Saturday, March 05, 2005

Haji Hasanuddin Mohamad - Memartabatkan Sekolah Agama Rakyat

Sekolah Menengah Agama Al-Wosto, Berhala Gantang yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Temerloh, tentu tidak asing pada orang Pahang. Bermula daripada sistem pengajian pondok, diasaskan satu sistem persekolahan yang diberi nama Madrasah Al-Wosto. Demikian inisiatif Haji Hasanuddin Mohammad pada tahun 1948.Sebenarnya tradisi pengajian pondok di kampung itu telah wujud sejak abad ke 17 lagi. Pengajian ketika itu didukung oleh seorang ulama terkenal iaitu Tok Shahibuddin Zainal Abidin (1650-1770). Beliau mendapat pendidikan agama di Kelantan, Terengganu, Fatani, Kedah, Acheh dan Badawi. Tradisi cintakan agama dengan memeriahkan pengajian pondok itu diwarisi turun-temurun oleh keluarga berkenaan serta penduduk Berhala Gantang. Sistem pondok itu kemudian bertukar kepada sistem sekolah pada pertengahan abad ke-20. Madrasah Al-Wosto yang dilestarikan oleh Haji Hasanuddin itu telah menyediakan kurikulum yang lebih mantap dengan guru-guru terlatih yang berpengetahuan. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan tentang kaedah penyampaian ilmu serta bahan yang digunakan dengan sistem pondok. Mungkin yang berbeza hanya dari segi pendekatan dan fizikal yang disediakan untuk kemudahan pelajar-pelajat. Kalau sistem pondok di kampung tersebut terbuka kepada pelajar di semua peringkat usia, tetapi di sekolah agama rakyat mempunyai tahap umur tertentu.Kerja keras Haji Hasanuddin dengan guru-guru serta penduduk kampung telah menjadikan madrasah tersebut sebuah pendidikan agama yang terbesar di negeri Pahang. Pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an mencatatkan pertambahan pelajar seramai 400 orang pelajar. Bahkan pengajiannya pada tahun-tahun 1960-an setaraf dengan pendidikan universiti. Walaupun pada tahun 1948 itu telah dimulakan pengajian di Madrasah Al-Wosto sebagaimana yang disebutkan, namun pondok-pondok pengajian agama masih boleh didapati di Kampung Berhala Gantang. Malah kuliah-kuliah agama dengan jadual-jadual yang tersusun masih lagi berterusan di masjid kampung itu sebagaimana masa-masa dahulu itu.Madrasah Al-Wosto pada awalnya menggunakan sebuah bangunan yang didirikan secara gotong-royong oleh penduduk setempat. Bangunan tersebut terletak di kawasan masjid Berhala Gantang yang ada sekarang ini. Menurut Haji Hasanuddin, madrasah tersebut dinamakan Al-Wosto kerana kedudukannya di tengah-tengah antara Kuala Sungai Pahang dengan Kuala Sungai Tembeling di sebelah hulunya. Manakala Kampung Berhala Gantang sendiri terletak di tengah-tengah negeri Pahang. Al-Wosto bererti "tengah". Kedudukannya yang di tengah-tengah itu menjadikan pelajar-pelajar dari segenap negeri Pahang mudah bertemu. Mereka boleh menggunakan kemudahan pengangkutan sama ada melalui sungai mahupun jalan raya. Banyak pengalaman yang cukup berharga bagi Haji Hasanuddin sewaktu menerajui perjalanan Madrasah Al-Wosto. Kegigihan beliau melalui liku-liku pahit dan manis dengan penuh sabar. Pada masa yang sama, beliau berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang ampuh ilmu agama dan sedia berkhidmat kepada aganma, bangsa dan negara.Pada tahun 1966 umpamanya, Al-Wosto berjaya menwujudkan pengajian Kelas Lapan untuk pelajar-pelajarnya. Pengajian pada peringkat itu sama tarafnya dengan pengajian di universiti. Pada tahun 1970 iaitu sewaktu negara menghadapi zaman kemelesetan, sekolah itu turut menerima bahangnya apabila pelajar-pelajar sukar membayar yuran pengajian. Namun, Al-Wosto tetap berjalan lancar walau dalam keadaan yang sukar itu. Demi kesinambungan pengajian itu, Madrasah Al-Wosto diserahkan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 1982. Sekolah yang diletak di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sehingga sekarang mempunyai kompleksnya yang selesa. Selain bilik-bilik pengajian, disediakan asrama untuk pelajar lelaki dan asrama untuk pelajar perempuan. Di samping itu terdapat pelbagai kemudahan seperti padang, bilik-bilik makmal, dan bengkel untuk pelajaran-pelajaran tertentu. Kini, Sekolah Menengah Agama Al-Wosto dapat menampung pelajar-pelajarnya antara 400 hingga 600 orang. Bahkan sekolah ini merupakan sekolah pilihan untuk pelajar-pelajar cemerlang dari luar Berhala Gantang. Manakala bagi pelajar-pelajar dari Kampung Berhala Gantang dan kampung-kampung sekitar yang berdekatan, Al-Wosto merupakan pilihan mereka yang utama secara terus dari sekolah rendah. Keistimewaan ini diberi sedemikian rupa sebagai galakan utama kepada anak-anak di kampung tersebut. Kemeriahan pendidikan agama Islam di Kampung Berhala Gantang bukan sekadar dengan sejarahnya yang cukup menarik. Malah kenaikan taraf Madrasah Al-Wosto kepada Sekolah Menengah Agama Al-Wosto di kampung itu dimeriahkan lagi dengan tertubuhnya Maahad Tahfiz Al-Amin. Maahad ini ditubuhkan oleh Haji Hasanuddin bersama Ustaz Wahid Ghaffar Haji Ibrahim Al-Hafiz pada tahun 1996.Maahad Tahfiz Al-Amin kini mempunyai pelajar seramai kurang dari 40 orang bagi memudahkan pembelajaran. Maahad menerima pelajar dari seluruh negeri Pahang dan juga Semenanjung. Sebuah bangunan untuk tahfiz tersebut sudah disediakan lengkap dengan bilik pengajian dan asrama. Manakala, masjid Berhala Gantang yang berdekatan dengan Maahad tersebut turut dijadikan tempat pengajaran dan pembelajaran terutamanya selepas solat Subuh.Ustaz Wahid Al-Hafiz di samping menjadi guru, beliau juga menjadi imam di masjid tersebut. Pada masa yang sama beliau turut memberi kuliah agama untuk pelajar-pelajar tahfiz juga untuk penduduk kampung.Haji Hasanuddin walaupun dalam usia 88 tahun masih tekal dan aktif dalam memberi bimbingan kepada penduduk kampung Berhala Gantang. Sehingga kini beliau masih menjadi penasihat kepada ahli jawatankuasa Falak Negeri Pahang; penasihat Maahad Tahfiz Al-Amin, di samping menjadi pakar rujuk agama yang berwibawa.Manakala aktiviti dan sumbangan beliau pada masa lalu antaranya ialah membuat taqwim solat untuk negeri Pahang; Hakim Tilawah al-Quran Negeri Pahang tahun-tahun 1960-an dan 1970-an; Yang Dipertua Persatuan Peladang Daerah Temerloh 1975-1980; Imam masjid Kampung Berhala Gantang 1950-1995 dan menjadi penasihat kepada Maahad Tahfiz di Kerdau, Temerloh.Tokoh ini mampu menguasai bahasa Arab dengan baik serta menguasai ilmu Fiqh, tafsir Al-Quran, dan sirah. Antara kitab yang ditelaahnya ialah Ghayatul Taqrib, Khusun Hamidiyah, dan lain-lain. Beliau khatam al-Quran pada setiap bulan dan pada setiap waktu hair untuk sembahyang berjemaah di Masjid Kampung Berhala Gantang. Haji Hasanuddin mendapat pendidikan sekolah rendahnya di Sekolah Kebangsaan (Melayu) Bangau Tanjung, Temerloh. Kemudian beliau memasuki pengajian pondok al-Quran Tuan Haji Man Lubuk Kawah tidak jauh dari kampungnya. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya di Pondok Tuan Guru Haji Ismail Mat Akil di Kuala Lipis. Akhirnya beliau menyambung lagi pengajian di Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Tahir, Bunut Payung, Kelantan. Di Kelantan, beliau belajar selama enam tahun iaitu tahun 1941 - 1947.Sewaktu belajar di pondok Bunut Payung, tercetus Perang Dunia ke-2. Hal ini menyebabkan Haji Hasanuddin tinggal di Kelantan dalam tempoh yang begitu lama. Beliau balik ke Pahang pada tahun 1947 sewaktu negara sedang dilanda zaman Darurat (1947-1952). Namun suasana sukar ini tidak mematahkan semangatnya untuk mendirikan Al-Wosto (1948).Haji Hasanuddin berjaya menanamkan semangat cinta agama dan cinta bangsa serta tanah air kepada kalangan penduduk Kampung Berhala Gantang. Semangat yang ditanam itu menjadi begitu kental sehingga pihak Inggeris menuduh penduduk kampung tersebut bersubahat dengan pengganas komunis. Oleh sebab itu beberapa penduduk diancam untuk ditangkap oleh pihak Inggeris.Sebenarnya penduduk kampung tersebut benci kepada Inggeris, namun mereka tidak penyokong perjuangan pengganas yang mereka itu tidak ada keyakinan dan pegangan agama. Apabila Ketua Kampung Berhala Gantang, Abdullah Yaakub bin Awang Naib diancam hendak dibunuh oleh pengganas barulah pihak Inggeris percaya akan pendirian penduduk Kampung Berhala Gantang.

13 comments:

Cindai said...

Al-Fatihah... Moga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama para kekasihnya...

(Kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat;09 Syawal 1426H bersamaan 11/11/2005; jam 7.00 pagi)

Cikgu rahman said...

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada empunya blog yang sudi menyiarkan artikel Tuan guru dan SMA Al-Wosto..

Mak saya belajar di madrasah ini pd awal 1950an dan saya pernah mengajar sebagai guru sandaran sains dan matematik selama setahun (1993)..

Umar(bdk Jenderak) said...

Assalammualaikum w.b.t

Al-hamdullilah, ada juga orang mahu menceritakan tentang sek .men. al-Wosto. 'Kawan' amat bangga sekali memandangkan 'kawan' pernah menuntut ilmu di sana walaupun utk tempoh 2 tahun.In fact, 'kawan' pernah bersalam dan berjumpa Tuan Guru Hj. Hassanuddin tiap kali ke masjid kg Berhala Gantang. Keranamu Al-Wosto, dengan izin Allah, 'kawan' dapat masuk U. Terima kasih bebanyak kpd Us.Hussin, Cikgu Jaleha, Us. Jamaluddin, Ustzh Zaiti, Cikgu Khairul, Cikgu Syarifah, Cikgu Zaki dan semua warga guru Wosto. Hanya Allah shj yang akan membalas Jasa baik kalian semua. Kpd smua kekawan SPM batch 1999, kenangan bersame awok smua takkan 'kawan' lupa. Hidup WOSTO!!!

Cindai said...

Waalaikummussalam...

Cik gu Rahman... umar...

Zana tumpang gembira. dan rasa teruja atas perjuangan ulamak dahulu yg tak pernah kenal erti putus asa...

Al-Fatihah buat semua yg telah kembali dan masih berjuang menyebarkan ilmu...

Moga kekuatan itu masih milik mereka....

Amin.... Amin.... Amin....

Anonymous said...

Assalamualaikum...terima kasih kepada penulis blog yang menyiarkan kisah haji hassanuddin. sebenarnya banyak lagi kisah-kisah ulama yang tuan boleh siarkan untuk tatapan semua masyarakat.sungguh benar janji Allah kepada orang yang menghambakan dirinya kepada agama.Semoga usaha yang tuan paparkan di sini boleh memeberikan inpirasi baru kepada generasi baru Islam-dari cucunya

Anonymous said...

Terima kasih kepada penulis yang sudi menulis tentang arwah datuk sy. rindu yg teramat kepada arwah. alfatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Adib Aizuddin Bin Sulaiman said...

Al-Fatihah di ucapkan kpd Arwah Aki Saudara saya yang saya gelar Aki De. Moga Rohnya di cucuri rahmat oleh Allah.
Terima kasih kepada empunya blog kerana menceritakan liku-liku perjalanan hayat arwah dan juga Sek Men (A) Al-Wosto tempat saya pernah menimba ilmu. Kenangan Di Sek tidak akan dilupakan smp ble2.

(Terasa rindu hendak balik Kg Berhala Gantang bila tgk blog ni)

Anonymous said...

Alhamdulillah... sek wosto smakin hari smakin diserikan dgn pelajar yg smakin bermutu... moga2 usha2 org dhulu tdk sia2 mwujud kan sek wosto...

ieda said...

salam.....
saya adalah salah seorang pelajar sekolah ni pada tahun 1990/1991 hingga tahun 1994,banyak ilmu yang saya dapat,antara cikgu2 yg saya masih ingat...cikgu naemah,ustazah rokiah,cikgu zaleha,cikgu alias,ustaz suhaimi,ustazah jamilah dan pada cikgu yang pernah mengajar saya terima kasih banyak2,jasa2 cikgu tak pernah saya lupakan dan pada kawan2 yang saya sama2 belajar dgn saya,semoga semuanya berjaya

amirul said...

assalamualaikum...

Trime ksih kpada pnulis blog yg tlah menceritakn mengenai Sek Men (A) al-Wosto...sy adalah salah seorg bkas pelajr disana dari taun 2003-2007...sy amt berbangga spanjang bljar disana..skrng ini sy tlah mnyambung plajaran di salah sebuah kolej islam...dan sbagai tnd ksih akn sekolah SMA AL-WOSTO sy sdang mrancng program2 utk pljar2 di sekolah tersbut spaya meraka dapat menjulang nama SMA AL-WOSTO sbgai slah sebuah sekolah agama yg disegani dan dihormati..

Cindai said...

Waalaikummussalam warohmatullah....
Alhamdulillah...
Bertuah... dan rezeki kiranya anda dapat bertemu.. berjabat tangan.. menuntut ilmu atau lebih dari itu dari arwah...

Zana tumpang gembira dan berbangga dengan anda semua..

Thanks sudi berkunjung dan menghargai paparan koleksi di blog Zana yang tak seberapa...

Moga Allah golongkan kita diantara para kekasih-Nya..
dan dapat kembali ke sisi-Nya dalam keadaan tennag dan diredhoi...

Amin... Amin... Amin...

Al-Fatihah... Moga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama para kekasihnya...

Anonymous said...

salam hormat ..al wosto tetap dalam kenangan...mana boleh lupa..kena angkut ke balai polis temerloh ramai ramai...atas arahan us sabarudin ( arwah ) ..sebab kes gaduh and pukul budak..now aku dah pun menjadi seorang guru juga..pukul murid pulak... :)

Cindai said...

Pukul bagi tujuan pengajaran... Sesungguhnya yang baik dari Allah jua... ;-)