Beliau kini terlantar lesu di atas katil di rumahnya. Namun, perasaan cintanya terhadap Islam dan keghairahan serta cita-citanya untuk terus berdakwah kepada masyarakat tetap membara. Itulah dia ulama Islam terkemuka, Sheikh Ahmed Deedat, 83, yang kini lumpuh seluruh badan sejak tujuh tahun yang lalu. Beliau kini dijaga dan dirawat di rumahnya oleh isterinya, Hawa sejak beliau diserang angin ahmar pada tahun 1996.
Sheikh Ahmed Deedat adalah seorang tokoh Islam yang popular di peringkat antarabangsa kerana pakar dalam membincangkan perbandingan agama. Beliau sering dijemput untuk bersyarah membincangkan soal agama Yahudi dan Nasrani sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Beliau kini sekadar dapat berinteraksi dengan mata dengan menggunakan sistem abjad secara berjadual yang dicipta khas bagi hubungan komunikasi dua hala dengan anaknya, Yousuf di rumahnya di di Verulam, Durban, Afrika Selatan.
Beliau berkomunikasi dengan mengelipkan kelopak matanya pada papan abjad, memilih abjad untuk membentuk perkataan, dan kemudian membentuk ayat yang dimaksudkan. Kaedah latihan beliau yang unik ini membolehkan beliau terlibat dalam perbincangan, juga untuk respons kepada sebarang pertanyaan.
Menurut Iqbal Jassat melalui tulisannya di dalam Times LENASIA bertarikh Ogos 1999, apabila Ahmad Deedat dimaklumkan bahawa Pejabat Media Review Network (MRN) terletak di Pretoria, Deedat lalu meminta satu naskhah buku karangannya berkaitan Islam dan Kristian yang berjudul The Choice dan meminta Iqbal merujuk pada muka surat tertentu yang berkaitan kunjungan beliau ke Pretoria pada tahun enam puluhan. Menurut Iqbal, suatu yang luar biasa di sebalik kecacatan yang dialami Deedat, daya ingatan dan mental beliau tidak terjejas. Deedat mungkin tidak boleh melafazkan kata-kata namun dia masih tidak hilang keupayaan untuk berkomunikasi.
Salah satu daripada sumbangan beliau yang sungguh bermakna adalah menghasilkan tulisan yang memudahkan orang bukan Islam melihat kebenaran Islam. Sebagai seorang ulama yang lantang dalam soal agama Islam, ramai pemimpin dan tokoh agama lain di dunia gagal berdebat dengan Sheikh Ahmad yang juga terkenal dengan kebijaksanaannya ketika berpidato dalam ilmu perbandingan.
Ahmad Deedat atau nama sebenarnya Ahmad Hoosen Deedat dilahirkan di Surat, India pada tahun 1918. Selepas dilahirkan, ayah beliau yang bekerja sebagai tukang jahit telah meninggalkan beliau sekeluarga kerana berhijrah ke Afrika Selatan. Hanya pada tahun 1927, beliau dapat bertemu dengan ayahnya apabila beliau mengikuti langkah ayahnya berhijrah ke Afrika Selatan.
Walaupun belum berpeluang memiliki pendidikan yang formal, Deedat memberanikan diri berhijrah demi mengubah dan memperbaiki taraf hidup keluarganya selama ini. Rupa-rupanya langkah untuk menyusul ayahnya merupakan perjumpaan terakhir dengan ibunya apabila ibunya meninggal dunia selang beberapa bulan selepas Deedat meninggalkan tanah kelahirannya.
Hidup di perantauan yang mempunyai perbezaan budaya, bahasa dan suasana persekitaran merupakan suatu yang mencabar. Namun kesemua faktor itu bukan penghalang beliau untuk merebut peluang yang tersedia. Beliau terus berusaha menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran. Berkat ketabahan, kegigihan dan kesungguhannya dalam mempelajari serta mengutip setiap peluang yang ada, pada usia 9 tahun, Ahmad Deedat yang tidak pernah mendapat pendidikan secara formal dalam bahasa Inggeris sebelumnya, telah berjaya menghadapi halangan bahasa untuk menjadi pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Minat membaca serta kesungguhannya yang mendalam dalam menuntut ilmu membolehkan beliau mendapat keistimewaan daripada pihak sekolah sehingga beliau menamatkan darjah 6. Namun, kerana masalah kewangan, persekolahannya tergendala.
Pada awal usia 16 tahun beliau telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan apabila bekerja sebagai jurujual. Pengalaman yang diperoleh sepanjang terlibat juru jual antara faktor utama yang mendorong beliau melibatkan diri dalam bidang dakwah sehingga ke hari ini. Pada ketika itu beliau bekerja di sebuah toko milik orang Islam. Toko itu terletak berhampiran sebuah sekolah menengah Kristian di Natal South Coast. Oleh sebab masyarakat Islam merupakan golongan minoriti di sana, mereka dipandang rendah oleh masyarakat tempatan. Pada suatu hari beberapa orang pelajar dari sekolah tersebut telah pergi ke toko tersebut. Berlaku suatu insiden yang tidak diduga sehingga menimbulkan pertengkaran kecil. Selepas insiden itu, beliau menerima penghinaan yang tidak henti-henti daripada pelajar yang merupakan bakal mubaligh-mubaligh Kristian itu. Mereka sering memperleceh ajaran Islam apabila beretemu dengan Dedat di toko tersebut. Pengalaman pahit ini telah melahirkan keazaman yang membara dalam diri anak muda ini untuk menentang propaganda dan dakyah palsu pelajar berkenaan.
Seolah-olah telah ditakdirkan, Deedat kemudian menemui sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang bermaksud mengungkap kebenaran. Buku ini memaparkan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh umat Islam di India dalam menghadapi gangguan dan ancaman paderi-paderi Kristian semasa penaklukan dan penjajahan Inggeris di India. Secara tidak langsung idea untuk menangani debat telah tertanam kukuh di dalam jiwanya. Deedat telah membeli kitab Injil dan kemudian melakukan debat dan diskusi dengan pelatih-pelatih mubaligh Kristian. Bagaimanapun mereka berundur secara tergesa-gesa dan dengan tidak beradab kerana tidak mampu berhadapan dengan kefasihan dan kelantangan Deedat dalam berhujah. Pelatih tersebut kemudian memanggil guru mereka serta pendeta-pendeta di daerah tersebut.
Kejayaan Deedat berhadapan dengan pendeta-pendeta Kristian menjadi pendorong kepada beliau untuk terus menggiatkan usaha berdakwah kepada masyarakat. Selepas berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak, beliau pernah menetap di Pakistan selama tiga tahun selepas negara tersebut memperoleh kemerdekaan. Kemudian kembali ke Afrika Selatan untuk meneruskan cita-citanya membela Islam. Beliau mengadakan kelas-kelas berkaitan pengajian Injil. Malah beliau telah mendirikan As-Salaam, sebuah institusi untuk melatih pendakwah-pendakwah Islam. Sepanjang penglibatannya dalam kegiatan dakwah, Deedat mendapat sokongan daripada isteri dan anak-anak mereka. Melalui institusi ini, mereka telah menaburkan pelbagai khidmat, termasuk mendirikan masjid dan pusat pendidikan yang masih kekal hingga ke hari ini.
Ahmad Deedat juga merupakan pengasas dan Presiden Islamic Propagation Centre International(IPCI), jawatan yang masih dipegangnya sehingga ke hari ini. Tokoh pendakwah yang gigih ini telah menerbitkan lebih daripada 20 buah buku dan mengedarkan berjuta-juta naskhah risalah dakwah secara percuma. Di peringkat antarabangsa, beliau telah di jemput berdebat dan mengadakan kuliah di pelbagai negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Sepanjang pembabitan dengan dakwah, beliau telah berdebat dengan ramai paderi Kristian. Atas usaha dan kesungguhannya itu, beribu-ribu orang yang pada mulanya prejudis terhadap Islam, menerima kebenaran apabila menganut agama Islam. Sebagai penghargaan terhadap jasanya dalam bidang dakwah, beliau telah menerima anugerah King Faisal International Award pada tahun 1986. Anugerah yang berprestij menghargai kegigihan dan pengorbanan seorang tokoh terhadap kemajuan Islam di peringkat antarabangsa.
Bagi Deedat, debat adalah satu bentuk muzakarah dalam mencari sesuatu kebenaran. Beliau berkata, keagungan peradaban Islam akan luntur beransur-ansur jika umatnya enggan kembali kepada amalan tradisi, iaitu bermuzakarah bagi menangani sebarang masalah yang dihadapi. Katanya, pergeseran di kalangan umat Islam sering didasari sikap taksub kepada fahaman tertentu yang pada pada anggapan penyokong fahaman tersebut adalah benar. Menurut Deedat, sikap taksub inilah punca utama berlakunya pelbagai bentuk perselisihan di kalangan umat Islam di seluruh dunia. Malah lebih malang lagi perselisihan ini telah mengakibatkan berlakunya pertumpahan darah sesama umat Islam.
Dalam usaha menjaga kemurnian ajaran Islam, Deedat juga pernah menghantar surat kepada Rashad Khalifah, tokoh berasal dari Tucson, Arizona Amerika Syarikat yang mendakwa dirinya Utusan Tuhan. Rashad Khalifa yang terkenal dengan teori komputer berkaitan al-Quran, menolak hadis dan sunnah Rasulullah. Dalam satu surat yang dihantar kepada Rashad Khalifa bertarikh 20 Mei 1988, Deedat telah mendesak Rashad menarik balik dakwaannya dan mengajak Rashad Khalifa berdebat dengannya di Madison Square Garden, New York. Namun Rashad Khalifa enggan bertemu dan melayan permintaan untuk berdebat yang ditawarkan oleh Ahmad Deedat.
Ahmad Deedat yang pernah melawat Malaysia, juga pernah corak kepimpinan Malaysia yang dianggapnya sebagai pemimpin dunia Islam yang berwibawa. “Saya mengagumi pemimpin awak, tetapi sayang belum pernah ada pemimpin Malaysia melawat bagi mendapat pandangan saya dalam menyelesaikan kemelut Islam masa kini.”
“Saya juga mengenali Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia pertama) dan beliau (Allahyarham) seorang pemimpin yang baik,” katanya kepada wartawan Malaysia sewaktu rombongan Malaysia mengunjungi beliau. Ahmed Deedat pernah berceramah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada 21 Februari 1992, di samping berkunjung ke beberapa tempat termasuk Johor dan Selangor serta beberapa universiti tempatan.
Sesungguhnya, sumbangan Ahmad Deedat sangat bermakna buat perkembangan Islam di Afrika Selatan dan juga seluruh dunia. Kegigihan beliau dalam mempertahankan Islam daripada dicemari oleh propaganda agama lain patut dicontohi, dihargai dan diteruskan.

**************************
Artikel 2
PADA 8 Ogos lalu, dunia Islam benar-benar kehilangan seorang tokoh yang amat berwibawa iaitu Sheikh Ahmad Husien Deedat. Beliau adalah seorang yang amat lantang mempertahankan ajaran Islam daripada serangan mubaligh Kristian. Antara karya beliau yang masyhur adalah seperti ‘The Choice Between Islam and Christianity’, ‘Is the Bible God Word?’, ‘What is His Name?’ dan ‘al-Quran, The Miracles of Miracles’.
Antara perdebatan beliau yang hebat ialah perdebatan dengan Paderi Josh McDowell bertajuk ‘Benarkah Nabi Isa disalib? dan paderi Jimmy Swaggart bertajuk ‘Adakah Injil kalam Allah?’.
Sebenarnya, kisah kehidupan beliau tidak banyak diketahui umum. Sheikh Ahmad Deedat dilahirkan di Tadkashafaz, India pada 1918 dan sewaktu umurnya sembilan tahun, beliau mengikuti bapanya berpindah ke Afrika Selatan dan menetap di Durban.
Sheikh Ahmad Deedat menyambung pengajiannya di markas Islam di sana dan menamatkan pelajarannya pada 1934.
Tidak ramai yang tahu bahawa Sheikh Ahmad Deedat asalnya adalah seorang penjual garam dan gula.
Pada waktu itulah beliau banyak dikunjungi oleh paderi Kristian sehingga mendorong beliau mengkaji Injil. Beliau melihat kegiatan kristianisasi begitu berleluasa di Afrika Selatan pada waktu itu dan ia begitu membekas di dalam dirinya.
Dari situlah beliau kemudian membuat persediaan untuk menghadapi mubaligh Kristian berkenaan.
Sheikh Ahmad Deedat pernah berkata: “Kalaulah tidak kerana tekanan mereka (mubaligh Kristian), nescaya Ahmad Deedat tidak akan menjadi peribadi seperti ini.”
Pada 1959, beliau mula menyusun strategi dakwahnya dan bekerja untuk dakwah Islam dengan cara mengadakan dialog dan perdebatan dengan paderi. Sheikh Ahmad Deedat memulakan kegiatannya dalam perdebatan pada 1944 di merata tempat seperti Hong Kong, Britain, Ireland, Kanada, Singapura, India, Zimbabwe, Mauritania dan Malawi.
Kepintaran beliau dalam berhujah menyebabkan beratus-ratus orang di Afrika Selatan dan juga sebilangan besar mubaligh Kristian memeluk Islam. Selain itu, beliau juga adalah pengasas kepada Pusat Dakwah Islam Antarabangsa di Durban, Afrika Selatan.
Tidak dinafikan apabila membaca penulisan beliau, ia akan membuatkan anda terpegun dengan fakta yang dikemukakan.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya kepada Sheikh Ahmad Deedat sekeluarga.
60 comments:
Ah, maaf saya mencela sedikit, Sheikh Ahmad Deedat telah pergi menemui Allah pada tahun 2005, beliau sudahpun meninggal dunia. Semoga beliau ditempatkan di sisiNya serta diberikan rahmat olehNya.
Thanks Ihsan atas info yang amat bermanfaat...
Moga menjadi info terkini perkongsian bersama...
Al-Fatihah...
Moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan kekasih-Nya..
Amin... Amin... Amin...
AKU MENCINTAI MU PAKCIK AHMAD DEEDAD KERANA ILMU DAN PENGETAHUAN PERBANDINGAN ISLAM YG ADA PD KAMU. AKU AMAT KAGUM DGN MU, ENGKAU IBARAT AYAH KU. KEPERGIANMU TIDAK AKAN ADA GANTINYA LG. MOGA ALLAH SWT MELETAKKANMU DI TEMPAT YG MULIA DI SORGA MU YA ALLAH. AMIN.
Al-Fatihah...
Amin Ya Robb...
sheikh ahmed deedat adalah insan yang mengkagumkan pada aku....setiap ujahnya ketika berdebat pasti mninggalkan kesan pada mereka yg mendengarnya....!!
al fatihah buat sheikh ahmad deedat,,,semoga egkau ditempatkan dikalangan org2 yg soleh disisi allah...amin..
Amin Ya Robb!!!
salam~~~bleh tlong kongsikn tntg tokoh-tokoh islam Malaysia yg masih hdup...sya amt mmerlukn info utk assgnmnt sya...terima kasih
no god is using his name to kill others. easy ticket to go to heaven.terorrist.if this is true go kill yourself and people who not guilty in the name of your god.kill us with you because we against your religion. so that you will going to heaven and all your sins will be gone.
until we meet again, afterlife.
no one was successful in debating AHMAD DEEDAT. even the pope refused to debate him. he laid the facts open for all to see. Every debater resorted to emotional discourse.. oh just believe -just believe in Jesus. ISA (S.A.W) was his name, AND HE DID NOT WEAR A CROSS, HE PROSTRATED TO THE GROUND, HE FASTED FOR 40 DAYS A YEAR, HE WAS CIRCUMCISED, AND HE CLAIMED HE WAS POWERLESS, AND ALL WAS FROM THE ONE ALMIGHTY CREATOR, HE SAID THAT THERE IS ONE GREAT MESSENGER THAT WILL COME AFTER HIM, AND SOLVE ALL PROBLEMS
ahmed deedat telah dikalahkan oleh josh mcdowell kerana semua fakta deedat adalah bohong belaka
Waalaikummussalam... Insyaallah banyak lagi ada dalam koleksi saya.. cuma ruang yg agak terhad untuk saya aktif disini... jika ada kesempatan saya akan alirkan segala ilmu2 yg masih ada dalam simpanan saya.. Insyaallah.. doakan kekuatan dan ruang masa untuk saya... Amin..
Ahmad Deedat tokoh islam yang sangat berkharisma...
Al- fAtihah....
alhamdulillah patah tumbuh hilang berganti kini perjuangan syeikh ahmed deedat diteruskan oleh Dr zakir naik. semoga usaha menunjukkan kebenaran islam berterusan
Al-Fatihah... alhamdulillah.... Moga Islam kan terus gemilang di persadanya... Insyallah.. Amin ya Robb!!!
Alfatihah to Ahmad Deedat.. Dr zakir naik is Deedat plus.. Tolong support beliau...
who is this 'dreamz'..??? haiwan jenis apakah ia.., boleh menulis tapi tak boleh berfikir...!! hahahahaaa.......< profile ada tapi info tarakk...!!! ada juga atas bumi ALLAH jenis yang macam nii..!! membazirkan ruang untuk makhluk lain nak tumpang hidup kat muka bumi ni jeee...heheheeee....., kena sumpah jadi saluran najiss aka 'taikk' baruu tauu....!! huahuahuaaa.....
Miss him a lot Ya Allah... Ya Allah, tempatkan lah beliau dikalangan yang kau kasihi.
Al_ Fatihah.
ALHAMDULILAH, syukur atas kasih sayang Allah, walaupun saya hanya berpeluang mendengar debat allahyarham sheikh ahmad deedat selepas 7 tahun pemergian beliau ke rahmahtullah, tetapi apa yang saya rasakan keikhlasan, keberanian beliau bagaikan masih berlaku hari ini, subhanallah, inilah yang dikatakan sebagai ilmu bermanafaat yang perlu kita infakan sebagai amal jariah selepas kita mati. Alfatihah. Sejuta penghargaan bagi penulis blog atas usaha anda, moga Allah memberkati anda.
Al fateha kpd beliau
اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
.بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــي
sayang Sheikh Ahmad Deedat. Aku suka tgk video dia dalam youtube
Semoga Allah merahmati beliau dan di berikan tempat yg tertinggi disisinye..Al-Fatihah
Kalau lah Malaysia ramai yg berfikiran mcm beliau. Dan pemimpin malaysia berfikiran mcm beliau.
India da south africa
Nama pun dreamz kan, tentulah masih bermimpi. Kesian kat dia. Ooi,...ooi.. bangun ooi, hang dok tidok lagi ke. Nanti mati terus, tak dan nak bertaubat, sedar-sedar dah dok dalam .... baru nak bertaubat, dah tak guna dah. Cepat ucap astaqfirullah halazim.
Semua agama berbeda satu dengan yang lainya.
Suatu agama dapat dipercaya akibat hostory dan dukungan lain yg non agamawi.. seandainya 1 agama dipercaya karena isinya saja dan didalamnya terjadi ketidak konsistenan apakah dapat d nyatakan kebenaramya?.. kekonsistensian agama hanya d dapat jika d dalam agama it sendiri memiliki ketepatan dan hostorycal yg mndukung serta pengalaman yang dapat di tangkap secara rasio
atau akal sehat yang berpikir kritis..
maaf semua, aku perlukan detail tentang pencapaiannya...ada x link utk mana2 page yg aku boleh rujuk? please mail to me mhd_nrdn@yahoo.com
Terimakasih atas sharing tentang beliau, ini ada tulisan yang perlu kita ketahui juga, masih saja ada informasi yang salah . Orang - orang Nasrani berfikir seperti ini. http://febrina.wordpress.com/sekilas-mengenai-ahmed-deedat/
Assalamualaikum semua....
Islam dan Al-quran adalah ajaran terakhir yang di turunkan oleh Allah kepada umat manusia yang membawa rahmat ke seluruh alam. Ini berlaku kerana untuk menyambung kesinambungan antara agama-agama lain yang telah Allah turunkan kepada nabi-nabi dan Rasul terdahulu sebelum Nabi Muhammad SAW. Sebab itulah kesucian islam dan Al-quran terjaga dan tidak ada seorang manusiapun boleh mengubahnya melainkan dengan izin Allah SWT. Sebagai contoh tatkala org2 islam mula goyah darisegi ahhlak dan akidah...Allah lahirkan pula seorang Tokok Agung yang diberi nama Sheikh Ahmad Deedad untuk menjaga kesucian agama Islam dari terus dicemari oleh kutukkan, cercaan dll. Allah beri kelebihan kepada beliau sedikit ilmuNya iaitu kelebihan berfikir dan berpidato secara rasional berlandaskan al-quran dan sejarah silam. "sesungguhnya telah sempurna islam itu sebagai agama kamu dan Muhammad SAW adalah penutup segala nabi tiada lagi nabi sesudah itu, justeru itu barang siapa yang merasa ragu terhadap agama Allah maka kembalilah kepada 1.Allah 2.Al-quran 3.Hadis Nabi 4. Sunnah Rasulullah SAW.
Terima kasih dan syukur yang tak terhingga kehadrat ALLAH SWT kerana telah melahirkan lagi ulamak2 muktabar yang berani berdepan bagi menegakkan kebenaran dan meneggelamkan kebatilah. Semoga ya Allah Kau berkati segala jerih payah Sheikh Ahmad Deedat dan keluarganya dalam usaha mempertahankan kesucian islam. Tempatkanlah beliau bersama-sama para syuhada yang berjuang menegakkan agama Mu......amin ya rabbal 'alamin.........Al-Fatihah for Ahmad Deedad and Wife.....THANKS ALLAH.
Itulah akibat buat ahmed deedat karna terlalu banyak mencela dan menghujat kebenaran Tuhan sejati..semua doa orang islam akan percuma saat ini karna dia sudah terlanjur terbakar di neraka..itulah yg namanya sering kalian sebut sebagai azab..
Mana kamu tahu doa kami tidak diterima dan dia sedang dibakar di Neraka? Even dia seorang Kristian pun, kamu tak patut berkata begitu, kerana kamu bukan Tuhan. Make sure you taste your words before you spit it out laa.. Aiyoo -.-'
Subahanallah...Ahmad Deedat...pribadi yang sangat luar biasa...baru 2 hari saya membaca artikel tentang beliau sungguh mengagumkan, pesonanya saat berdakwa membuatku takjub... saya amat sangat yakin beliau adalah kekasih Allah... amin....I'am Craying....
Kesalahan seorang apologetik adalah menilai sebuah kebenaran dari apa yang diyakininya. Ia tidak bisa netral dan objektif memandang kebenaran kitab suci agama lain. Kalaupun dipertanyakan kontradiksi pada keyakinannya cenderung mencari alasan yg logis untuk menyelamatkan keyakinannya, bahkan jika perlu berbohong sedikit. Alat uji dari sebuah keyakinan adalah bagaimana praktek hidup penganut agama tersebut. Dari situ dapat dilihat tuhan seperti apa yang disembah dan apa yang diperintahkannya terhadap umatnya. Apakah harus mengasihi atau membenci manusia lainnya.. Allah itu pengasih dan penyayang tentunya umatnya juga pengasih dan penyayang. Tetapi banyak orang saling serang atas nama tuhan dan ajarannya (kitab suci). Islam dan kristen kitabsucinya bukanlah catatan yang pertama, tetapi berbagai salinan yang diakui kemudian dibukukan menjadi kitab suci masing-masing agama di atas. Tentunya karena bukan catatan yang pertama yang disusun oleh manusia kemudian menjadi kitab suci, akhirnya setiap kitab memiliki problemnya masing-masing. Sekarang mari kita praktekkan ajaran agama kita masing-masing. Berilah jawaban yang lemah-lembut dan penuh kasih bila ada yang mempertanyakan kepercayaanmu. Tidak usah sampai berdebat yang akhirnya menimbulkan sakit hati. Good luck!!
Tuhan itu maha adil. Krna kelantangan Ahmed Deedat k sluruh dunia m'kritik agama lain, Tuhan m'narik upaya beliau t'sebut- k'upayaan b'gerak & b'suara... Pn bgitu msh jg dberi masa b'tahun2 utk dia sdar akn ksilapannya.
Hairan... Klau bnar2 yakin dgn kbenaran agama yg dpegang, kuat'n lah iman dgn doa & amal. Utk ap m'kritik agma lain?
Skarang mncul pla dr Zakir Naik. Kita lihat pla ap 'ganjaran' dr Tuhan pd bliau d masa dpan...
kamu yg berbohong
adakah kamu tahu bgmana pula kamu mati?? mgkn lbh dahsyat dan lebih ngeri..mohon ampunlah kpd Allah. semoga Allah merahmati ahmed deedat.
hairan..di kalangan paderi jg byk berdebat dgn org islam ttg kehebatan kristian. malah byk berdakwah di kampong2..bgmana pula itu. ngak usah takut atsu bimbang jika di jln yg benar. tp seharusnya kita perlu mmbuka mata dan hati mencari kebenaran hakiki krna kita semua mencari syorga..
Syukur pd allah..kurniakn pd aku akal yg sihat xtlibat dlm tuhan ank,tuhan kayu,batu&sbgai nye..aku tingt kata2 sheikh ni kamu xkn dpt lihat cahaya kalu kamu pejamkan mate malah 1000 matahari pn xkn dpt membantu kamu..ya allah tmpt kn ye dr kalangan hamba2 mu yg benar..amin
9 years of total paralysis before he died.
search youtube n see how this so called big speaker spent those last 9 painful years.
if God was really pleased with ahmed deedat (or what he did), then why a merciful, loving God let him suffer for those last 9 years?
i must say that God's wrath was really upon him.
God did not give ahmed deedat a chance to repent and be saved. he could not utter a single word for the last 9 years of his dreadful life.
Ro 10:10 "For with the heart man believeth unto righteousness; and with the mouth confession is made unto salvation."
anyone who keep on insulting Jesus (or Holy Spirit), will surely rot in hell.
John 3 : 16."For God so loved the world, that he gave his only begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting life."
Jesus loves you...
Al Quran sentiasa benar..Ahmad Deedad Dan Zakir Nail adalah pendukung Al Quran yg sejati
Then why according to your bible god let jesus suffered on the cross...the same most merciful god right? See, if we want to judge on the sufferings there will be no prophet to be followed on the face of the earth.. Get your judgement right.
ahmed deedat ;) Allahhu hilang seorang pemimpin dan tokoh Islam berkaliber
Al fatihah for him...non muslim you can't judge him ...
Kamu ni muslim atau non muslim? Sebab Tuhan maha adil la Dia bg ahmed deedat sakit sbg kafarah pencuci dosa..ahmed deedat berjuang menegakkn kebenaran kpd para penyembah berhala, ank tuhan, tok nenek yg sesat.
'Āli `Imrān:19 - Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
'Āli `Imrān:20 - Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam yang aku bawa itu)?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.
We love prophet jesus pbuh. We respect him. But we dont worship him. You Christians are funny coz killing your own 'god'. Haha really funny..you kill him but you love him n ask for his blessed after he is killed. Clearly we not share Allah with you.
Amerika mulai tertarik setelah perdebatan antara Syech ahmad Deedat Reverend Jimmy Swaggart yang kala itu kandidat President
Ini bukan soal menang atau kalah,soalnya ahmad deedat berdebat dgn hujah dan fakta juga melalui buah fikiran yg bernas,sungguh tidak bijak kata2 yg menuduh sebuah pembohongan itu tanpa bukti dn hujah yg kuat.semoga Allah swt merahmati kamu.
Seharusnya kalau betul apa yg disampaikan oleh org yg katanya hebat ini, maka seharusnya dia tidak sesusah itu menghadapi kematian! sampai2 tidak bisa berbicara sekalipun....?tapi semua yg di blog ini tidak ada yg memahami artinya...
Org2 Dungu dan tuli tidak mengerti komunikasi mata dari si Sheikh-ton ini, krn mmg mrk manusia yg hy memiliki darah dan daging, dan tidak memiliki Roh Kudus yg membawa kpd pemahaman siapa Yesus itu! Kalau liat filmnya ini...wuih parah banget pembalasan Tuhan kepada manusia yg menyatakan Injil bukan Firman Allah! Semoga Tuhan juga membalaskan kepada yg lainnya jika mereka semua tidak mau bertobat! AMIN! http://www.dailymotion.com/video/x35cox_sheikh-ahmed-deedat-in-hospital_people
Ahmad Deedat Memang salah satu pendebat Islam terbaik Melalui ceramah, debat, dan buku dia berhasil sepenuhnya menunjukan kebohongan dan kepalsuan agama Kristen,sepak terjangnya tersebut membuat banyak misionaris gusar terhadapnya
Dengan mengetahui latar belakang tersebut maka tidaklah sulit untuk mengapa misionaris sampai hari ini merasakan rasa permusuhan terhadap Ahmad Deedat.
Salah Satu kelompok misionaris tersebut adalah tim menjawab-Islam atau Answering Islam, situs ini telah berusaha keras untuk menunjukkan bahwa Ahmed Deedat dihukum oleh Tuhan Kristen, mereka mengatakan dia dihukum karena komentar dan pembicaraan terhadap iman Kristen.
Pengasuh Answering islam Jochen Katz menulis:
Kita tidak harus membuat terlalu banyak pengamatan seperti itu, tetapi tetap menarik untuk dicatat waktu peristiwa.
6 April 1996 (Jumat Agung) Deedat memberi ceramah yang sangat ofensif di Sydney, mengejek kematian dan kebangkitan Yesus.
3 Mei 1996 Empat minggu kemudian, Jumat sore di Durban (larut malam di Sydney), Deedat ditserang penyakit stroke dan mengalami lumpuh total.
11 Juli 2005 (Senin, 10 pagi waktu Jerman dan Afrika Selatan), Answering Islam menerbitkan cerita di balik kejatuhan Deedat itu.
8 Agustus 2005 Empat minggu kemudian, Senin pagi, Deedat meninggal.
Manusia yg buta hati fikiran tiada logikal je sokong mcdowell. . boleh dikatakan semua hujahnya karut dan mcm nk abiskan masa je. ..cuba tgk video debat dan fikir betul2 ape yg didebatkan dan jawapan setiap pertanyaan. .siapa yg lebih jelas. Don't be a fool just because its your religion by heritage. .be a thinker..
.
Jawaban saya Yesus memang disalibkan dan mati dikayu salib, tapi ingat mati artinya tubuhnya yang mati, tapi rohnya hidup. Tuhan Yesus juga mau sampaikan kepada umatNya bahwa Akulah Tuhanmu yang rela menebus dosa manusia, disalibkan untukmu orang berdosa. Sama seperti ketika umat israel dilepaskan dari mesir, Tuhan membelah laut untuk menyelamatkan bangsa Israel, tujuannya hanya satu agar bangsa Israel sadar dari penyembahan berhala, lalu melihat dengan kepala mata sendiri Akulah Tuhanmu, Sembahlah Aku. Dasar israel bebal hanya 5 % pengikut Kristen di Israel sekarang, 35 % Muslim, 50 % agama Yahudi. Ternyata banyak juga Yahudi muslim 35 % di Israel sekarang. Jangan-jangan iron dome yang buat siapa. Kembali ke topik. Jujur saya saya sudah menulis 4 halaman penuh, itu masih sedikit yang saya jawab, begini saja. Syaikh Ahmad Deedat tunjukkan dirimu, kalau kamu sudah mati maka bangkitlah dari kuburanmu kita debat atur saja dimana & kapan. Saya sarankan kalau debat itu sama Ahli Kitab, kebanyakan dari keturunan 12 suku Israel. Saya berharap sebelum anda mati Syaikh Ahmad Deedat anda sudah belajar mengasihi orang-orang yang di Afrika Selatan yang telah menyakiti anda itu. Lupakanlah dendam & kebencian anda dengan Nasrani & Kristen. Saya minta maaf jika bisa mewakili orang-orang yang menghujat anda ketika anda kecil di Afrika Selatan. Lupakanlah dendam & kebencian itu, janganlah anda membaca Alkitab atau Bibel dengan mata merah & kemarahan ingin membalas dendam masa kecil. Sayangnya saya masih disini mengerjakan Tugas yang begitu banyak, kalau tidak saya ingin bertemu dengan anda Syaikh Ahmad Deedat, Ajaran kristen, adalah ajaran Kasih. Kami diajarkan untuk mengampuni musuh kami. Kami juga diajarkan untuk memberi makan & minum musuh kami, ketika musuh kami butuh tempat tinggal maka kami wajib memberi tempat tinggal, ketika musuh kami kelaparan kami wajib berikan makan & minum, itulah ajaran Kristen. Sehingga musuh kami seperti mendapatkan bara api diatas kepalanya & sadar telah memusuhi kebenaran. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Syalom Damai Sejahtera bagi kita semua by : Dan
Subhanallah beliau merupakan salah satu tokoh yang kritis dan diberikan rahmat oleh Allah kepintaran yang luar biasa dalam menafsirkan Firman Allah dan beliau merupakan salah satu bagian dari kejayaan islam saat ini..."Jumlah penduduk dunia (2013) adalah 7.021.836.029. Sebaran menurut agama adalah: Islam 22.43%, Kristen Katolik 16.83%, Kristen Protestan 6.08%, Orthodok 4.03%, Anglikan 1.26%, Hindu 13.78%, Buddhist 7.13%, Sikh 0.36%, Jewish 0.21%, Baha’i 0.11%, Lainnya 11.17%, Non Agama 9.42%, dan Atheists 2.04% (www.30 days.net).
Bahkan dikatakan bahwa jumlah pemeluk Islam pada 2012 adalah 2.1 milyar. Sedangkan jumlah pemeluk Kristen dan Protestan adalah 2 milyar . Sehingga Islam saat ini, kendati dibandingkan dengan pemeluk Kristen dan Protestan sekalipun, sudah menjadi agama terbesar di dunia (www.religiouspopulation). Subhanallah.
Penduduk dunia (2011) tumbuh 137% dalam satu dekade terakhir, di mana Kristen tumbuh sebanyak hanya 46%, sebaliknya, Islam tumbuh sebanyak 5 kali lipatnya: 235%. (The Almanac Book of Facts, 2011). Dikatakan, bila tren pertumbuhan ini terus berlangsung, diperkirakan pada tahun 2030, 1 dari 3 penduduk dunia adalah orang Islam. (www.muslimpopulation.com"
mayoritas tuduhan yang disampaikan kepada beliau adalah bahwa beliau mendapat azab karena mempertentangkan agama lain dengan agama beliau yakni Islam.
kita logis aja y
stroke itu bisa mendatangi siapa saja. kalian yang komen tanpa menggali fakta tentang stroke sama saja beragama tanpa landasan, menyembah tanpa landasan.
sekarang kita kembali lagi ke syeikh Ahmad Deedat. Beliau sampai tahun 1996 aktif untuk berceramah.. artinya sampai di usia beliau yang ke +- 78 an, beliau masih diberi kesehatan yang mumpuni untuk berdiri tegak, lantang bersuara.
bayangkan. bagaimana kalian bisa berpikir jernih di saat usia 78, lha wong kalian aja yang masih muda komen ga jelas sebelum usia 50 an otaknya ga dipake. Pake itu akal pikiran buat baca kitab kalian dulu.
Then made a Choice!!!
Semoga Allah memberikan kalian hidayah.
You christian.. not only funny but mad.. stupid.. lol
Emangnya kamu.. balas membalas.. hahaa. Ktahuan dangkal pengetahuanmu. km gak mengerti jgn komentar!! Liat smua videonya. Biar paham. Injilmu itu yg ayatnya di buang pungut ma swaggart. Km yg mestinya taubat. Mumpung masi diberi kesempatan. Km bs bilang spt ini skrg. N km merasa benar dg keyakinanmu. Km memuja tuhan yesusmu. Tp apa km yakin km meninggal kelak dg kondisi baik? Apa ga mgkn km jg meninggal dlm keadan lbh mengenaskan? Aq jd pgn liat akhir km nanti spt apa.
Ahmed Husein Deedat.. We love you..
Wow. Even jesus suffer at the cross for 3 days. Lol. God suffer? Hahaha. Funny
hanya gara-gara melihat dari cara meninggalnya seseorang kalian yakini itu sebagi hukuman tuhan kalian. sementara kalian sendri tidak sadar sedang disesatkan dan malah semakin sesat. karena seolah ada ajaran dalam kitab kalian tetang cara kematian yang baik. orang berdosa juga banyak matinya tersenyum, apa itu ia mati yang bagus? sedang ia mati dalam keadaan sedang melakukan kemaksiatan.ahmad dedat sudah terbilang sangat tua, jadi wajar saja ia lumpuh dan jatuh sakit. banyak juga orang lumpuh masih dalam keadaan muda, atau tidak mencaci agama siapa pun tapi, ia diserang lumpuh juga, apa berarti di hukuman tuhan kalian juga? kagak usah rumit mikirnya. berfikir jernih aja dengan cara netral bebas dari pengaruh kepentingan agama. maka kalian akan terlihat berfikir jernih. kagak usah rumit mikirnaya ya!
jika kita mau berburuk sangka seperti sangkaan orang yang membencinya itu, maka kita bisa saja mengatakan Ahmad dedat sengaja di racun mungkin, atau sengaja disihir, bisa sajakan, karena banyak orang yang membencinya.dan biasanya, orang yang membenci itu akan melakukan apa pun untuk orang yang dibencinya itu.
Post a Comment