Wednesday, March 30, 2011

Ibnu Khaldun rintis ilmu sosiologi moden

PROFIL
 
GELARAN: Ibnu Khaldun.
TARIKH LAHIR: 732 Hijrah bersamaan 1332 Masihi.
TEMPAT LAHIR: Tunisia.
MENINGGAL DUNIA: 808 Hijrah bersamaan 1406 Masihi.

IBNU Khaldun mencetus pemikiran baru apabila menyatakan sistem sosial manusia berubah mengikut kemampuannya berfikir, keadaan muka bumi persekitaran mereka, pengaruh iklim, makanan, emosi serta jiwa manusia itu sendiri.


Beliau juga berpendapat institusi masyarakat berkembang mengikut tahapnya dengan tertib bermula dengan tahap primitif, pemilikan, diikuti tahap peradaban dan kemakmuran sebelum tahap kemunduran.


Pandangan Ibnu Khaldun dikagumi tokoh sejarah berketurunan Yahudi, Prof Emeritus Dr Bernerd Lewis yang menyifatkan tokoh ilmuwan itu sebagai ahli sejarah Arab yang hebat pada zaman pertengahan.


Felo Amat Utama Akademik Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadunan (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Uthman El-Muhammady pula melihat pendekatan Ibnu Khaldun secara sejagat.


Sumbangan Ibu Khaldun, perintis ilmu sosiologi moden dapat disaksikan melalui siri Ilmuwan Islam di TV3, malam ini.


Episod kali ini yang diterbitkan Mohd Fasil Mohd Idris, bakal membawa penonton mengenali lebih dekat ilmuwan kelahiran Tunisia yang banyak menghasilkan karya untuk rujukan umat Islam dan bangsa lain masa kini.


Dilahirkan di Tunisia, keluarga Ibnu Khaldun sebenarnya berasal dari wilayah Seville, Sepanyol, ketika dalam pemerintahan Islam.


Ketika zaman kanak-kanak, beliau mempelajari al-Quran daripada orang tuanya sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi sambil dibantu sejarawan dan ulama Tunisia serta Sepanyol.


Pada 1375, beliau berhijrah ke Granada, Sepanyol kerana mahu melarikan diri daripada kerajaan di Afrika Utara.


Bagaimanapun, keadaan politik Granada tidak stabil, lantas mendorong beliau untuk merantau ke Aljazair (bahagian utara Semenanjung Tanah Arab). Di sini, beliau tinggal di kampung kecil iaitu Qalat Ibnu Salama.


Di situ juga beliau menghasilkan beberapa karya terkenal termasuk al Ibar Wa Diwan al-Mubtad Wa al-Khabar. Kitab ini mengandungi enam jilid dan paling terkenal, kitab Mukaddimah.


Sehingga kini kitab itu menjadi rujukan umat Islam, khususnya dalam ilmu kajian sosial, politik, falsafah dan sejarah.


Kitab Mukaddimah menghuraikan beberapa peristiwa dalam kehidupan masyarakat, proses pembentukan negara, faktor kemajuan serta kemunduran, selain menerangkan beberapa perkara yang berkaitan bidang perniagaan, perindustrian dan pertanian.


Karya Ibnu Khaldun yang menakjubkan itu membolehkan beliau digelar sebagai Prolegomena atau pengenalan kepada pelbagai ilmu perkembangan kehidupan manusia di kalangan ilmuwan Barat.


Dalam pada itu, Ibnu Khaldun mengutarakan pandangannya bagi memperbaiki kesilapan dalam kehidupan menjadikan karya beliau seumpama ensiklopedia yang mengisahkan pelbagai perkara dalam kehidupan sosial manusia.


Kajian yang dilakukan Ibnu Khaldun bukan hanya mencakupi kisah kehidupan masyarakat ketika itu, malah merangkumi sejarah umat terdahulu.


Selain sebagai ilmuwan dalam bidang sosial, Ibnu Khaldun, mampu mentadbir dengan baik apabila dilantik sebagai kadi ketika menetap di Mesir.


Kebijaksanaannya mendorong Sultan Burquq iaitu Sultan Mesir ketika itu memberi gelaran Waliyuddin kepada Ibnu Khaldun.


Ibnu Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan, kebebasan dan terkenal kerana hasil kerjanya dalam bidang sosiologi, astronomi, numerologi, kimia serta sejarah.


Beliau membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya daripada keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan dan menguruskan penghasilan wang.


Pemerintah juga melaksanakan kepemimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.


Dari segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubung kaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan ke atas harga dan keuntungan.


Beliau turut menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.


Wacana atau pemikiran Ibnu Khaldun turut diterjemah ke dalam kehidupan masyarakat moden yang mahu mengimbangi pembangunan fizikal dan spiritual seperti Malaysia yang sedang menuju status negara maju.


Secara teorinya, ilmu itu dikaitkan dengan soal manusia dalam masyarakat dan ahli sosiologi berharap ilmu berkenan dapat menjalinkan perpaduan serta membentuk penawar kepada krisis moral yang dihadapi masyarakat hari ini.


Istilah sosiologi walaupun dicipta tokoh kelahiran Perancis abad ke-19, Aguste Comte, kajian mengenai kehidupan sosial manusia sudah dihurai oleh Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah, 500 tahun lebih awal, pada usianya 36 tahun.

Ibnu Tufail pakar ilmu hukum, perubatan

Dunia Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah yang hebat tetapi falsafah Islam tetap dianggap sebagai satu kelompok yang hilang dalam sejarah pemikiran manusia.

Maka tidak hairanlah, sejarah lebih mengenali tokoh-tokoh falsafah Yunani dan Barat berbanding ahli falsafah Islam.


Beberapa tokoh falsafah Islam seperti al-Kindi, al-Farabi, dan Ibnu Sina mendapat pengiktirafan Barat, tetapi mereka tidak mendapat tempat sewajarnya berbanding ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle.


Ini mungkin disebabkan kajian mengenai mereka masih belum memadai dan jauh daripada memuaskan sementara karya besar hasil tulisan sarjana serta ilmuwan Islam belum diterjemahkan.


Begitu juga dengan pemikiran falsafah Ibnu Tufail atau nama sebenarnya, Abu Bakr Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Tufail al-Qisi yang lahir pada 1106 Masihi di Asya, Granada.


Ibnu Tufail dikenali sebagai ahli hukum, perubatan, dan ahli politik yang handal dan ketika pemerintahan al-Mu'min ibn Ali, beliau dilantik sebagai pembantu Gabenor Wilayah Sabtah dan Tonjah di Maghribi.


Beliau juga pernah menjadi doktor peribadi kepada pemerintah al-Muwahidin, Abu Ya'kub Yusuf dan ketika hayatnya, Ibn Tufail pernah dilantik sebagai menteri selain dikenali sebagai ahli politik yang dihormati oleh pihak pemerintah.


Selain itu, beliau juga membabitkan diri dalam bidang pendidikan, pengadilan, dan penulisan.


Walaupun banyak menulis buku, hanya satu saja kitab yang diwariskan Ibnu Tufail kepada generasi umat Islam iaitu kitab Hay ibn Yaqzan, memuatkan pandangannya secara umum, dengan gaya bahasa menarik dan imaginasi indah.


Buku itu dianggap sebagai warisan paling unik yang ditinggalkan oleh seorang ahli falsafah Islam.


Menerusi bukunya itu, Ibnu Tufail berusaha menerangkan bagaimana manusia mempunyai potensi untuk mengenali Allah dengan membuat penelitian terhadap alam sekitar dan sekelilingnya.


Di dalam buku Hay ibn Yaqzan, Ibn Tufail cuba merangka satu sistem falsafah berdasarkan perkembangan pemikiran yang ada pada diri manusia serta berusaha mengungkap persoalan hubungan antara manusia, akal dan Tuhan.


Untuk itu, beliau telah menggunakan watak Hayibn Yaqzan yang hidup di sebuah pulau di Khatulistiwa sebagai gambaran percampuran empat unsur penting dalam kehidupan iaitu panas, sejuk, kering dan basah dengan tanah.


Watak itu hidup terpencil dan dapat mempertahankan kelangsungan hidupnya dengan pimpinan akal dan bantuan pancaindera.


Langkah Ibnu Tufail menggunakan analog watak itu dalam bukunya dianggap sebagai suatu perkara yang luar biasa dalam penulisan karya yang berbentuk falsafah.


Buku itu juga mengandungi pengamatan Ibnu Tufail mengenai ilmu metafizik, matematik, fizik, dan sebagainya.


Ibnu Tufail melihat alam ini sebagai baru dan ditadbir oleh Tuhan yang satu dan berkuasa penuh sementara dalam diri manusia pula terdapat roh yang menjadi sumber dan asas kehidupan mereka di muka bumi ini.


Falsafah Ibnu Tufail bukan sekadar menyentuh perkara yang berkaitan dengan metafizik tetapi juga sains tabii seperti fizik di mana beliau mendapati lapisan udara yang tinggi lebih sejuk dan nipis daripada lapisan yang rendah.


Hal ini disebabkan kepanasan berlaku di permukaan bumi bukannya di ruang dan lapisan udara.


Meskipun pandangan itu dianggap sebagai satu perkara yang biasa pada hari ini, pandangan ini sebenarnya telah menyediakan landasan kepada ahli sains untuk melakukan kajian terhadap kepanasan dan segala fenomena yang berkaitan dengannya.


Pemikiran falsafah Ibnu Tufail juga meliputi perkara yang berhubung dengan masyarakat apabila beliau menyifatkan masyarakat terdiri daripada sebahagian besar anggota-anggota yang malas.


Lantaran itu, mereka mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan nilai yang sedia ada tanpa mahu membahaskannya.


Ibnu Tufail seorang yang berpegang kepada logik dalam mengungkap realiti alam dan kehidupan manusia.


Barangkali bertitik tolak daripada sikapnya itu, beliau tidak menyepi dan mengasingkan diri seperti mana dilakukan oleh segelintir ahli falsafah lain.


Sebaliknya beliau bergiat dalam hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan mengambil bahagian secara aktif dalam urusan pemerintahan serta kenegaraan.


Kegiatan ini dilakukannya sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada 1185 Masihi.

Profail :

NAMA: Abu Bakr Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Tufail al-Qisi


GELARAN: Ibnu Tufail


TARIKH LAHIR: 1106 Masihi


TEMPAT LAHIR: Asya, Granada


MENINGGAL DUNIA: 1185 Masihi


SUMBANGAN: Pemikir yang banyak menghasilkan karya dalam bidang falsafah, sastera, ilmu matematik, astronomi dan ilmu perubatan.

Ibnu Jauzi, Ulama' Alim Yang Pepatahnya Memukau

Ibnu Jauzi ialah seorang ulama yang alim dalam ilmu hadis, sejarah, tafsir dan fiqah. Beliau dilahirkan pada tahun 1114 M di Baghdad. Beliau banyak menulis kitab-kitab lebih kurang seribu kitab, antaranya berbentuk kitab dan ada yang berbentuk risalah

Perjalanan Hidupnya dan Peribadinya

Ibnu Jauzi mulai menuntut ilmu sejak kecil. Bahkan, beliau sudah mulai memberikan ceramah dan nasihat sejak berumur 10 tahun. Beliau telah sampai pada suatu kedudukan yang tidak ada orang seperti beliau sebelum dan sesudahnya.

Waktu beliau dihabiskan untuk menuntut ilmu, menghafal dan menekuni bidang agama, menulis kitab, mengajar dan memberi nasihat dan fatwa kepada orang lain. Sehingga beliau menjadi ulama yang termasyhur dan tokoh masyarakat pada zamannya kerana kefasihan, kemahiran dan ketinggian ilmunya.

Ibnu Jauzi mengatakan kepada puteranya dalam sebuah surat yang sangat menyentuh perasaan dan hati dalam nasihat seorang ayah kepada puteranya yang menceritakan perjalanan awal dari hidupnya serta permulaan keadaannya:

“Ketahuilah wahai puteraku bahawasanya ayahku ialah seorang yang kaya raya dan beliau mewariskan beribu-ribu harta. Ketika aku berusia baligh, diberikan kepadaku 20 dinar serta dua buah rumah dan mereka berkata kepadaku, “Inilah warisanmu seluruhnya.” Kemudian, aku mengambil dinar tersebut dan kubelikan beberapa kitab. Aku menjual kedua rumah tersebut untuk biaya menuntut ilmu. Tidak ada lagi padaku sisanya.

Ayahmu tidak pernah merasa merendah diri dalam menuntut ilmu. Tidak pernah keluar berpindah-pindah dari satu negeri ke negeri yang lain kerana kesibukannya memberikan nasihat dan tidak pernah mengutus seorang budak untuk meminta sesuatu kepada siapa pun, urusannya tetap berjalan dengan baik.

Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah wahai puteraku dalam menjaga martabatmu untuk mencari dunia dan merendahkan diri di hadapan penghuninya. Qanaalah kamu, nescaya akan berwibawa. Ada yang berkata, “Barangsiapa yang merasa cukup dengan sepotong roti dan kubis, tidak akan ada yang memperbudaknya.”

Sungguh aku suatu pagi tidak punya makanan apa pun. Petang harinya juga tidak ada. Allah tidak merendahkan diriku di hadapan seorang makhluk pun, akan tetapi Dia mengatur rezekiku untuk menjaga martabatku.
Kalaulah aku menerangkan keadaanku, akan panjang dan inilah keadaanku sekarang seperti yang kau saksikan.”

Imam Az-Zahabi berkata tentangnya: “Tidak berlebihan kalau kita mengatakan bahawa diia ialah orang terdepan dalam memberikan nasihat. Dia boleh mengungkapkan syair yang indah dan pepatah yang memukau secara spontan. Dia boleh menarik, membuat kagum, membuat sangat senang dan membuat orang yang mendengarkannya merasa tersanjung yang tidak pernah dibuar seseorang sebelum atau sesudahnya. Dialah pembawa panji baik dengan segala kepiawaiannya, paras nan elok, suara yang indah menikam jiwa, sifat yang baik.

Dia ialah lautan dalam bidang tafsir, ulama dalam bidang sejarah, disebut-sebut sebagai orang yang paling pandai dalam bidang hadis, fakih, berilmu dengan ijma’ dan perbezaan pendapat para ulama, punya kelebihan dalam bidang kedoktoran, menguasai beberapa bidang ilmu, faham, cerdas dan hafal. Dia bersungguh-sungguh dalam mengumpulkan dan menulis dengan tatabahasa yang sangat memukau dan menarik.

Berwatak mulia dan sifat yang terpuji serta sangat dipandang baik di kalangan khusus ataupun awam. Aku tidak menemukan karangan seperti karangannya. Ayahnya meninggal dunia saat dia berumur 3 tahun, lalu didik oleh datuknya. Karib kerabatnya banyak berdagang tembaga. Kadangkala dia menyebutkan namanya dalam belajar, Abdurrahman bin Ali Ash-Shaffar. Lalu, di masa kanak-kanak, datuknya membawanya kepada Ibnu Nashir, dia banyak belajar kepadanya.

Kemudian, dia mulai suka memberi nasihat dan berkecimpung di dalamnya. Dia mulai memberi nasihat sejak kecil. Kemudian, dia berkecimpung lebih jauh dalam bidang itu hingga dia terkenal sampai dia wafat. Semoga Allah SWT merahmati dan memaafkannya sekiranya dia tidak menggeluti rakwil dan tidak pula menyelisihi imamnya.”

Karya-karyanya

Di antara karya-karya beliau ialah:

1. Talbis Iblis, karya beliau yang terkenal dan sangat bermanfaat.
2. al-Adhkiya'
3. Afat al-Muhaddithin
4. Akhbar al-Akhyar
5. al-Manasik
6. Dan lain-lain.

Wafatnya

Ibnu Jauzi wafat pada tahun 1201 M dalam usia 87 tahun.
“Aku melihat menyibukkan diri dengan fiqah dan dengan mendengar hadis tidak cukup untuk merawat hati melainkan ilmu itu digabungkan dengan perkara-perkara yang melembutkan hati dan membaca cerita sejarah orang soleh.

Adapun mengetahui perkara halal dan haram bukanlah satu peranan yang besar di dalam melembutkan hati. Sesungguhnya yang melembutkan hati ialah dengan menyebut cerita-cerita yang menyentuh hati dan cerita-cerita orang soleh kerana mereka ialah golongan memahami maksud daripada hadis-hadis yang dinukil.
Mereka keluar daripada zahir cerita kepada aspek rohani dan sentimen cerita-cerita tersebut.

Tidaklah aku ceritakan perkara ini melainkan untuk merawat dan mengubat kerana aku melihat pelajar-pelajar yang belajar hadis, minat mereka hanya pada mendapat sanad hadis yang tinggi dan minat fuqaha ialah untuk memperhebatkan pendebatan mereka.”
(Ibnu Jauzi)

Ibnu al-Zahrawi dan Ibu Nafis

Barat perakui sumbangan ilmuwan perubatan Islam kini

ILMU perubatan adalah antara sumbangan terbesar umat Islam kepada tamadun manusia. Dalam sejarah dunia, ramai ilmuwan Islam yang meneroka serta membuat pelbagai penemuan dalam bidang berkenaan.
Nama besar dalam bidang itu, Ibnu Nafis, Ibnu Zahrawi dan Ibnu Razi tidak asing lagi bukan saja kepada umat Islam, malah dunia Barat. Mereka telah menjadi pelopor dalam dunia perubatan dengan kajian yang membawa penemuan penting sehingga hari ini.

Ibnu Nafis atau nama sebenarnya Al-Hakim ‘Alauddin Abu al-Hasan Ali Abu al-Hazm al-Quraisyi al-Dimasyqi al-Misri adalah ilmuwan yang bertanggungjawab memberi penjelasan mengenai saluran pembuluh darah dalam badan manusia.


Dalam pengkajian dan analisis yang dibuat, beliau juga menemui sistem peredaran darah ke paru-paru, 300 tahun sebelum penemuan dibuat sarjana Barat, Harvey.


Bagi memastikan usahanya memberi manfaat kepada umat Islam khasnya dan masyarakat dunia amnya, Ibnu Nafis membukukan segala hasil penemuannya itu seperti buku yang menerangkan mengenai peredaran darah ke paru-paru.


Beliau mengakhiri penulisan kedoktorannya dengan sebuah ensiklopedia perubatan, Al-Shamil Fi al-Tibb, satu kajian menyeluruh seni perubatan yang merangkumi bidang pembedahan.


Bagaimanapun, hanya 80 jilid daripada 300 jilid yang dirancang dapat disiapkan Ibnu Nafis kerana beliau meninggal dunia. Manuskrip kitab ini banyak disimpan di Damsyik.


Selain seorang cendekiawan Islam yang mengkaji pembangunan dalam perubatan moden, Ibnu Nafis dikenali kerana kajiannya dalam ilmu logik (mantiq), falsafah, bahasa, ilmu bayan, hadis dan usul fiqh.


Seorang lagi tokoh Islam terkenal dalam bidang perubatan ialah Abdul Qasim Khalaf bin Abbas Al-Zahrawi (Abdulcassis) atau Al-Zahrawi iaitu doktor pembedahan dari Cordova yang sangat masyhur.


Karyanya, Kitab al-Tasrif (Buku Penganugerahan) iaitu suatu ensiklopedia perubatan menjadi panduan bagi doktor perubatan pada abad ke-16.


Tulisannya juga memberi penjelasan secara tersusun dalam perubatan Islam disertai ilustrasi alat yang digunakan.


Kitab ini dicetak pada tahun 1497 Masihi dalam bahasa Latin dan Yahudi dengan nama ‘medical Vademecum’.


Bab mengenai pembedahan dalam at-Tasrif adalah tesis pembedahan dengan ilustrasi pertama dalam bidang perubatan.


Buku itu terbahagi kepada empat bahagian, yang pertama mengenai (mengeluarkan darah) bagi penyakit ‘apoplexy’ (penyakit yang menghilangkan deria disebabkan pecahan darah dalam otak).


Bahagian kedua, mengenai pembedahan menggunakan pisau belah (skalpel) serta pembedahan mata dan mulut, bahagian ketiga pula pembedahan bagi pelbagai bentuk pecah tulang, terseliuh serta berkaitan kelahiran anak.


Bahagian terakhir buku itu membincangkan penyakit gigi dan cara merawatnya dan ia menjadi dasar bagi ilmu pergigian di Eropah.


Program Ilmuwan Islam melalui bahagian kedua mengenai bidang perubatan yang diterbitkan Mohd Zailan Abd Rahman, malam ini, turut mendapatkan pandangan pakar perubatan tempatan mengenai perkembangan perubatan moden.


Pakar perubatan, Prof Dr Nik Abdul Aziz Sulaiman berkata, kesinambungan pencapaian bidang perubatan yang berakar dalam abad pertengahan ini berkembang agak perlahan di dunia Islam berbanding dunia Barat selepas abad ke-18.


Katanya, faktor penjajahan Barat turut membantut perkembangan anak watan terutama mereka yang berada di dunia ketiga.


Beliau sendiri terpaksa mengharungi zaman peralihan kemerdekaan, yang berdepan dengan segala kekurangan tetapi suasana itu sedikit demi sedikit berubah.


Ramai generasi selepas beliau seperti Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Lokman Saim kini berjaya memberi sumbangan bermakna bukan saja di Malaysia, malah ke peringkat antarabangsa.


Dr Lokman adalah pakar perubatan pertama di Asia yang berjaya menjalankan Implan Koklear iaitu kaedah pembedahan memasukkan alat yang membolehkan pesakit menghadapi masalah pendengaran dapat mendengar semula.


Beliau juga adalah doktor perunding di Hospital Sek-zek, Lahore; Hospital Universiti Agha Khan, Karachi; Rumah Sakit Ripas, Brunei dan hospital di Jakarta.


Walaupun bergelar doktor pakar, keinginan menyelami nilai keperibadian sarjana Islam silam merubah paradigma ilmu perubatan menuju kemajuan mendorongnya melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, khusus dalam bidang pengajian Islam.


Profil


NAMA: Abul Qasim Khalaf ibn Al-Abbas Al-Zahrawi

GELARAN: Ibnu al-Zahrawi
TARIKH LAHIR: Tahun 936 Masihi
TEMPAT LAHIR: Zahra, Cordova, ibu negeri Sepanyol.
MENINGGAL DUNIA: Tahun 1013 Masihi
SUMBANGAN: Pakar bedah yang membincangkan mengenai pembedahan dan alat yang digunakan secara terperinci serta memberi sumbangan terhadap pembentukan ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat

NAMA: Al-Hakim ‘Alauddin Abu al-Hasan Ali Abu al-Hazm al-Quraisyi al-Dimasyqi al-Misri

GELARAN: Ibn al-Nafis
TARIKH LAHIR: 607 Hijrah/1210 Masihi
MENINGGAL DUNIA: 687 Hijrah/1288 Masihi
TEMPAT LAHIR: Damsyik
SUMBANGAN: Menemui sistem peredaran darah manusia

Ibnu Al-Syatir pencipta astrolab

IBNU Al-Syatir adalah astronomi Islam yang sangat penting. Beliau berjaya menjelaskan teori planet serta mencipta peralatan astronomi yang digunakan mereka yang mendalami serta mengkaji ilmu astronomi.

Penguasaan beliau dalam ilmu matematik serta kejuruteraan membolehkan Ibnu Al-Syatir mendalami ilmu astronomi dan menghasilkan astrolab, alat yang digunakan untuk mengira jarak bintang dengan lebih tepat.


Astrolab adalah peralatan kuno untuk mengukur ketinggian bintang di langit. Ia berbentuk cakera diperbuat daripada kayu atau logam yang tepinya ada ukuran darjah dan di tengahnya jarum penunjuk boleh bergerak.


Menggunakan ilmu pengetahuannya, Ibnu Al-Syatir membuat pembetulan alat penunjuk waktu menggunakan bayang-bayang matahari di atas permukaan jam yang dinamakan mizwalah.


Berdasarkan pengetahuannya juga, Ibnu Al-Syatir berjaya memberi penjelasan teori ilmu astronomi, matematik dan geografi Yunani serta Mesir.


Malah, beliau membuat pembetulan terhadap teori Kaleodos Ptolemeus yang mengatakan bahawa bumi adalah pusat peredaran planet serta bintang yang ada di langit secara teratur.


Hasil pengamatan Ibnu Al-Syatir terhadap planet luar seperti Marikh, Musytari dan Zuhal, beliau berjaya menemukan bukti bahawa bumi bukan pusat peredaran sebaliknya, semua planet mengelilingi matahari.


Memang pada mulanya penemuan beliau dianggap pelik, tetapi apabila Ibnu Al-Syatir memberikan ulasan mengenai kesilapan teori Ptolemeus, kehebatan ilmunya dikagumi tokoh ilmuwan lain.


Bagaimanapun, wujud salah faham apabila penemuan Ibnu Al-Syatir tidak banyak diperkatakan menyebabkan ramai mengatakan teori bumi mengelilingi matahari ditemukan ahli ilmu falak Poland, Copernicus.


Orientalis Inggeris, David King, yang membuat kajian mengenai hasil penemuan ilmuwan Islam menyatakan kebanyakan teori yang dikaitkan dengan Copernicus sebenarnya diambil daripada ilmuwan Islam bernama Ibnu Al-Syatir.


Malah, kajian terhadap manuskrip Arab di Poland pada 1973 menunjukkan Copernicus mengambil hasil penemuan dalam buku itu dan menyandarkan pendapat berkenaan kepada dirinya.


Ibnu Al-Syatir juga berjaya mencipta alat untuk mengetahui waktu solat yang dinamakan al-Basit yang kemudian diletakkan di menara azan Masjid Umawi di Damsyik.


Selain itu, beliau turut mengarang 30 jenis buku antaranya Risalah fi Ta’liq al-Arsad, Urjuzah fi al-Kawakib, Risalah ‘an Sun al-Usturlab, Kitab al-Mukhtasar fi Sun al-Usturlab dan Risalah fi Usul ‘Ilm al-Ustrlab.


Malangnya, semua buku hasil karya tokoh ilmuwan yang dikagumi ramai itu hilang.


Ibnu Al-Syatir yang pernah dipelihara bapa saudaranya, seorang pengukir, selepas kematian bapa ketika umur enam tahun turut menguasai ilmu kesenian ukiran sehingga berjaya menghasilkan kemewahan.


Beliau mahir menghasilkan seni ukiran menggunakan gading yang diminati golongan kaya dan sanggup membeli pada harga tinggi.


Menggunakan hasil seni ukiran itulah, Ibnu Al-Syatir mengelilingi dunia dan mengunjungi banyak negara termasuk Iskandariah untuk menimba ilmu pengetahuan.


PROFIL

NAMA: Abu Al-Hasan Alauddin Ali bin Muhammad Al-Ansari
GELARAN: Ibnu Al-Syatir
TARIKH LAHIR: 704 Hijrah bersamaan 1304 Masihi
TEMPAT LAHIR: Damsyik, Syria
MENINGGAL DUNIA: 777 Hijrah bersamaan 1375 Masihi
SUMBANGAN: Mencipta peralatan astronomi dan memberi penjelasan teori bahawa planet mengelilingi matahari, bukan bumi

Ibn Qayyim menghuraikan falsafah ekonomi Islam

Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691/1292 – 751/1350) bukanlah tokoh yang asing dalam kalangan orang Islam, tetapi ramai yang tidak tahu pemikiran dan sumbangannya dalam falsafah ekonomi Islam. Ibn Qayyim banyak membincangkan tentang konsep kekayaan dan kemiskianan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadl dan riba al-nasi’ah, dan mekanisme pasaran.

Ibn Qayyim atau nama asalnya Shams al-Din Abu `Abd Allah Muhammad b. Abu Bakr b. Sa’ad, lahir pada 7 Safar 691H bersamaan dengan 9 Januari 1292M di Damsyik. Beliau meninggal dunia pada tahun 751H/1350M di tempat yang sama. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ayahnya merupakan guru pertama yang mengajar Ibn Qayyim tentang ilmu-ilmu asas Islam termasuk ilmu al-fara’id.


Sebenarnya, beliau telah menuntut pelbagai bidang pengajian dengan beberapa orang Ulama terkenal pada waktu remajanya. Antara guru beliau ialah Qadi Sulayman b. Hamzah (711H/1311M), Shaykh Abu Bakr (718H/1318M), al-Majd al-Tunisi (718 H), Abu al-Fath al-Ba’li (709H), al- Saffi al-Hindi (715H), al-Taqi al-Sulayman, Abu Bakr bin `Abd al-Da’im (718H), Abu Basr bin al-Shirazi (723H), `Isa al-Mut’im (719H), Isma`il Maktum (716H), dan Ibn Taymiyyah (661 – 728/1263 – 1328).

Antara bidang pengajian yang dipelajari daripada mereka ialah Tafsir al-Quran, hadith, usul al-fiqh, dan fiqh. Kesungguhan dan ketekunan Ibn Qayyim mempelajari ilmu dan pelbagai bidang akhirnya menjadikan beliau terkenal sebagai seorang tokoh dalam bidang fiqh, usul al-fiqh, tafsir, bahasa Arab, ilmu kalam, dan hadis. Malah menurut Ibn `Imad, Ibn Qayyim merupakan seorang yang alim dalam bidang tasawuf.

Ibn Qayyim sangat terkenal sebagai seorang tokoh ilmuwan pada zamannya dan dapat mengusai pelbagai bidang ilmu. Beliau merupakan salah seorang faqih yang mempunyai autoriti dalam Mazhab Hambali. Ada sesetengah Ulama Sufi menggelarkannya sebagai sufi agong. Beliau juga mempunyai personaliti dan peribadi yang baik yang amat sukar ditandingi oleh orang lain yang semasa dengannya. Ibn Kathir (774H/1373M), salah seorang anak muridnya pernah menyatakan bahawa Ibn Qayyim seorang yang kuat beribadat dan peribadinya disukai oleh orang ramai pada waktu itu. Antara lain Ibn Kathir menulis, “Aku tidak pernah melihat pada zaman kami ini, orang yang kuat beribadat seperti Ibn Qayyim. Apabila sembahyang, sembahyangnya begitu lama. Beliau memanjang rukuknya dan juga sujudnya.”
  

Selaku seorang ulama yang terkenal, Ibn Qayyim telah didampingi oleh ramai orang yang berguru dan mempelajari pelbagai bidang ilmu dengannya. Antara anak-anak muridnya yang masyhur ialah Ibn Kathir tokoh dalam ilmu hadis dan sejarah, Zayn al-Din Ibn Rajab al- Hanbali (795H/1397M) seorang tokoh dalam Mazhab Hanbali, dan Ibn Hajar al-`Asqalani (852H/1449M) seorang tokoh hadis yang tidak asing lagi.
  

Menurut penyelidikan Dr. `Iwad Allah Jad Hijazi penulisan Ibn Qayyim dalam pelbagai bidang ilmu pengetahun berjumlah 66 buah. Penulisan itu ada yang berjilid-jilid, ada yang tebal dan ada yang kecil serta ringkas. Dalam bidang tafsir Ibn Qayyim menulis Kitab al-Tibyan fi Iqsam al-Qur’an, Tafsir al-Mu`awwizatayn, Tafsir Surah al-Fatihah yang terdapat di awal 
Kitab Madarij al-Salikin, dan lain-lain lagi.
  

Dalam bidang Hadis, Ibn Qayyim menulis Kitab-kitab seperti Tahdhib al-Sunan oleh Abu Dawud, al-Wabilal Sayyab min al-Kalam al-Tayyib, dan sebagainya. Dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh beliau menyumbangkan kitab-kitab seperti, I`lam al-Muwaqqi`in `an Rabb al-`Alamin, al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyysah al-Shar`iyyah, al-Solah wa Ahkam Tariqiha, Tuhfah al-Mawdud biAhkam al-Mawlud, Bayan al-Dalil `An Istighna’ al-Musabaqah `an al-Tahlil, al-Tahlil Fima Yaaill wa Yaarum min Libas al-Harir, dan sebagainya.
  

Dalam bidang tasawuf Ibn Qayyim menulis yang antaranya, kitab-kitab Madarij al-Salikin, Rawdah al-Muhibbin wa Nuzhah al-Mushtaqin, al-Fawa’id li Ibn Qayyim, `Uddah al-Sabirin wa Dhakhirah al-Shakirin, Taraq al-Hijratayn wa Bab al-Sa`adatayn, dan sebagainya. Dalam bidang kalam dan falsafah Ibn Qayyim menulis beberapa kitab seperti, Shifa’ a-`Alil fi Masa’il al-Qada’ wa al-Qadar wa al-hikmah wa al-Ta`lil, Kitab al-Ruh, Hadi al-Arwah ila Bilad al-Afrah, dan Miftah dar al-Sa`adah wa Manshur Wilayah al-`Ilm wa al-Iradah. Dalam bidang Sejarah beliau menulis Kitab Zad al-Ma`ad fi Hady Khayr al-`Ibad. Ibn Qayyim juga menulis al-Tibb al-Nabawi, Talbis Iblis, al-Jawab al-Kafi `an Lima Sa’ala `An al-Dawa’ al-Shafi, dan lain-lain lagi.
  

Ibn Qayyim dalam penulisannya juga telah menyentuh beberapa perkara berkenaan dengan falsafah ekonomi Islam iaitu konsep manusia Islam ('homo islamicus') dan manusia bukan ekonomi ('non homo economicus'), konsep keadilan dan nilai-nilai etika dalam ekonomi, aktiviti-aktiviti ekonomi, kerjasama dan pembahagian buruh, pemilikan harta kekayaan oleh individu, dan peranan kerajaan dalam ekonomi. Dalam hal ini, Ibn Qayyim menggariskan asas kepercayaan Islam bahawa setiap manusia bertanggungjawab membimbing diri sendiri ke arah menjadi hamba Allah yang baik dan Allah S.W.T merupakan sumber pedoman dan petunjuk.
  

Dalam pengajian ekonomi, manusia digambarkan sebagai manusia yang sifat, gelagat dan tindakannya mementingkan diri sendiri, tamak, haloba, dan menjadikan keuntungan sebagai asas penting dalam semua jenis aktiviti ekonomi. Jadi, setiap manusia bertanggungjawab terhadap perbuatannya dan Allah S.W.T menjadi pedoman dan petunjuk ke arah jalan yang betul.
  

Selain itu, Ibn Qayyim menekankan bahawa hidup di dunia ini merupakan ujian dan cubaan daripada Allah S.W.T. Ujian yang dikenakan kepada manusia itu boleh sama ada dalam bentuk anugerah harta kekayaan atau pun diberikan kehidupan yang susah. Anugerah kekayaan kepada seseorang tidak bermaksud Allah S.W.T sayang kepadanya. Demikian juga ujian kemiskinan tidak bermaksud Allah S.W.T benci kepada seseorang. Harta kekayaan yang dimiliki oleh manusia bukanlah bererti hidup ini penuh dengan kesenangan.
  

Ibn Qayyim juga ada menyentuh soal keadilan yang merupakan teras semua aspek dalam kehidupan. Menurut Ibn Qayyim, keadilan merupaka objektif dan matlamat utama Syariah. Hal ini demikian adalah kerana Syariah itu mengandungi keadilan, keberkatan, dan kebijaksanaan. Perkara yang bercanggah dengan keadilan akan menukarkan keberkatan dan kebajikan kepada laknat dan kejahatan, dan daripada kebijaksanaan kepada sesuatu yang tidak berfaedah kepada Syariah.
  

Sehubungan dengan itu Ibn Qayyim menjelaskan nilai-nilai etika yang baik seharusnya diamalkan oleh orang Islam dalam kegiatan ekonomi mereka. Antara nilai etika yang baik ialah kepatuhan kepada Allah SWT, ketaatan kepada agama, sifat baik, jujur, dan benar. Apabila nilai etika tersebut diamalkan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam kegiatan ekonomi, akan menjauhkan nilai-nilai jahat seperti pembohongan, penipuan, dan korupsi.
  

Selanjutnya beliau menjelaskan bahawa akibat kepada sifat semula jadi yang suka berbohong akan menyebabkan kejayaan tidak tercapai dalam kehidupan. Apabila keadaan ini berlaku, kehidupan perekonomian akan cacat termasuk juga aspek-aspek lain dalam kehidupan. Dalam perkataan lain, pembohongan memberi impak yang besar dalam kehidupan orang-orang Islam.
  

Memandangkan akibat yang besar daripada ketidaktaatan dan kejahatan sosial, Ibn Qayyim ada menulis bahawa kesan-kesan dosa akan membawa kepada tidak baik dan dikutuk. Dosa-dosa ini mencacatkan jasad dan roh manusia yang merosakan kehidupan di dunia ini dan selepas mati.
  

Sifat-sifat yang negatif seperti pembohongan, penipuan, dan pengeksploitasian serta ketidakjujuran mendorong kepada keadaan yang tidak tenteram dalam kehidupan masyarakat. Akan berlaku huru-hara, kecurigaan, ketidakstabilan, dan kekecewaan dalam kalangan masyarakat. Apabila semua perkara ini berlaku, kegiatan ekonomi akan menguncup.
  

Sebaliknya nilai-nilai etika yang yang di amalkan dalam masyarakat akan menyuburkan suasana keyakinan dan jaminan keselamatan dalam masyarakat. Pada masa yang sama, masyarakat akan bekerjasama dalam proses pengeluaran dan kestabilan ekonomi. Dalam perkataan lain pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan akan meningkat, dan masyarakat akan hidup mewah.
  

Selain itu, Ibn Qayyim menganjurkan campur tangan kerajaan dalam pemilikan harta kekayaan individu jika individu berkenaan menggunakan harta kekayaan berkenaan pada jalan yang bertentangan dengan faedah masyarakat. Dalam hubungan ini, Ibn Qayyim telah memetik sepotong hadith Rasulullah s.a.w. mengenai seorang hamba (harta) yang dimiliki bersama oleh beberapa rakan kongsi (tuan) yang hendak dibebaskan oleh salah seorang daripada tuannya, sedangkan tuan-tuan yang lain tidak bersetuju dengan pembebasan tersebut.

Dalam kes ini Rasulullah s.a.w. memutuskan harga yang adil dan rakan-rakan kongsi yang lain diminta menerima bahagian masing-masing. Selepas itu, hamba berkenaan telah dibebaskan. Hadith ini menjadi asas pada Ibn Qayyim dalam menentukan peraturan bahawa sesuatu harta yang yang tidak boleh dibahagikan dan dimiliki bersama boleh dijual jika salah seorang daripada para pemiliknya berhasrat untuk menjualnya.


Jelas, beberapa aspek dalam falsafah ekonomi Islam yang dihuraikan oleh Ibn Qayyim tersebut merupakan antara prinsip dan teras ekonomi Islam yang membezakannya dengan falsafah ekonomi konvensional.

Ibn Haitham kuasai ilmu perubatan mata, cahaya

SEJARAH membuktikan dunia Islam melahirkan ramai golongan sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah, sains, politik, kesusasteraan, kemasyarakatan, agama dan perubatan.

Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat menguasai ilmu itu pada usia muda, malah dalam masa singkat menguasai beberapa bidang ilmu secara serentak.


Tokoh itu walaupun lebih dikenali dalam bidang sains dan perubatan, namun turut memiliki kemahiran tinggi dalam bidang agama, falsafah dan seumpamanya.


Seorang daripada tokoh itu ialah Ibn Haitham atau di kalangan cerdik pandai Barat dikenali dengan nama Alhazen.


Ibn Haitham memulakan pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya.


Selepas beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.


Kecintaannya kepada ilmu membawanya berhijrah ke Mesir. Ketika di sana beliau mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran Sungai Nil serta menyalin buku mengenai matematik dan falak. Tujuannya untuk mendapatkan wang saraan pengajiannya di Universiti al-Azhar.


Hasil usaha itu, beliau menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, perubatan dan falsafah. Tulisannya mengenai mata, menjadi salah satu rujukan yang penting dalam bidang pengajian sains di Barat.


Malah, kajiannya mengenai perubatan mata menjadi asas kepada pengajian perubatan moden mengenai mata. Ibn Haitham adalah ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan.


Penyelidikannya mengenai cahaya memberikan ilham kepada ahli sains Barat seperti Boger, Bacon dan Kepler mencipta mikroskop serta teleskop. Beliau adalah orang pertama yang menulis dan menemui pelbagai data penting mengenai cahaya.


Beberapa buku mengenai cahaya yang ditulisnya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris antaranya ialah Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahaskan mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang-bayang dan gerhana.


Menurut Ibn Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada pada garis 19 darjah di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari berada di garis 19 darjah ufuk barat.


Dalam kajiannya, beliau juga berjaya menghasilkan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.


Ibn Haitham melakukan percubaan terhadap kaca yang dibakar dan dari situ terhasillah teori lensa pembesar. Teori itu digunakan oleh saintis di Itali untuk menghasilkan kanta pembesar yang pertama di dunia.


Lebih menakjubkan ialah Ibn Haitham menemui prinsip isi padu udara sebelum seorang saintis yang bernama Trricella mengetahui perkara itu 500 tahun kemudian. Ibn Haitham juga menemui kewujudan tarikan graviti sebelum Isaac Newton mengetahuinya.


Selain itu, teori Ibn Haitham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung secara teratur memberikan ilham kepada saintis Barat untuk menghasilkan wayang gambar. Teori beliau membawa kepada penemuan filem yang kemudiannya disambung dan dimainkan kepada penonton seperti kita tontoni pada masa kini.


Selain sains, Ibn Haitham banyak menulis mengenai falsafah, logik, metafizik dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Beliau turut menulis ulasan dan ringkasan terhadap karya sarjana terdahulu.


Penulisan falsafahnya tertumpu kepada aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi pertikaian.


Padanya pertikaian dan pertelingkahan mengenai sesuatu perkara berpunca daripada pendekatan yang digunakan dalam mengenalinya.


Beliau juga berpendapat bahawa kebenaran hanya satu. Oleh sebab itu semua dakwaan kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan yang sedia ada. Jadi, pandangannya mengenai falsafah amat menarik untuk disoroti.


Bagi Ibn Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik, sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk menguasainya seseorang itu perlu menggunakan waktu mudanya dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat, kekuatan fizikal dan mental akan turut mengalami kemerosotan.


Ibn Haitham membuktikan pandangannya apabila beliau begitu ghairah mencari dan mendalami ilmu pengetahuan pada usia mudanya. Beliau berjaya menghasilkan banyak buku dan makalah. Antaranya:


- Al'Jami' fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori ilmu matematik dan matematik penganalisaannya.


- Kitab al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri


- Kitab Tahlil ai'masail al 'Adadiyah mengenai algebra


- Maqalah fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas mengenai arah kiblat bagi segenap rantau


- Maqalah fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam urusan hukum syarak.


l Risalah fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.


Sumbangan Ibn Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Beliau dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan.


Bagaimanapun sebahagian karyanya lagi dicuri dan dicedok oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau.


Kajian Ibn Haitham menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains.


Pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu itu yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.

Ibn Haitham Bapa Optik Moden

IBN Haitham yang diberi gelaran Bapa Optik Moden mempunyai rahsia tersendiri mendahului dunia Barat dalam meneroka penemuan mengenai optik dan cahaya.

Beliau mendapat inspirasi mendalami kajian mengenai cahaya berdasarkan pemahamannya terhadap ayat al-Quran yang banyak menyebut mengenai perkara itu seperti surah an-Nur. Hakikatnya, tokoh sains yang turut dikagumi Barat itu, adalah tokoh agama yang tidak memisahkan antara sains dengan ilmu ketuhanan.


Walaupun al-Quran bukan kitab sains, namun ia menyimpan banyak rahsia sains yang akhirnya membawa manusia kepada perasaan kagum dengan kebesaran Allah.


Ibn Haitham berjaya memberi penjelasan mengenai teori pembiasan cahaya di mana cahaya yang bergerak lurus akan terbias apabila melalui halangan di atmosfera sebagaimana manusia melihat objek terpesong daripada kedudukan sebenar di dalam air kerana cahaya dari objek yang sampai ke mata telah dibiaskan oleh air.


Beliau mencetuskan revolusi ilmu optik melalui huraian anatomi mata seawal kurun ke 11 Masihi, malah perkataan kornea yang diasaskannya masih diguna pakai hingga hari ini.


Ibn Haitham turut menjelaskan konsep melihat yang sebenar dan kaitan penglihatan dengan otak manusia, teori yang membawa kepada pemahaman pergerakan cahaya.


Selain kejayaan menghasilkan teori itu, beliau turut melalui pengalaman getir serta mencabar dalam usahanya mendalami ilmu pengetahuan sehingga terpaksa berlagak seperti orang tidak siuman.


Kisah bermula apabila beliau berazam untuk mengawal aliran Sungai Nil dengan merumus formula yang dapat memastikan sungai itu sentiasa mengalir pada tahap menggembirakan penduduk Mesir.


Maka, tercetuslah idea untuk membina empangan di Sungai Nil sehingga menawan pemerintah Mesir ketika itu Khalifah al-Hakim yang menjemput Ibn Haitham ke negaranya.


Al-Hakim terkenal sebagai pemerintah yang amat mencintai ilmu dan menggalakkan ilmuwan dari segenap wilayah Islam berhijrah ke Mesir.


Khalifah al-Hakim memiliki sikap tegas dan mempunyai keazaman tinggi hingga tidak akan bertolak ansur terhadap orang yang gagal memenuhi impiannya.


Apabila menyedari usahanya untuk membina empangan Sungai Nil tidak dapat dilaksanakan, Ibn Haitham cuba memberitahu Khalifah al-Hakim perkara itu tetapi malangnya dijatuhkan hukuman maut.

HASAN AL – BASRI

Sebelum Hasan menjadi seorang sufi, beliau ialah seorang jauhari ( peniaga intan berlian ). 

Satu hari beliau pergi ke satu tempat bernama Rum ( Di Asia Minor ) kerana berniaga, dan pergi berjumpa menteri sultan. Menteri itu berkata kepada beliau, “ Anda hendaklah menunggu beberapa hari lagi kerana pada masa ini menemankan sultan dalam satu kerja pentingnya. Jika anda mahu, anda bolehlah bersama kami.” Hasan pun berangkatlah bersama sultan, menteri dan lain-lain. Mereka masuk ke satu hutan yang luas. Di tengah hutan itu ada terdiri sebuah khemah yang hebat, yang di kawal oleh askar-askar. Pegawai-pegawai tentera masuk ke khemah itu dan kemudian keluar. Kemudian mereka berjalan mengelilingi khemah itu, dan kemudia pergi. Setelah itu tiba pula orang-orang tua yang kehormatan masuk ke khemah itu, berkata sesuatu, kemudian keluar, lalu mengelilingi khemah itu dan pergi. Kemudian datang pula golongan-golongan pakar-pakar perubatan dan berbuat demikian juga. Kemudian giliran dua ratus orsng gadis yang cantik-cantik pula berbuat demikian. Akhirnya datanglah sultan dengan menterinya ; baginda masuk ke dalam khemah itu, berkata sesuatu, keluar dan mengelilingi khemah itu dan terus pergi.

Hasan hairan melihat peristiwa itu. Beliau bertanya kepada menteri yang menemaninya itu. Kata menteri tersebut, “ Sultan itu mempunyai anak yang lawa dan berani telah meninggal dunia di sini. Anak itu di kuburkan di tempat khemah itu terdiri. Tiap-tiap tahun kami mengunjungi tempat ini dan melakukan upacara yang tuan baru saksikan tadi. Mula-mulanya pihak tentera pergi ke kubur itu dan berkata kepada  yang berkubur di situ ia itu anak raja itu, “ Jikalah dengan senjata kami , dapat kami menyelamatkan kamu dari Tuhan Kematian, akan kami kurbankan nyawa kami untuk menyempurnakan tujuan itu, tetapi apakah daya kami tidak berupaya.” Kemudian datang pula pihak candakiawan yang berkata, “ Jikalau ilmu dan pengalaman kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, tetapi apakan daya kami tidak berupaya “. Kemudian datang pula, pihak tabib, berkata, ‘ Jika ubat-ubat kami dapatmenyelamatkan kamu dari mati, tentu kami akan berusaha menyelamatkan kamu, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya.’ Kemudian pihak gadis-gadis yang cantik itu pula berkata, ‘ Jikalau kecantikan kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, nescaya kami kurbankan apa sahaja untuk kamu, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya’ Selepas itu, datang pula sultan di temani oleh menteri-menterinya dan berkata, ‘ Anak ku ! kami berusaha sedaya-uapay dengan kekuatan tentera, tabib-tabib dan lain-lain untuk menyelamatkan kamu dari mati, namun takdir Tuhan tetap berlaku jua. Selamatlah kamu tinggal di sini dan kami akan datang lagi tahun depan, pada masa ini juga “.

Peristiwa ini sangat mengharukan fikiran Hasan dan mengubah sikapnya. Beliau menghabiskan hidupnya dengan beribadat kepada Allah dan bersedia untuk menghadapi mati. Beliau kembali ke Basrah. Perniagaannya di tinggalkan. Beliau pergi jauh dari manusia ramai dan bersumpah tidak akan senyum sepanjang hidupnya. Tujuh puluh tahun lamanya beliau tidak berhenti-henti beribadat kepada Allah. Dalam hidupnya hanya satu sahaja keperluan dan tujuannya iaiatu Allah. Dia tidak peduli apa sahaja selain Allah. 
Apabila Rabi’atul-adawiyah Al-Basriyyah ( 803 Masehi ) tidak datang menghadiri syarahan Hasan, ia tidak akan memberi syarahan hari itu. Orang bertanya kenapa beliau bersikap demikian. Jawabnya, “ Serbat yang ada di dalam bekas untuk gajah tidak dapat di muatkan dalam bekas untuk semut.”

Semasa beliau bersyarah dalam keadaan dzauk ( mabuk terhadap Allah ) beliau berterima kasih kepada Rabi’atul adawiyah dengan katanya, “ Saya berterima kasih kerana berkat mu, membawa ku ke dalam mabuk cinta kepada Allah ( dzauk )”
 Beliau pernah di tanya, “ Apakah Islam dan siapakah orang Islam ? “ Hasan menjawab, “ Islam itu dalam kitab-kitab dan orang Islam itu dalam kubur “.

Kata-kata Hasan
1.         Janganlah kamu tinggalkan amalan ugama mu kerana takutkan musuh yang mengganggu kamu. Bahkan mereka itu mengganggu Allah..
 2          Akhir dunia dan awal akhirat ialah dalam kubur.

Biasanya Hasan menulis dosa-dosa yang di lakukan pada pakaiannya semenjak dahulu lagi. Beliau selalu melihat tulisan tersebut. Kadang-kadang beliau akan menangis hinggakan jatuh pengsan apabila melihat dosa yang di lakukannya itu.

Satu ketika, Hasan berserta dengan beberapa orang lain, sedang pergi ke Ka’abah, Tengah jalan mereka sampai ke satu perigi, mereka semuanya dahaga tetapi mereka tidak ada tali timba untuk mengambil air telaga itu. Hasan pun berkata, “ Saya hendak sembahyang, semasa saya sembahyang tuan-tuan akan lihat air itu naik ke atas tuan-tuan bolehlah minum air itu untuk menghilangkan dahaga” Perkara itu benar-banar berlaku. Tetapi ada seorang daripada mereka itu, setelah minum sepuas-puasnya , telah mengisi bekas airnya untuk kegunaan masa depan. Air itu pun tidak semena-mena turun ke bawah semula. Apabila beliau di tanya tentang peristiwa ganjil itu. Hasan menjawab, “ Itu adalah kerana kurangnya iman mu untuk bertawakal bulat-bulat kepada Allah.

Hasan sangat merendahkan dirinya hingga di anggap dirinya itu lebih hina dari segala yang lain. Satu hari, di tebing sungai Dajlah, beliau nampak seorang lelaki sedang duduk dengan seorang perempuan muda dan sebotol arak ada di hadapan orang itu. Terlintas dalam fikirannya, “ Alangkah jahatnya orang itu ! Alangkah baiknya jika ia seperti aku “. Tatkala itu datang sebuah perahu dan tidak jauh dari orang itu. Perahu itu beransur-ansur tenggelam. Ada tujuh orang dalam perahu itu pun hampir-hampir mati lemas. Orang itu pun segera melompat ke dalam sungai itu dan menyelamatkan enam orang dari tujuh orang itu dari mati lemas. 

Kemudian orang itu berpaling kepada Hasan dan berkata, “ Jika kamu lebih mulia dari saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah orang yang seorang lagi itu. Kamu hanya selamatkan seorang, tetapi aku selamatkan enam orang.” Tetapi Hasan tidak dapat menyelamatkan orang yang seorang itu. Orang itu berkata kepada Hasan, “ Tuan, orang perempuan di sisi saya itu ialah ibu ku, dan botol itu mengandunig air sahaja. Peristiawa ini adalah untuk menguji tuan. “

Mendengarkan itu, Hasan jatuh terduduk, lalu berkata, “ Seperti tuan telah menyelamatkan enam orang, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam air kebanggaan dan kesombongan  “. Orang itu menjawab,” Moga-moga  Allah kabulkan kehendak mu !” Hasan terasa yang kehendaknya telah terkabul. Semenjak itu, beliau sangat merendahkan diri. Apabila melihat seekor anjing, beliau berkata, “ Ya Allah, demi anjing yang baik ini, terimalah aku sebagai hamba Mu “.

Hasan berkata bahawa empat peristiwa yang memberinya pengajaran besar dalam hidup :
 Satu ketika saya tarik pakaian seorang kasi ( orang pontong ) kerana berseloroh. Orang itu berkata, “ Kembalikan  pakaian itu, kerana ada orang yang tahu keadaan ku yang sebenarnya “ Tiba-tiba terlintas di fikiran ku : bagaimana pula kedudukan kita di akhirat kelak jika di telanjangkan dan semua dosa kita itu di perlihatkan ?

Seorang mabuk sedang menggelupur dalam Lumpur . Saya katakan kepadanya supaya berhati-hati agar tiada tenggelam. Orang itu berkata, “ Hasan, jika aku tenggelam, aku sediri yang menderita . Tuan jagalah diri tuan. Jika tuan jatuh, semua pengikut mu akan tenggelam sama.”

Suatu hari seorang budak ( kanak-kanak ) membawa lampu yang menyala. Saya tanya dia dari mana dia bawa api itu. Kanak-kanak itu pun memadamkan lampu itu dan berkata, “ Beritahu pada ku ke mana perginya api yang bernyala pada lampu itu ? “

Suatu hari seorang perempuan yang jelita berlari di jalan raya dengan kepalanya tanpa tudung sambil merungut tentang suaminya. Saya suruh dia menutup kepala dan mukanya. Perempuan itu berkata, “ Cinta kepada suami telah menghilangkan fikiran ku hingga aku tidak sedarkan diri ku dan keliling ku. Jika tuan tidak memberitahu ku yang kepala dan muka ku tidak bertutup, maka tidaklah aku tahu. Aku akan berjalan seperti ini di jalan ini . Tetapi hairan juga aku,hai Hasan, tuan berpura-pura sebagai seorang pencinta Allah dan tuan sedar kepada apa sahaja  yang terlintas di hadapan tuan, dan panca indera tuan masih ada kesedaran kepada yang lain. Apakah cinta Allah yang ada pada tuan itu ?.

Pendapat Hasan.
1-  Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja  kehendak iblis. 

2- Kawan-kawan yang jahat merosakan orang yang berjalan menuju Allah. 

3- Mengumpulkan harta-benda lebih buruk daripada meminum arak yang mana adalah di larang oleh Al – kitab. 

4- Siapa yang memencilkan dirinya akan selamat. Siapa yang memisahkan dirinya dari nafsunya akan merasai kebebasan. 

5- Orang yang menggali asas dasar dunia ini akan di situ membina bagunan akhirat adalah orang yang bijak. 

6- Barang siapa yang kenal Allah menganggap dunia ini sebagai musuhnya, dan siapa yang kasih akan dunia akan menjadi musuh Allah. 

7- Orang yang membuang amalan ruhaniah dan menggantikan nya dengan bermurah hati kepada dunia, cuba menegapkan cara-caranya yang jahat itu, adalah orang yang rosak. 

8- Barangsiapa yang cinta kepada emas dan perak akan di hinakan oleh Allah. Siapa yang menganggap dirinya sebagai pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina. 

9- Allah berfirman dalam Al-Quran, “ Aku akan ampunkan kamu dari segala dosa kamu jika kamu tidak memandang yang lain kecuali Aku.”

Hasan di tanya, “ Bagaimanakah kamu ? “

Beliau menjawab, “ Saya adalah ibarat orang di tengah laut yang kehilangan perahu dan terapung-apung di dalam air

Abu Hurairah pingsan menahan lapar

Orang yang paling banyak meriwayatkan hadist dari Nabi Muhammad SAW adalah Abu Hurairah ra.Keika islam datang dia hanyalah seorang penggembala ternak.Setelah dia mengetauhi adanya agama baru yang dibawa oleh seorang arab yang berasal dari Makkah dia segera mencari tahu dan akhirnya meyakini agama baru tersebut.

Abu Hurairah adalah sebuah nama julukan yang diberikan untuknya karena dia mempunyai seekor kucing(hurairah).Dia mengikuti kemana Nabi SAW pergi dan menyimak semua perkataan Nabi dan setelah Nabi tidak ada dia meriwayatkan hadist-hadist yang pernah dia dengar langsung dari Nabi SAW.

Suatu ketika dia sudah tidak makan dalam beberapa hari sehingga membuatnya lapar sekali dan itu adalah sebuah kebiasaan baginya dikarenakan dia tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.Akhirnya terpikir dalam hatinya untuk menemui Abu Bakar as-Shidiq ra,berharap dia mau mengajaknya makan.Akan tetapi setelah dia bertemu dengan Sahabat Abu Bakar dia tidak menawarinya makan,akhirnya dia berharap kepada sahabat yang lain tapi sahabat yang lain juga tidak ada yang mengajaknya untuk makan dia dikarenakan mereka juga tidak mengetahui bahwa dia lapar sekali.Akhirnya dia hanya bisa menahan rasa laparnya ketika dia di dalam Masjid Nabawi akhirnya tidak tahan karena rasa laparnya itu dan akhirnya dia pingsan,melihat dia pingsan sahabat yang lain mengira kalau dia terkena penyakit.

Begitulah kehidupan orang-orang disekitar Nabi SAW pernuh dengan kesederhanaan dan kecintaan kepada agama.