Friday, February 10, 2012

HAJI MOHD ZAIN BIN HAJI ABDUL RAHMAN (1883-1943)

SINOPSIS

Haji Mohd Zain bin Haji Abdul Rahman dilahirkan di Kampung Paya Semambu Relau, Kedah, pada tahun 1883.Anak sulung daripada 8 orang adik beradik.Semasa kecil Haji Mohd Zain mempelajari ilmu Al-Quran dan agama daripada ayahnya sendiri iaitu Haji Abdul Rahman bin Ateng, seorang imam di Kampung Relau yang amat disegani.Daripada 4 orang anak lelaki Hj. Abdul Rahman, Mohd Zain merupakan anak yang paling cerdik dan cepat menerima ilmu yang diajar.Sebelum meningkat dewasa, beliau telah dihantar belajar kepada beberapa orang tuan guru di sekitar utara negeri Kedah.Paling lama beliau menuntut  ialah di Pondok Kampung Pulau Pisang, Kedah.Tidak diketahui disini siapakah guru-guru beliau ketika itu.Setelah mendapat tauliah dan ijazah daripada beberapa orang gurunya di Kedah, pada tahun 1924 beliau telah berhijrah ke negeri Melaka yang bersejarah dan membuka sebuah sekolah pondok di Kampung Paya Rumput, Alor Gajah yang diberi nama Madrasah Ad Diniah.Beliau telah berkahwin dengan Puan Aishah binti Ismail dan mendapat 5 orang puteri.

Nama Hj.Mohd Zain bin Hj. Abdul Rahman tercatat dalam sejarah Melaka antara 4 orang ulama masyhur yang membuka sekolah pondok.Selain daripada alim dengan ilmu agama Hj. Mohd Zain juga mahir dengan beberapa ilmu kebatinan, beliau cekap bermain senjata seperti keris dan tekpi. Beliau juga mahir dengan ilmu penangkap.Pada bulan Safar 1352 bersamaan Jun 1932, Hj.Mohd Zain pulang ke Sungai Bakap dan membuka pondok Ad Diniah Islamiah di Jalan Stesen dengan menggunakan nama pondok yang ditinggalnya di Melaka.Pada malam Ahad 2 Safar 1362 bersamaan 7 Februari 1943, ketika menjelang subuh Tuan Guru Haji Mohd Zain pulang ke rahmatullah.Walaupun telah meninggal, penyebaran ilmu dan dakwah Islamiah berjalan terus dibawah pimpinan  menantu sulung beliau iaitu Tuan Guru Haji Shapee bin Haji Harun.

                                                                                                  Al-Fatihah..........

TUAN GURU HAJI AHMAD BIN TUAN HUSSIN (1906-1977)


SINOPSIS
 
Tuan Guru Haji Ahmad atau nama sebenarnya Ni'matullah Ahmad bin Tuan Hussin. Dilahirkan pada 17 Jun 1906 di Kampung Bohar, Mukim Titi Gajah Alor Setar, Kedah. Pendidikan awal beliau di Sekolah Melayu Chourasta Pulau Pinang, manakala Pendidikan Agama dan Bahasa Arab beliau belajar daripada ayahandanya sendiri iaitu Tuan Hussin Kedah.

Setelah 7 tahun berada di Bagan Ulu, keluarganya berpindah ke Sungai Limau Yan, Kedah. Setelah itu beliau mengumpul wang sendiri untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah Al Mukaramah pada tahun 1923 hingga 1927. Sekembalinya beliau dari Mekah beliau mengajar di kampung halaman sebelum berpindah ke Pokok Sena Kepala Batas Seberang Perai sebuah Pusat Pengajian Pondok yang didirikan oleh ayahandanya yang terkenal dengan “Madrasah Khairiah Islamiah.” Beliau meneruskan usaha ayahandanya menerajui Madrasah Khairiah Islamiah di kampung itu, pernah menjawat jawatan sebagai Kadi Besar Pulau Pinang pada tahun 1965 hingga 1974, dan pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen Kawasan Kerian, Perak pada tahun 1955. Tuan Guru Haji Ahmad  meninggal dunia pada tahun 1977 ketika usia beliau 71 tahun.                                                                                      
                                                                                                           Al-Fatihah........ 

TUAN GURU HAJI SALLEH MASRI (1875-1971)


SINOPSIS

Haji Salleh Masri ialah Haji Salleh bin Baki.Dilahirkan di Kampung Rasah,Negeri Sembilan pada tahun 1875.Keluarganya berasal dari Tembusi, Sumatera.Ketika berusia tujuh tahun,beliau memasuki sekolah Melayu Bukit Nenas, Seremban.Selepas tiga tahun,beliau mula cenderung mempelajari ilmu agama.Pada tahun 1886, Haji Salleh Masri ke Sekolah Agama Bersilam, Langkat, Sumatera.Beliau berguru kepada Syeikh Abdul Wahab, ulama keterunan Arab yang masyhur di Sumatera.Menjelang tahun 1893, beliau pulang ke tanah air.Sesudah itu, beliau terus mendalami ilmu agama dengan berguru kepada Haji Zainal Abidin Al-Fatani( Haji Minal) di Madrasah Sungai Dua, Butterworth, Seberang Prai selama tiga tahun.Fakih Mohd Salleh berguru pula selama tiga tahun kepada Imam Ahmad di Madrasah Padang Lalang, Bukit Mertajam, Seberang Prai.Dengan mendapat galakkan daripada Imam Ahmad, Fakih Salleh akhirnya melanjutkan pengajian Islam di Mesir. Pemergiannya itu dibiayai oleh keluarganya sebanyak RM1,000.

Pada tahun 1899,beliau dikatakan antara anak Melayu yang pertama belajar di Al-Azhar.Ketika di universiti, Fakih Salleh pernah berguru kepada Syeikh Muhammad Khatib, iaitu pejuang islah ynag diutarakan oleh reformis Muhammad Abduh.Apabila bapanya meninggal dunia pada tahun 1903, Fakih Salleh mengambil keputusan pulang ke tanah air kerana orang yang menyara pembelajarannya tiada lagi.Seorang hartawan dari Bukit Mertajam,iaitu Haji Abbas Haji Othman bersedia untuk membantunya.

Pada tahun 1905, Fakih Salleh memperolehi Ijazah Alliyyah.Pada akhir tahun, apabila kembali ke tanah air, Fakih Salleh telah disambut dengan meriahnya di Pelabuhan Pulau Pinang.Akhirnya Fakih Salleh berkahwin dengan Hajah Saadiah Haji Abbas, iaitu anak kepada pembantunya ketika belajar di Mesir yang dianggap sebagai bapa angkatnya.Pada tahun 1906, Haji Salleh Masri menubuhkan Madrasah Al-Masriyah dan mentadbirkannya hingga tahun 1950 sebelum ke Mekah bagi kali kedua.Selepas itu,anaknya mengendalikan madrasah itu.Beliau meninggal dunia pada 30 Mei 1971 di Mekah.

Al-Fatihah.........

Thursday, February 09, 2012

TUAN GURU HAJI AHMAD FUAD HASSAN

SINOPSIS

Haji Ahmad Fuad Hassan atau Haji Dahmat Hassan dilahirkan di Ulu Piol Manong, Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1916. Haji Ahmad Fuad menyambung pelajarannya di kelas Qismul'ali (Kelas tertinggi ) di Ehya Al-Syarif Gunung Semanggol, Perak Darul Redzuan kemudian setelah gurunya Syeikh Abu Bakar Al-Baqir mendesak beliau menyambung pelajaran di Mekah Al Mukaramah pada tahun 1937. Sama seperti ulama sezamannya, sewaktu berada di Mekah, Haji Ahmad Fuad turut terpengaruh kepada gerakan pembaharuan yang sedang berkembang pada waktu itu. Walaubagaimanapun, pengajian beliau di Mekah tidak lama. Beliau berada di Tanah Suci selama dua tahun sahaja.


Pada tahun 1939, beliau kembali ke tanah air. Diantara sekolah Agama yang pernah menerima khidmat tokoh ulama ini adalah Sekolah Agama Idrisiah. Pada tahun 1940, beliau mengikut gurunya Syeikh Yamani ke Terengganu. Di Terengganu, Haji Ahmad Fuad juga pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Agama Islam pada 15 September 1943. Sewaktu negara digegar oleh gagasan Malayan Union, Haji Ahmad Fuad mengemukakan pula idea untuk menubuhkan persatuan. Haji Ahmad telah berkahwin dengan Saudah, iaitu anak gurunya, Haji Salleh Al-Masri. Beliau berkahwin pada tahun 1944 ketika umur 26 tahun. Hasil perkongsian hidup itu, mereka telah dikurniai enam orang anak ketika berkhidmat di Madrasah Al Masriyah, Bukit Mertajam. Beliau telah membuat perubahan dari Sistem Umumi ke Sistem Nizomi.


Al-Fatihah............

Wednesday, February 01, 2012

Keadaan Lapar Rasulullah SAW


Muslim dan Tarmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata: Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa saja yang kamu mau kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu Muhammad SAW hanya mendapat korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!

Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya, bahwa pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, karena tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia. (Kanzul Ummal 4:41)

Ahmad meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Sekali peristiwa keluarga Abu Bakar ra. (yakni ayahnya) mengirim (sop) kaki kambing kepada kami malam hari, lalu aku tidak makan, tetapi Nabi SAW memakannya - ataupun katanya, beliau yang tidak makan, tetapi Aisyah makan, lalu Aisyah ra. berkata kepada orang yang berbicara dengannya: Ini karena tidak punya lampu. Dalam riwayat Thabarani dengan tambahan ini: Lalu orang bertanya: Hai Ummul Mukminin! Apakah ketika itu ada lampu? Jawab Aisyah: Jika kami ada minyak ketika itu, tentu kami utamakan untuk dimakan.
(At-Targhib Wat-Tarhib 5:155; Kanzul Ummal 5:155)


Abu Ya'la memberitakan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Ada kalanya sampai berbulan-bulan berlalu, namun di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak ada satu hari pun yang berlampu, dan dapurnya pun tidak berasap. Jika ada minyak dipakainya untuk dijadikan makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:154; Majma'uz Zawatid 10:325)


Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah ra. dia berkata: Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah SAW tidak pernah berasap. Berkata Urwah: Wahai bibiku, jadi apalah makanan kamu? Jawab Aisyah: Korma dan air sajalah, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah SAW dari kaum Anshar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Aisyah ra. katanya: sering kali kita duduk sampai empat puluh hari, sedang di rumah kami tidak pernah punya lampu atau dapur kami berasap. Maka orang yang mendengar bertanya: Jadi apa makanan kamu untuk hidup? Jawab Aisyah: Korma dan air saja, itu pun jika dapat. (Kanzul Ummal 4:3

Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya: Aku pernah datang menziarahi Aisyah ra. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya! Tanya Masruq: Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?! Aisyah menjawab: Aku teringat keadaan di mana Rasulullah SAW telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah beliau kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari.
(At-Targhib Wat-Tarhib 5:14

Dalam riwayat Ibnu Jarir lagi tersebut: Tidak pernah Rasulullah SAW kenyang dari roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia. Di lain lain versi: Tidak pernah kenyang keluarga Rasulullah SAW dari roti syair dua hari berturut-turut sehingga beliau wafat. Dalam versi lain lagi: Rasulullah SAW telah meninggal dunia, dan beliau tidak pernah kenyang dari korma dan air.
(Kanzul Ummal 4:3

Dalam riwayat lain yang dikeluarkan oleh Baihaqi telah berkata Aisyah ra.: Rasulullah SAW tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mau kita bisa kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Ibnu Abid-Dunia memberitakan dari Al-Hasan ra. secara mursal, katanya: Rasulullah SAW selalu membantu orang dengan tangannya sendiri, beliau menampal bajunya pun dengan tangannya sendiri, dan tidak pernah makan siang dan malam secara teratur selama tiga hari berturut-turut, sehingga beliau kembali ke rahmatullah. Bukhari meriwayatkan dari Anas ra. katanya: Tidak pernah Rasulullah SAW makan di atas piring, tidak pernah memakan roti yang halus hingga beliau meninggal dunia. Dalam riwayat lain: Tidak pernah melihat daging yang sedang dipanggang (maksudnya tidak pernah puas makan daging panggang). (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Tarmidzi memberitakan dari Ibnu Abbas ra. katanya: Rasulullah SAW sering tidur malam demi malam sedang keluarganya berbalik-balik di atas tempat tidur karena kelaparan, karena tidak makan malam. Dan makanan mereka biasanya dari roti syair yang kasar. Bukhari pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. katanya: Pernah Rasulullah SAW mendatangi suatu kaum yang sedang makan daging bakar, mereka mengajak beliau makan sama, tetapi beliau menolak dan tidak makan. Dan Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW meninggal dunia, dan beliau belum pernah kenyang dari roti syair yang kasar keras itu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148 dan 151)

Pernah Fathimah binti Rasulullah SAW datang kepada Nabi SAW membawa sepotong roti syair yang kasar untuk dimakannya. Maka ujar beliau kepada Fathimah ra: Inilah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu! Dalam periwayatan Thabarani ada tambahan ini, yaitu: Maka Rasulullah SAW pun bertanya kepada Fathimah: Apa itu yang engkau bawa, wahai Fathimah?! Fathimah menjawab: Aku membakar roti tadi, dan rasanya tidak termakan roti itu, sehingga aku bawakan untukmu satu potong darinya agar engkau memakannya dulu! (Majma'uz Zawa'id 10:312)

Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah SAW maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Bukhari meriwayatkan dari Sahel bin Sa'ad ra. dia berkata: Tidak pernah Rasulullah SAW melihat roti yang halus dari sejak beliau dibangkitkan menjadi Utusan Allah hingga beliau meninggal dunia. Ada orang bertanya: Apakah tidak ada pada zaman Nabi SAW ayak yang dapat mengayak tepung? Jawabnya: Rasulullah SAW tidak pernah melihat ayak tepung dari sejak beliau diutus menjadi Rasul sehingga beliau wafat. Tanya orang itu lagi: Jadi, bagaimana kamu memakan roti syair yang tidak diayak terlebih dahulu? Jawabnya: Mula-mula kami menumbuk gandum itu, kemudian kami meniupnya sehingga keluar kulit-kulitnya, dan yang mana tinggal itulah yang kami campurkan dengan air, lalu kami mengulinya. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:153)

Tarmidzi memberitakan daripada Abu Talhah ra. katanya: Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah SAW lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah SAW pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perutnya terikat dua batu demi dua batu. (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)

Ibnu Abid Dunia memberitakan dari Ibnu Bujair ra. dan dia ini dari para sahabat Nabi SAW Ibnu Bujair berkata: Pernah Nabi SAW merasa terlalu lapar pada suatu hari, lalu beliau mengambil batu dan diikatkannya pada perutnya. Kemudian beliau bersabda: Betapa banyak orang yang memilih makanan yang halus-halus di dunia ini kelak dia akan menjadi lapar dan telanjang di hari kiamat! Dan betapa banyak lagi orang yang memuliakan dirinya di sini, kelak dia akan dihinakan di akhirat. Dan betapa banyak orang yang menghinakan dirinya di sini, kelak dia akan dimuliakan di akhirat.'

Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!
(At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).