Puisi terakhir Imam Syafie ini dialunkan tatkala Imam Muzani
menziarahi beliau diwaktu beliau sedang sakit tenat, yang tidak lama kemudian
beliau menghembus nafasnya yang terakhir ditempat Imam Muzani menziarahinya
itu.
Sewaktu Imam Muzani bertanyakan khabar mengenai kesihatan
Imam Syafie, lantas Imam Syafie terus menangis dan bersyair. Syair ini begitu
syahdu dan meruntun hati bagi sesiapa yang mendengar. Sedangkan Imam Syafie
seorang imam besar boleh mengeluh dan risau keadaanya di akhirat nanti,
bagaimana pula dengan kita?
Renungankan bersama...
Renungankan bersama...
Puisi Terakhir Imam Syafie
إلـيــك إلـــه الـخـلـق
أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk
akan harapanku
وإن كـنـتُ يــا
ذا الـمــن
والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi
dan Maha Pemurah
ولـمــا قـســا قـلـبـي
وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku
جـعـلـت الـرجــا مـنــي
لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk
mengharapkan keampunanMu
فـمـا زلــتَ ذا
عـفـو عــن
الـذنـب لــم
تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa
yang berterusan ini
تــجــود و تـعــفــو
مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan
kemuliaan
ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي
وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah
kepadaku
ولا زلــــت مـنـانــا
عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat
itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)
عـسـى مــن لــه
الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
ويـسـتــر أوزاري ومــــا
قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu
فــإن تـعـف عـنــي
تـعــف عـــن
مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظــلــوم غــشــوم لا
يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari
berhimpun kesedihan
و إن تنـتـقـم
مــنــي فـلـســت
بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan
berputus asa
ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي
بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam
neraka
فصيـحـا إذا مــا
كــان فـــي
ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati
Rabbnya
وفيما سواه في
الورى كان
أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia
membisu
يـقــول: حبـيـبـي أنـــت
سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah
tempatku meminta dan berharap
كـفــى بـــك للـراجـيـن
ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung
dan memohon
أصـــــون ودادي أن
يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu
وأحــفــظ عــهــد الــحـــب
أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar
فـفـي يقظـتـي شــوق
وفــي غـفـوتـي
مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku
berharap
تــلاحــق خــطــوي نــشــوة
وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang
فـجـرمـي عـظـيـم مـــن
قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini
وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد
أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah
lebih besar (agung) dan lebih mulia