan anak-anak mereka. Melalui institusi ini, mereka telah menaburkan pelbagai khidmat, termasuk mendirikan masjid dan pusat pendidikan yang masih kekal hingga ke hari ini.

Ahmad Deedat juga merupakan pengasas dan Presiden Islamic Propagation Centre International(IPCI), jawatan yang masih dipegangnya sehingga ke hari ini. Tokoh pendakwah yang gigih ini telah menerbitkan lebih daripada 20 buah buku dan mengedarkan berjuta-juta naskhah risalah dakwah secara percuma. Di peringkat antarabangsa, beliau telah di jemput berdebat dan mengadakan kuliah di pelbagai negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Sepanjang pembabitan dengan dakwah, beliau telah berdebat dengan ramai paderi Kristian. Atas usaha dan kesungguhannya itu, beribu-ribu orang yang pada mulanya prejudis terhadap Islam, menerima kebenaran apabila menganut agama Islam. Sebagai penghargaan terhadap jasanya dalam bidang dakwah, beliau telah menerima anugerah King Faisal International Award pada tahun 1986. Anugerah yang berprestij menghargai kegigihan dan pengorbanan seorang tokoh terhadap kemajuan Islam di peringkat antarabangsa.

Bagi Deedat, debat adalah satu bentuk muzakarah dalam mencari sesuatu kebenaran. Beliau berkata, keagungan peradaban Islam akan luntur beransur-ansur jika umatnya enggan kembali kepada amalan tradisi, iaitu bermuzakarah bagi menangani sebarang masalah yang dihadapi. Katanya, pergeseran di kalangan umat Islam sering didasari sikap taksub kepada fahaman tertentu yang pada pada anggapan penyokong fahaman tersebut adalah benar. Menurut Deedat, sikap taksub inilah punca utama berlakunya pelbagai bentuk perselisihan di kalangan umat Islam di seluruh dunia. Malah lebih malang lagi perselisihan ini telah mengakibatkan berlakunya pertumpahan darah sesama umat Islam.

Dalam usaha menjaga kemurnian ajaran Islam, Deedat juga pernah menghantar surat kepada Rashad Khalifah, tokoh berasal dari Tucson, Arizona Amerika Syarikat yang mendakwa dirinya Utusan Tuhan. Rashad Khalifa yang terkenal dengan teori komputer berkaitan al-Quran, menolak hadis dan sunnah Rasulullah. Dalam satu surat yang dihantar kepada Rashad Khalifa bertarikh 20 Mei 1988, Deedat telah mendesak Rashad menarik balik dakwaannya dan mengajak Rashad Khalifa berdebat dengannya di Madison Square Garden, New York. Namun Rashad Khalifa enggan bertemu dan melayan permintaan untuk berdebat yang ditawarkan oleh Ahmad Deedat.

Ahmad Deedat yang pernah melawat Malaysia, juga pernah corak kepimpinan Malaysia yang dianggapnya sebagai pemimpin dunia Islam yang berwibawa. “Saya mengagumi pemimpin awak, tetapi sayang belum pernah ada pemimpin Malaysia melawat bagi mendapat pandangan saya dalam menyelesaikan kemelut Islam masa kini.”

“Saya juga mengenali Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia pertama) dan beliau (Allahyarham) seorang pemimpin yang baik,” katanya kepada wartawan Malaysia sewaktu rombongan Malaysia mengunjungi beliau. Ahmed Deedat pernah berceramah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada 21 Februari 1992, di samping berkunjung ke beberapa tempat termasuk Johor dan Selangor serta beberapa universiti tempatan.

Sesungguhnya, sumbangan Ahmad Deedat sangat bermakna buat perkembangan Islam di Afrika Selatan dan juga seluruh dunia. Kegigihan beliau dalam mempertahankan Islam daripada dicemari oleh propaganda agama lain patut dicontohi, dihargai dan diteruskan.
**************************
Artikel 2
PADA 8 Ogos lalu, dunia Islam benar-benar kehilangan seorang tokoh yang amat berwibawa iaitu Sheikh Ahmad Husien Deedat. Beliau adalah seorang yang amat lantang mempertahankan ajaran Islam daripada serangan mubaligh Kristian. Antara karya beliau yang masyhur adalah seperti ‘The Choice Between Islam and Christianity’, ‘Is the Bible God Word?’, ‘What is His Name?’ dan ‘al-Quran, The Miracles of Miracles’.
Antara perdebatan beliau yang hebat ialah perdebatan dengan Paderi Josh McDowell bertajuk ‘Benarkah Nabi Isa disalib? dan paderi Jimmy Swaggart bertajuk ‘Adakah Injil kalam Allah?’.
Sebenarnya, kisah kehidupan beliau tidak banyak diketahui umum. Sheikh Ahmad Deedat dilahirkan di Tadkashafaz, India pada 1918 dan sewaktu umurnya sembilan tahun, beliau mengikuti bapanya berpindah ke Afrika Selatan dan menetap di Durban.
Sheikh Ahmad Deedat menyambung pengajiannya di markas Islam di sana dan menamatkan pelajarannya pada 1934.
Tidak ramai yang tahu bahawa Sheikh Ahmad Deedat asalnya adalah seorang penjual garam dan gula.
Pada waktu itulah beliau banyak dikunjungi oleh paderi Kristian sehingga mendorong beliau mengkaji Injil. Beliau melihat kegiatan kristianisasi begitu berleluasa di Afrika Selatan pada waktu itu dan ia begitu membekas di dalam dirinya.
Dari situlah beliau kemudian membuat persediaan untuk menghadapi mubaligh Kristian berkenaan.
Sheikh Ahmad Deedat pernah berkata: “Kalaulah tidak kerana tekanan mereka (mubaligh Kristian), nescaya Ahmad Deedat tidak akan menjadi peribadi seperti ini.”
Pada 1959, beliau mula menyusun strategi dakwahnya dan bekerja untuk dakwah Islam dengan cara mengadakan dialog dan perdebatan dengan paderi. Sheikh Ahmad Deedat memulakan kegiatannya dalam perdebatan pada 1944 di merata tempat seperti Hong Kong, Britain, Ireland, Kanada, Singapura, India, Zimbabwe, Mauritania dan Malawi.
Kepintaran beliau dalam berhujah menyebabkan beratus-ratus orang di Afrika Selatan dan juga sebilangan besar mubaligh Kristian memeluk Islam. Selain itu, beliau juga adalah pengasas kepada Pusat Dakwah Islam Antarabangsa di Durban, Afrika Selatan.
Tidak dinafikan apabila membaca penulisan beliau, ia akan membuatkan anda terpegun dengan fakta yang dikemukakan.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya kepada Sheikh Ahmad Deedat sekeluarga.

Abu Raihan Al-Biruni Pakar Ilmu Fizik yang Ulung


Namanya tidak asing lagi di pentas ilmu sains pada abad pertengahan. Dunia sains mengenalnya sebagai salah seorang putera Islam terbaik dalam bidang falsafah, astronomi, kedoktoran, dan fizik. Wawasan dan pengetahuannya yang demikian luas, meletakkan dirinya sebagai pakar dan ilmuwan Muslim tersohor pada awal abad pertengahan. Ilmuwan tersebut tidak lain adalah Al-Biruni.

Nama penuhnya Abu Raihan Muhammad ibn Ahmad Al-Biruni, dilahirkan pada bulan September tahun 973 M, di perkampungan Khawarizm, Turkmenistan. Ia kemudian lebih dikenali dengan nama Al-Biruni. "Al-Biruni" yang bermaksud 'asing', adalah dinisbahkan kepada wilayah tempat tanah kelahirannya, iaitu Turkmenistan. Pada masa itu, kawasan ini sememangnya dikhaskan untuk penempatan orang-orang asing.

Dibesarkan dalam keluarga yang taat beragama, Al-Biruni menghabiskan usia mudanya dalam persekitaran masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan. Walaupun tidak banyak catatan sejarah yang mengisahkan latar belakang pendidikannya, namun beberapa sumber menyebutkan bahawa ilmuwan ulung ini memperoleh pendidikan daripada beberapa ulama kenamaan pada zamannya, antara lain Syeikh Abdus Shamad. Dalam bidang kedoktoran, ia belajar dengan Syeikh Abul Wafa' Al-Buzayani, serta kepada Syeikh Abu Nasr Mansur bin Ali bin Iraqi dalam bidang matematik dan astronomi. Tidak hairan apabila ulama menulis ini terkenal sebagai seorang ahli dalam pelbagai bidang ilmu semenjak usia muda.

Sebagai ilmuwan ulung, Al-Biruni tidak henti-hentinya mengais ilmu, termasuk dalam setiap penjelajahannya ke beberapa negeri, seperti ke Iran dan India. Jamil Ahmed dalam buku Seratus Tokoh Muslim mengungkapkan, antara penjelajahan paling menarik tokoh ini adalah semasa di wilayah Jurjan, dekat Laut Kaspia (Asia Tengah), serta wilayah India. Penjelajahan itu sebenarnya tidak disengajakan. Alkisah, setelah beberapa lama menetap di Jurjan, Al-Biruni memutuskan untuk kembali ke kampung halamannya. Namun tidak disangkanya, tanah kelahirannya dilanda oleh konflik antara etnik. Keadaan ini dimanfaatkan oleh Sultan Mahmoud Al-Gezna, yang melakukan penaklukan ke wilayah Jurjan.

Penaklukan ini menyebabkan Al-Biruni dipilih oleh Sultan Mahmoud sebagai 'kumpulan pemikir' yang kemudiannya dibawa menyertai ekspedisi ketenteraan ke India. Di sana beliau banyak melahirkan karya dan tulisan, sama ada dalam bentuk buku mahupun artikel ilmiah yang disampaikannya dalam perjumpaan. Selain menghasilkan karya, penjelajahan bersama Sultan ini juga menjadikan kawasan India sebelah timur sebagai kawasan baru untuk menyebarkan dakwah Islamiah.

Sepanjang pengembaraannya di India, Al-Biruni memanfaatkan masa terluang melakukan kajian berkaitan adat istiadat dan budaya masyarakat tempatan. Berasaskan kajiannya inilah beberapa karya agungnya lahir. Bukan itu sahaja, Al-Biruni jugalah orang yang pertama memperkenalkan permainan catur 'ala' India ke negara-negara Islam, serta menjelaskan permasalahan trigonometri yang lebih mendalam dalam karyanya, Tahqiq Al-Hind.

Kecerdikan Al-Biruni merangsang dirinya mendalami ilmu astronomi. Beliau misalnya turut menjelaskan tentang kemungkinan pergerakan bumi mengitari matahari. Malangnya, buku beliau yang mengupas perkara ini hilang. Namun ia berpendapat, sebagaimana pernah ia sampaikan dalam suratnya kepada Ibnu Sina, bahawa pergerakan eliptis adalah lebih memungkinkan daripada gerak melingkar yang dilakukan lanet.

Al-Biruni konsisten mempertahankan pendapatnya tersebut, dan ternyata pada kemudian harinya pendapat ini terbukti kebenarannya sebagaimana yang dibuktikan oleh ilmu astronomi moden. Sebagai seorang yang gemarkan membaca pelbagai bidang ilmu, kepakaran Al-Biruni tidak hanya dalam bidang ilmu sains. Beliau juga mahir dalam ilmu falsafah. Kerana itu, ia dikenali sebagai salah seorang ahli falsafah Islam yang amat berpengaruh.

Pemikiran falsafah Al-Biruni banyak dipengaruhi oleh pemikiran falsafah Al-Farabi, Al-Kindi, dan Al-Mas'udi (meninggal 956 M). Hidup sezaman dengan ahli falsafah dan pakar ilmu perubatan, Ibnu Sina, Al-Biruni banyak berdialog dengan Ibnu Sina, sama ada secara langsung mahupun melalui surat menyurat. Keduanya kerap juga bermuzakarah berkaitan pemikiran falsafah, misalnya tidak bersetuju dengan aliran pemikiran paripatetik yang dianuti Ibnu Sina dalam banyak aspek.

Al-Biruni memperlihatkan kecenderungan tidak menerima bulat-bulat falsafah pemikiran Aristoteles dan berfikir secara kritikal terhadap beberapa hal dalam teori fizik paripatetik, seperti berkaitan dengan masalah gerak dan tempat. Ini kerana semua yang dilakukannya itu selalunya berlandaskan pada prinsip-prinsip Islam, serta meletakkan sains sebagai alat untuk menyingkap rahsia alam. Hasil kajian dan penelitiannya akhirnya adalah untuk mengakui akan wujudnya Allah sebagai maha pencipta. Menurut Al-Biruni jika seorang ilmuwan ingin membezakan kebenaran dan kepalsuan, dia perlu menyelidiki dan mempelajari alam.

Dalam bukunya Al-Jamahir, Al-Biruni juga menegaskan, "Penglihatan adalah penghubung apa yang kita lihat dengan tanda-tanda kebijaksanaan Allah dalam ciptaan-Nya. Daripada penciptaan alam tersebut kita akan menemukan kewujudan Yang Maha Pencipta". Pandangan Al-Biruni ini tentu berbeza sekali dengan pandangan saintis Barat pada zaman moden ini yang mengenepikan sains daripada agama. Pandangan mereka tentang alam seolah-olah menafikan keberadaan Allah sebagai pencipta.

Kejayaan Al-Biruni dalam bidang sains dan ilmu pengetahuan ini turut mendapat pujian ilmuwan Barat. Max Mayerhof misalnya menyatakan, "Abu Raihan Muhammad ibn Al-Biruni digelar sebagai ahli kedoktoran, astronomi, matematik, ilmu fizik, geografi , dan sejarah. Dia mungkin sosok paling menonjol dan peneraju zaman keemasan ilmu pengetahuan Islam."

Pengakuan yang sama juga dinyatakan oleh ahli sejarah asal India, Si JN Sircar. Beliau menulis "Hanya sedikit yang memahami fizik dan matematik. Di antara yang sedikit itu yang terbesar di Asia adalah Al-Biruni, sekaligus filsuf dan ilmuwan. Ia pakar dalam kedua bidang tersebut." Tokoh dan ilmuwan ulung ini akhirnya menghadap Ilahi Rabbi pada 1048 M, semasa berusia 75 tahun.

ABU HURAIRAH R.A. (ARTIKEL 2)

Kelahiran dan riwayat hidup beliau:
- Nama penuh beliau ialah Abdul Rahman bin Sakhrin Ad-Dausiy.
- Beliau dibesarkan dalam keadaan yatim dan beliau pernah bekerja mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan.
- Beliau dilahirkan di Yaman di dalam sebuah keluarga yang fakir dan tidak mempunyai kaum keluarga kecuali ibu beliau.
- Pada zaman jahiliah beliau bernama Abdul Syams.

Pengislaman beliau:
- Beliau memeluk Islam melalui At-Tufail bin Amru Ad-Dausiy dan beliau terus menetap di Yaman di dalam kaum beliau (Kaum Daus) malah beliau tidak pernah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w di Madinah kecuali selepas enam tahun setelah berlaku peristiwa Hijrah.
- Rasulullah s.a.w menamakan beliau dengan Abdul Rahman, walau bagaimanapun baginda sering memanggil beliau: "Wahai Abu Hirr!".
- Sebab beliau dipanggil dengan Abu Hurairah ialah kerana pada masa kecil beliau mempunyai seekor kucing kecil sebagai teman permainan beliau menyebabkan kawan-kawan beliau memanggil beliau dengan panggilan: Abu Hurairah.

Beliau diberi penghormatan menjadi pembantu Nabi:
- Selepas Abu Hurairah memeluk Islam, beliau hanya menghabiskan masa beliau untuk menemani Nabi s.a.w dan melayan baginda.
- Abu Hurairah menyeru ibu beliau supaya memeluk Islam, lalu ibu beliau menyahut seruan tersebut dengan memeluk Islam selepas Rasulullah s.a.w berdoa untuknya. Abu Hurairah banyak berbakti kepada ibu beliau.
- Abu Hurairah sentiasa tinggal di As-Suffah(sebuah tempat yang terdapat di masjid Rasulullah yang dikhususkan sebagai tempat tinggal para sahabat yang miskin).
Beliau sentiasa bersama-sama dengan Nabi s.a.w walau di mana baginda berada dan tidak pernah berpisah dengan baginda menyebabkan beliau dapat menghafal hadis dengan jumlah yang terlalu banyak, lebih-lebih lagi selepas Rasulullah s.a.w berdoa kepada beliau supaya tidak melupakan ilmu yang didapati.
- Abu Hurairah telah menghafal sebanyak lebih dari 1,600 buah hadis daripada Rasulullah s.a.w dan beliau pernah berkata: "Aku sibuk menghafal sedangkan saudara-saudara aku dari kalangan Muhajirin sibuk dengan perniagaan mereka manakala saudara-saudara aku dari kalangan Ansar pula sibuk dengan pertanian mereka.

Kesukaan beliau terhadap ilmu:
- Abu Hurairah terlalu sukakan kepada ilmu malah beliau juga suka sekiranya ilmu dipelajari oleh orang lain sehingga sampai ke peringkat beliau pergi berjumpa dengan orang ramai yang berada di sebuah pasar di Madinah lalu beliau berkata kepada mereka: "Kamu duduk di sini sedangkan pusaka Nabi s.a.w dibahagikan di masjid, apakah halangan kamu?" Mendengar kata-kata tersebut orang ramai terus pergi ke masjid, mereka mendapati tidak ada apa-apa yang berlaku di sana kecuali orang-orang yang mendirikan sembahyang, membaca kitab suci Al-Quran dan orang-orang yang duduk di dalam majlis pengajian ilmu. Mereka semua merasa hairan terhadap Abu Hurairah lalu beliau berkata kepada mereka: "Itulah pusaka Nabi s.a.w."
- Ketika harta semakin bertambah banyak dan kebaikan mula melimpah ruah serta harta rampasan perang sentiasa dapat diraih hasil dari pembukaan kawasan Islam, kehidupan Abu Hurairah mula berubah di mana beliau mula memiliki harta, rumah, kekayaan, isteri dan anak-anak. Walaupun begitu, kesukaan beliau terhadap ilmu, tawaduk beliau, kerajinan beliau melakukan ibadat, kesungguhan beliau dan ketaatan beliau sedikitpun tidak berubah.

Kewarakan dan ketakwaan beliau:
- Pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian, Abu Hurairah dilantik menjadi gabenor di Madinah. Walaupun demikian jawatan tersebut tidak mempengaruhi kewarakan dan ketakwaan beliau walaupun sedikit malah beliau sentiasa berpuasa pada waktu siang dan beribadat pada waktu malam.
- Abu Hurairah r.a sering menyebut kata-kata beliau: "Aku dibesarkan dalam keadaan yatim, aku berhijrah dalam keadaan miskin, aku pernah bekerja mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan dengan bayaran sekadar cukup untuk mengisi perut aku. Aku membantu orang ramai ketika mereka turun dari binatang tunggangan dan aku mengangkat barangan mereka ketika mereka menunggang. Lalu Allah mengahwinkan aku dengannya (iaitu Bisrah binti Ghazwan). Oleh yang demikian segala puji bagi Allah yang menjadikan agama dapat berdiri tegak dan menjadikan Abu Hurairah sebagai seorang pemimpin."