Friday, November 18, 2011

TUAN GURU HAJI ABDUL WAHAB BIN HAJI SAAD

1926-1964


SINOPSIS

          
Tuan Guru Haji Abdul Wahab bin Haji Saad dilahirkan di Kampung Kelang Lama  Kulim, Kedah pada tahun 1926. Bapanya seorang Imam dan ibunya Hajjah Wan Mariam bin Wan Ahmad cucu kepada Tuan Abdullah, Tanah Liat.
          

Beliau mendapat pendidikan awal pada tahun 1932 di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau Kulim, Kedah dan merupakan pelajar pintar di sekolah sehingga  mendapat tawaran belajar di Sekolah Inggeris ketika itu.Tetapi di atas kehendak ayahandanya, beliau dihantar belajar di Pondok Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok kemudian menyambung pelajaran di Madrasah Al Masriyah. Setelah itu beliau berhijrah ke Pondok Gajah Mati, Pendang yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Ibrahim ( Pak Ibrahim ), kemudian melanjut pelajaran selama 2 tahun di Mekah Al Mukaramah.
Sekembali dari Mekah Tuan Guru menuntut ilmu di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.
          

Tuan Guru dikenali di kalangan masyarakat sebagai ulamak yang warak, tegas,       dan sentiasa berpakaian kemas dan bersih. Beliau bertemu jodoh dengan Hajjah Juriah binti Haji Talib sehingga memperoleh 8 orang anak. Beliau memimpin Madrasah Manabil Ulum sebagai Pengetua dan merangkap Imam Masjid Kubang Ulu selama 30 tahun. Pada 28 Mei 1994 Tuan Guru Haji Abdul Wahab menghembus nafas yang terakhir  ketika usianya 69 tahun.
                            
                                                                                               Al-Fatihah............ 

No comments: