Friday, February 10, 2012

HAJI MOHD ZAIN BIN HAJI ABDUL RAHMAN (1883-1943)

SINOPSIS

Haji Mohd Zain bin Haji Abdul Rahman dilahirkan di Kampung Paya Semambu Relau, Kedah, pada tahun 1883.Anak sulung daripada 8 orang adik beradik.Semasa kecil Haji Mohd Zain mempelajari ilmu Al-Quran dan agama daripada ayahnya sendiri iaitu Haji Abdul Rahman bin Ateng, seorang imam di Kampung Relau yang amat disegani.Daripada 4 orang anak lelaki Hj. Abdul Rahman, Mohd Zain merupakan anak yang paling cerdik dan cepat menerima ilmu yang diajar.Sebelum meningkat dewasa, beliau telah dihantar belajar kepada beberapa orang tuan guru di sekitar utara negeri Kedah.Paling lama beliau menuntut  ialah di Pondok Kampung Pulau Pisang, Kedah.Tidak diketahui disini siapakah guru-guru beliau ketika itu.Setelah mendapat tauliah dan ijazah daripada beberapa orang gurunya di Kedah, pada tahun 1924 beliau telah berhijrah ke negeri Melaka yang bersejarah dan membuka sebuah sekolah pondok di Kampung Paya Rumput, Alor Gajah yang diberi nama Madrasah Ad Diniah.Beliau telah berkahwin dengan Puan Aishah binti Ismail dan mendapat 5 orang puteri.

Nama Hj.Mohd Zain bin Hj. Abdul Rahman tercatat dalam sejarah Melaka antara 4 orang ulama masyhur yang membuka sekolah pondok.Selain daripada alim dengan ilmu agama Hj. Mohd Zain juga mahir dengan beberapa ilmu kebatinan, beliau cekap bermain senjata seperti keris dan tekpi. Beliau juga mahir dengan ilmu penangkap.Pada bulan Safar 1352 bersamaan Jun 1932, Hj.Mohd Zain pulang ke Sungai Bakap dan membuka pondok Ad Diniah Islamiah di Jalan Stesen dengan menggunakan nama pondok yang ditinggalnya di Melaka.Pada malam Ahad 2 Safar 1362 bersamaan 7 Februari 1943, ketika menjelang subuh Tuan Guru Haji Mohd Zain pulang ke rahmatullah.Walaupun telah meninggal, penyebaran ilmu dan dakwah Islamiah berjalan terus dibawah pimpinan  menantu sulung beliau iaitu Tuan Guru Haji Shapee bin Haji Harun.

                                                                                                  Al-Fatihah..........

11 comments:

Nur Iman said...

Assalamualaikum..blh sy thu..ad lg x keturunan beliau yang tinggal di Melaka?

Nazmi Seorang Insan _ SC_WK said...

Jika ada yang tahu waris almarhum mhn dikongsikan.

mutiaradetimour said...

Masih ada lagi sebahagian tinggal di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Boleh search Sekolah Rendah Islam Addiniah Sungai Bakap. Boleh berhubung dengan Pak Long Mustafa (cikgu)

mutiaradetimour said...

Sekolah Rendah Islam Ad Diniah kini dikelola oleh cucu beliau keturunan Tuan Guru Haji Shapee bersama Aminah. Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan 3 orang anak. Malangnya hanya anak sulung sahaja yang masih tinggal iaitu cikgu Haji Mustafa Shapee. Setelah Aminah meninggal, Tuan Guru Haji Mohd Zain kahwinkan pula dengan anaknya (adik kepada Aminah) bernama Fatimah. Anak sulung hasil perkahwinan tersebut ialah mantan Timbalan Speaker Dun Pulau Pinang dan mantan Adun Sungai Bakap. Dato' Ustaz Haji Maktar Shapee.

Allahua'lam..

mutiaradetimour said...

Sejarah ringkas Tuan Guru Hj Mohd Zain Bin Abdul Rahman dan Penubuhan Madrasah Ad-Diniah Al Islamiah Sungai Bakap
Haji Mohd Zain bin Hj Abdul Rahman adalah anak kelahiran Kampung Paya Semambu Relau,Kedah. Ayahnya Hj Abdul Rahman Iteng seorang imam yang disegani di kampung Relau. Ketika kecil beliau belajar Al-Quran dan asas ilmu agama dari ayahnya sendiri. Atas sifat tegas ayahnya yang lebih dikenali sebagai Cai Abdul Rahman, beliau dapat mengkhatam Al-quran dan memahami selok belok ilmu islam dalam masa yang singkat
Beliau kemudian dihantar mendalami agama di Pondok Kamoung Pulau Pisang, Jitra, Kedah. beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulamak di sana hingga alim. (guru-gurunya tidak diketahui namanya) sekitar tahun dua puluhan beliau berhijrah ke kmapung Batu 9 Paya Rumput Daerah Alor Gajah Melaka. Disana beliau membantu mengajar dengan Tuan Guru Hjai Abdul Wahid yang telah menjadi mertua kepada(yahya) salah seorang adik lelakinya.

Berkat pertolongan dan kemurahan hati sebuah keluarga hartawan dari kampung 300 Kaki Relau iaitu Puan Hajjah Rabeah Binti Penghulu Abdul Hamid dan suaminya Tuan Haji Othman (Hj.Tan) serta Hajjah Aminah Binti Penghulu Abdul Hamid dan suaminya Haji Saad Bin Adbul, mereka telah mewakafkan sebidang tanah berhampiran stesen Kereta Api Sungai Bakap untuk dijadikan surau dan perkampungan pondok Madrasah Ad-Diniah Az Zainiah (nama asal ketika itu)
Mendengar verita bahawa Hj Mohd Zain akan pulang dari melaka untuk membuka pondok baru, mendorong seorang lagi hartawan sungai bakap, iaitu Datuk Mohd Noh mewakafkan rumah besar beliau untuk dijadikan rumah tuan guru. Orang ramai pun mula bergotong royong memindahkan rumah tersebut ke tapak Madrasah Ad-Diniah pada peringkat awalnya Madrasah Addiniah merupakan pusat pengajian agama sistem pondok sahaja. Selain dari pusat pengajian agama murid-murid digalakkan membuat kerja kerja amal. Mereka juga memiliki sebuah koperasi pondok secara kedai runcit.

pada tahun 1947 sekolah ini telah bergabung dengan Sekolah Arab yang dipimpin oleh Al Marhum Tuan sheikh hassan al'Adawi. Sistem pengajianya ditambah kepada sistem kelas iaitu peringkat Ibtida-i hingga Thanawi dengan menitik beratkan mata pengajaran Bahasa Arab.

Pada tahun 2008 Ad-Diniah telah meningkat ke bangunan baru dan dinamakan Sekolah Menengah Islam Ad-diniah di jalan Sungai Rambai, Sungai Duri, Sungai Jawi 14200 Sungai Bakap. Pulau Pinang.

abdurrahman said...

assalamualaikum wrb..maaf tuan..lokasi makam tuan guru hj muhammad zain di mane?

Nizomudin said...

Assalamualaikum.saya ank Mohd bin Abdullah ,wa mat..kitab Hikam pak haji zain ada kt saya..

Nizomudin said...

Assalamualaikum di masjid Alor merah..Alorsetar

Nizomudin said...

Maqam dia belakang masjid Alor merah.
Tepi sungai Kedah

Anonymous said...

0199528741wsp saya Nizam.
Anak wa mat
Teluk malik jitra

GeeRuzy said...

Betul