Thursday, February 09, 2012

TUAN GURU HAJI AHMAD FUAD HASSAN

SINOPSIS

Haji Ahmad Fuad Hassan atau Haji Dahmat Hassan dilahirkan di Ulu Piol Manong, Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1916. Haji Ahmad Fuad menyambung pelajarannya di kelas Qismul'ali (Kelas tertinggi ) di Ehya Al-Syarif Gunung Semanggol, Perak Darul Redzuan kemudian setelah gurunya Syeikh Abu Bakar Al-Baqir mendesak beliau menyambung pelajaran di Mekah Al Mukaramah pada tahun 1937. Sama seperti ulama sezamannya, sewaktu berada di Mekah, Haji Ahmad Fuad turut terpengaruh kepada gerakan pembaharuan yang sedang berkembang pada waktu itu. Walaubagaimanapun, pengajian beliau di Mekah tidak lama. Beliau berada di Tanah Suci selama dua tahun sahaja.


Pada tahun 1939, beliau kembali ke tanah air. Diantara sekolah Agama yang pernah menerima khidmat tokoh ulama ini adalah Sekolah Agama Idrisiah. Pada tahun 1940, beliau mengikut gurunya Syeikh Yamani ke Terengganu. Di Terengganu, Haji Ahmad Fuad juga pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Agama Islam pada 15 September 1943. Sewaktu negara digegar oleh gagasan Malayan Union, Haji Ahmad Fuad mengemukakan pula idea untuk menubuhkan persatuan. Haji Ahmad telah berkahwin dengan Saudah, iaitu anak gurunya, Haji Salleh Al-Masri. Beliau berkahwin pada tahun 1944 ketika umur 26 tahun. Hasil perkongsian hidup itu, mereka telah dikurniai enam orang anak ketika berkhidmat di Madrasah Al Masriyah, Bukit Mertajam. Beliau telah membuat perubahan dari Sistem Umumi ke Sistem Nizomi.


Al-Fatihah............

No comments: