Thursday, August 11, 2005

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH - Bukti Islam tidak mengguna kekerasan

Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh?

Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan!

Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.”

Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung.

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani.

Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya.

Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh.

Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople. Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu.

Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik.

Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya.

Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan.

Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid.

Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana.

Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka.

Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fath meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.

41 comments:

emir.abu.khalil said...

assalammualaikum,

tulisan yang menarik, tapi alangkah lebih bagus kalau sumber-sumber tulisannya dicatat sekali...

teruskanlah menulis, berikan kebaikan kepada manusia... barakAllahu fiik...

Anonymous said...

salam, kalau boleh cek sekali lagi tahun kejadia serangan tersebut samada 1452 atau 1453?

Cindai said...

Waalaikummussalam emir..
Thanks atas pandangan..

Thanks jua buat hamba Allah yg sudi mengambil berat perilah isi kandungan disini..

Jika ada maklumat mengenai tahun tersebut blh berikan info disini sama-sama kita kongsikannya...

Segala jasa baik kalian hanya Allah yang dapat membalasnya...

Anonymous said...

http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/26/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan-costantinople/

ad tarikh serangan yang berbeza dengan ap yang awak tulis..cuba pastikan balik.saye sedikit keliru.

Anonymous said...

salam...nak tambah sedikit, ttg kehebatan al fateh & tenteranya. satu ketika, dlm perjalanan menuju ke constantinople, tentera al fateh melalui sebuah ladang anggur yg besar yg sedang masak ranum. namun, sebelum melalui ladang tsbt, al fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jgn diambil anggur itu walau sebiji. perjalanan diteruskan hingga di suatu tempat mereka berehat. setelah didirikan khemah & berehat, pembantu al fateh kluar dr khemah al fateh dgn wajah yg sugul & memanggil semua tentera berkumpul. Dikatakan yg al fateh telah jatuh gering. maka setelah diteliti oleh dokter, ubat yg diperlukan adalah sebiji anggur. maka dia bertanya kpd seluruh tentera, siapa yg mempunyai buah anggur, kerna jika tidak, mungkin al fateh akan terus gering & mangkat. malang, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. lalu tahulah alfateh, bahawa tenteranya bukan shj kuat fizikal, malah rohani mereka jua. benarlah, tidak seorang pun dr tenteranya yg mengingkari perintahnya. maka keluarlah al fateh dr khemah, dan memuji tenteranya & menerangkan kpd mereka akan maksud sebenar...& mungkin anda juga pernah dgr akan kisah kaedah al fateh memilih siapa dikalangan tenteranya yg layak berada di barisan hadapan..sekian...akhi anak pakLehBakar

Anonymous said...

1453

Cindai said...

Alhamdulillah buat yg sudi bertandang dan berkongsi maklumat...

terima kasih atas keprihatinan..
Segala jasa baik kalian Allah jua yg membalsnya...

Maaf atas segala kekurangan karya yg diciplak dan di simpan disini..

Apa pun moga Allah memberkati segala usaha baik kita...
Insyallah....

Amin... Amin... Amin...

Anonymous said...

salam, beri kebenaran utk sy copy dlm fb sy utk renungan dan bacaan rakan2 yg suka mengetahui bahan sejarah islam. insyallah utk kebaikan dan menambah ilmu yg kurang di sana sini. tq

aminuddin

Anonymous said...

semoga sultan-sultan kita di malaysia juga sepertinya...tp..nampak2 gaya mcm Sultan Kelantan sekarang nak ke arah tu..skit2 jd le..

aqeela said...

salam, boleh tahu sumber rujukan?

BISA said...

good...

thanks ya.. for ur info

visit my wesite ya...
www.ocke.co.cc

a kamsan said...

slm..mohon share artikel ni...sy sgt meminati ttg sejarah keagungan dunia islam...
mohon diizinkan

Anonymous said...

masyaAllah~
hebatnyaa al fetih~!

Anonymous said...

masyaAllah~
hebatnyaa al fetih~!

mizamulan said...

ada kesilapan pd penulisan anda. saya baca byk blog & tgk movie animated Sultan Muhamad al Fateh,baginda berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453. jadi sblm membuat 1 artikel minta dibuat kajian terlebih dahulu,takut akan mengelirukan org lain. =)

asrar sufi said...

salam, tarikh lahir itu benarkah? krn ada yg sy jumpa bertulis 29 Mac 1432..keliru..

Cindai said...

Terima kasih atas perhatian semua..
saya sekadar memanjangkan ilmu..
tolong betulkan saya jika ada kesilapan..
Moga kita semua dapat manfaat darinya..

Maafkan atas segala kekurangan saya..
sesungguhnya yg buruk itu dari saya dan yang baik itu adalah dari Allah jua..

untuk sahabat yg berminat dgn artikel yg saya kumpulkan..
perpanjangkanlah.. moga aliran ilmiah kita tidak terhenti begitu sahaja..

sekali lagi maafkan segala kelemahan saya insan yg di ciptakan..

sesungguhnya manusia yg dicipta tidak dapat menjadi sempurna sesempurna pencipta kita..

Apa yg ada atas nawaitu saya dlm penghasilan blog ini adalah agar segala sejarah islam tidak lupus begitu sahaja...

Terima kasih sekali lagi yg sudi membantu saya menjayakan nawaitu saya..
Moga kita semua mendapat manfaat dan berada dalam redhoNya...
Walahualam...

Aqilah Aisyah said...

semangat jihad baginda tiada tandingannya..semoga Allah mengurniakan kita setitis darinya,,Amin

Aqilah Aisyah said...

semangat jihad baginda tiada tandingannya..Semoga Allah kurniakan kita setitis darinya..Amin

Aminah Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
Aminah Ibrahim said...

mana awk dapat tokoh tokoh islam ni ek?

Anonymous said...

salam..boleh saya tahu, benarkah Sultan Muhammad Al-Fateh mampu menguasai 7 bahasa?

Cindai said...

mana dapat?? saya koleksikan hasil pembacaan yg menarik minat saya.. Moga ilmiahnya terus berpanjangan...

Cindai said...

Waalaikummussalam... benar atau tidak saya bukan yg arif untuk menjawabnya.. moga ada insan yg pakar dalam hal ini dapat membantu kita.. Insyallah.. Amin....

Cindai said...

Aqilah Aisyah... Insyallah... Amin ya Robb...

Anonymous said...

Saya telah mencetak dan menjilid artikel-artikel mengenai Insan Hebat ini (Mohd.Al fateh) dan menjadikan sebuah buku. ...hanya untuk kegunaan sendiri dan anak-anak,
Maaf...kerana tanpa izin terlebih dahulu

Mohamad Isa Wahab--KULIM.

Cindai said...

Alhamdulillah... amat berbesar hati saya.. moga bermanfaat...

TOMCAT6072 said...
This comment has been removed by the author.
TOMCAT6072 said...

..TERBAIKKKK...penuh info...

TOMCAT6072 said...

terbaik...penuh info

mawaddahfx said...

mohon copy paste

♫Nur Najihah♫ said...

Info yg sangat berguna. Ayah saya sering mendorong saya supaya saya mengambil berat tentang kisah-kisah pemimpin-pemimpin Islam. Terima kasih ats infonya ya :)

Cindai said...

Alhamdulilah... silakan.. syukur atas budi baik memanjangkan ilmiah ini....

Anonymous said...

Assalamu 'alaikum,,,
minta izin kopi.......

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t..
Subhanallah!Bagus sekali!!!

Unknown said...

assalam.. dalam banyak2 buku yg saya baca pasal sultan muhammad al fateh ni.. baginda menaiki takhta pada usia 19tahun,, dan menakluk kota konstantinople pada umur 21 tahun.. dari mana sumber yang mengatakan baginda menakluk kota tu pada usia 25tahun? harap dapat balas.

Anonymous said...

Salam dr yusri gombak, saya bukan lulusanagama ttp saya rasa yg utama faktor kejayaan beliau ialah taqwa , mcm zaman badar 313 lawan seribu, perang hunain, faktor utama yg kurang ditekan kan dlm buku selalunya pada taktikal, ilmu, gagah, kuat, pantas padahal buka faktor biasa yg membantu kemenangan perang orang islam ttp fqktor utama ialah bantuan Allah yg hanya dtg dengan taqwa, akan ttp selalu dangan perkara ini di kurangkan. Barang siapa membantu Agama Allah, Allah akan bantu Mereka.dan tetapkan kedudukan kaki mereka menghadapi musuh....,,,dgn taqwa beratus tentwra islam dengan 70 senjata shj boleh kalahkan 1000 orabg kafir, tetapi hari ini berbilion orang islm tak dpt tawan israel yg berjuta jer .... Kalau dulu di madinah sorang islm cedera , beribu orang islm lain sedih

Anonymous said...

ralat: Tanduk Emas (Golden Horn) bukannya Tanjung Emas

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Terima kasih atas perkongsian ini. Saya pernah membaca satu buku mengenai Sultan Al-Fatih, walaupun sekadar membaca tulisan orang. Tapi saya mengkagumi beliau.

Lagenda Pecut Watson Nyambek

Cindai said...

Subhanallah...

ilham said...

SULTAN MF YG SAYA TAU LAHIR DALAM MUSIM BUNGA.AYAHNYA BERKENALAN RAPAT DENGAN SEORANG TOKOH SUFI DAN MEMINTA BELIAU MENDOAKAN KEMENANGANNYA MENAKLUKKI CONTANTINOPLE.DI HADAPAN ISTANA AYAHNYA ADA SUATU POKOK YG TIDAK PERNAH MENGELUARKAN BUNGA.TOKOH SUFI TERSEBUT MENGATAKAN BELIAU TIDAK DAPAT MENDOAKANNYA KERANA CONSTANTINOPLE DITAKDIRKAN AKAN DITAKLUKKI OLEH SEORANG RAJA YG BELUM LAHIR KETIKA ITU.BELIAU MENGISYARATKAN BAHAWA APABILA POKOK YG DI HADAPAN ISTANANYA MENGELUARKAN BUNGANYA ITULAH TANDANYA RAJA ITU TELAH LAHIR.SETELAH BEBRAPA LAMA AYAHNYA MENDAPAT SEORANG ANAK DAN KETIKA ITULAH POKOK DIHADAPAN ISTANA AYAHNYA MENGELUARKAN BUNGA.ANAK ITU TIDAK LAIN ADALAH SULTAN MUHAMMAD AL FATEH SENDIRI.